Bab 41

76 4 0
                                    

"Assalamualaikum mama!" Salam diberi dengan girang sebelum memeluk tubuh Datin Seri Nadhra dengan erat

"Waalaikumsalam. Amboi happy nya anak mama seorang ni?"

"Mama ni, happy sikit pun tak boleh." Sebik Hania Nura setelah meleraikan pelukannya tadi

"Oh! Mama ni la Farah Talia yang Han cakap tu, ni pulak Jasmine." Hania Nura memperkenalkan dua gadis dibelakangnya

"Assalamualaikum Datin." Sapa Tengku Jasmine dan Farah Talia

"Waalaikumsalam, eh tak payah panggil macam tu, panggil mama je cukup." Senyuman tidak lekang dari wajah Datin Seri Nadhra

"Eh jemput la duduk." Mereka bertiga serentak melabuhkan punggung di atas kerusi empuk

Meja kaca empat segi yang boleh menempatkan 6 orang itu dihiasi sejambak bunga diatasnya berserta beberapa majalah tersusun diatas meja itu

Farah Talia memandang sekeliling dengan mata yang tidak berkedip, terpegun melihat butik milik Datin Seri Nadhra. Butik itu dihiasi dengan pelbagai busana yang direka khas oleh Datin Seri Nadhra sendiri, butik itu juga cantik dihiasi dengan perhiasan yang bertemakan White Vintage, segala-galanya bertemakan Putih

Ruangan atas yang boleh menampakkan ruangan bawah itu juga dihiasi dengan lampu Chandelier yang besar, menaikkan lagi seri butik itu

"Cucu Tok Ma ni macam mana? Sihat?" Perut buncit Hania Nura dielus lembut oleh Datin Seri Nadhra

"Mesti la sihat, tengok la mommy dia yang jaga." Dengan muka bangg Hania Nura menayang pada Datin Seri Nadhra

"Ish! Ada ada je la kamu ni Han." Lengan anak perempuannya dicuit lembut, sudah mahu bergelar seorang ibu pun masih perangai tidak ubah

Datin Seri Nadhra mengalih pandangan kearah dua gadis dihadapannya, "Jadi Farah la yang nak kahwin ya?"

"Betul Datin... Eh M..mama." Farah Talia mengangguk perlahan

"Farah dah ada design yang Farah minat ke?" Tanya Datin Seri Nadhra lagi

Farah Talia hanya menggeleng, sejujurnya dia juga tidak tahu busana yang seperti mana yang bakal dia dipakai di hari persandingannya. Dia tidak mampu membayangkan apa-apa pada waktu sekarang

"Apa kata kamu jalan-jalan tengok baju kat butik ni, kalau ada yang tarik perhatian bagitahu mama." Tidak lekang senyuman pada wajah wanita separuh usia itu, walaupun usianya sudah lebih 50an tetapi awet muda membuatkan wajahnya berseri-seri seperti seorang gadis 20an

Farah Talia mengangguk sebelum mengajak Tengku Jasmine pergi bersamanya untuk meninjau busana-busana yang tergantung rapi disekeliling butik itu

Seorang gadis berumur 30an datang ke ruangan meja yang diduduki Hania Nura dan Datin Seri Nadhra bersama dulang yang berisi ditangannya, teko air dan 4 set cawan diletakkan berhati-hati diatas meja berserta pinggan yang berisi dengan beberapa pencuci mulut

"Terima Kasih Areesa." Ucap Datin Seri Nadhra, gadis itu menundukkan kepalanya sedikit kearah majikannya sebelum beredar dari situ

"Han dan Emir okay?" Tanya Datin Seri Nadhra

"Alhamdulillah, ok je mama." Balas ringkas Hania Nura seraya menuang air ke dalam 4 cawan yang dibawa pembantu ibu nya tadi

"Selalu ingat pesan yang mama cakap haritu ya?"

"Ya mama, Han tak lupa."

"Han dengan Emir bergaduh ke?"

"Tak lah, mana ada." Hania Nura cuba mengelak pandangan matanya dari bertemu dengan mata Datin Seri Nadhra

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now