Hari bertukar hari minggu bertukar minggu, esok hana akan menduduki peperiksaan besar dan mungkin juga akan menentukan skor peperiksaan hana. Sekarang ni hana dan kawan-kawannya dah jadi rapat dengan asahi, jawapan? tak tahu kenapa tapi setahu hana mula dari mereka ajak asahi study sama-sama.
"harini study mana?" soal doyoung
"rumah aku nak? aku bosan la sorang-sorang je dekat rumah" sampuk hana
"abang jaehyuk kan ada" jawab jihoon
"dia dah balik" balas hana
"aku on je" jawab doyoung.
"aku pun on" sampuk miyeon
"kau sahi, nak ikut kitaorang? ataupun kau study sendiri?" tanya jihoon
"aku on" balas Asahi dan terus berjalan laju.
"kau nak pergi mana?" tanya jihoon yang dah dekat luar pagar tercegat tengok asahi.
"aku naik basikal" jawab Asahi dan bawa keluar basikalnya.
"rumah hana jauh dari sini, kau sanggup nak naik basikal?" soal jihoon
"kenapa?" tanya asahi
"kalau tak kunci la basikal kau dulu,naik kereta dengan aku" pelawa jihoon dan asahi angguk.
"korang lapar tak?" soal hana dan mereka angguk. Jam dah pukul 7malam dan mereka masih lagi kat rumah hana.
"mama dah order makanan, nasi dengan ayam goreng, korang ok?" tanya hana untuk pastikan dan mereka angguk. kemudian mereka pun sambung study sama-sama.
sedar tak sedar sekarang dah pukul 10malam, sakit tengkuk jugak lah dorang belajar sebab esok exam math, nasib mama yang pandai math tu boleh ajar mereka,ada beberapa soalan yang hana tak faham pun hana tanya asahi, yelah asahi top student yang pandai matematik.
"korang pergi lah kalau nak mandi, atau korang nak tidur sini?" soal hana.
"aku takde baju dah, baju sekolah ni pun dah berpeluh" balas doyoung dan jihoon angguk.
"jangan la risau, abang aku ada berpuluh baju" balas hana
"baju sekolah?" tanya jihoon
"ada je, korang nak tidur sini?" soal hana
"kau nak ke tidur sini?" tanya jihoon dan siku doyoung begitu asahi.
"aku ikut je, yang drive kau kau yang kene hantar" jawab doyoung, jihoon tiba-tiba terus menguap dan mengeliat.
"penat la hana, aku nak tidur sini lah" kata jihoon, pecah tawa mereka.
"ok ngam, miyeon tidur dengan aku" kata hana dan miyeon sorak gembira, kemudian sorang-sorang mandi di dalam bilik jaehyuk. Kini tinggal hana dan Asahi di depan.
"kau?...kau taknak mandi?" soal hana
"aku nak belajar dulu" balas asahi
"jarang la kau beria nak belajar, dalam kelas pun aku tengok kau diam aje, nah pergi mandi, baju aku dah siapkan atas katil, pepandai lah korang pilih nak tidur atas ke bawah" kata hana dan baling tualanya ke Asahi.
Keesokan paginya lelaki itu dibangunkan oleh hana, hana yang kejut mereka dulu untuk bangun pagi, mereka sarapan kemudian berangkat kesekolah bersama-sama.
"hana, kau ok?" soal miyeon dan hana angguk laju.
"ok sangat la tu, ni tangan sejuk" sampuk jihoon yang pegang tangan hana itu.
"aku takut" balas hana
"sebab?" soal doyoung
"kalau aku fail math lepastu tak sama dapat sambung belajar sama-sama macam mana?" soal hana
"kau fikir macam tu memang la, exam math tadi ok?" soal jihoon dan hana geleng kepala.
"aku takut aku banyak salah" jawab hana
"hana, husnuzon kau tak tahu lagi kan result kau macam mana? ntah ntah lagi elok dari aku" balas jihoon
"dah jangan fikir baik kita makan, kau nak makan apa? harini aku belanja" kata doyoung dan tolak hana untuk masuk kedalam kafe.
"dah lah hana, exam dah lepas kau jaga diri kat rumah apa-apa call aku tau" kata jihoon sambil membuka kunci pintu.
"bye korang" lambai hana dan segera masuk kedalam rumah. Cepat sahaja tangannya mencapai telefon yang ada di dalam poket baju sekolahnya. Dia mencari nama jaehyuk dan tekan butang callnya.
"hello,ye hana" sapa jaehyuk
"abang,hana rasa hana mess up la exam kalini" kata Hana
"maksud??" tanya jaehyuk
"first day masuk sekolah je terus exam math, hana rasa kalini hana fail" balas hana
"mula lah tu,adik tak ingat ke dulu adik cakap adik fail tapi adik sendiri yang dapat lulus math kan? abang tahu la adik abang pandai jangan la pikir bukan-bukan" pujuk jaehyuk.
"dah pergi mandi,makan lepastu kalau study jangan study sampai tengah malam,abang nak buat kerja ni kalau abang free abang call bye jaga diri" kata jaehyuk sebelum letak telefonnya.
"mamaaa!!!" jerit hana sambil baring lembek di atas sofa itu.
"kalau hana fail exam lepastu ish dah lah malas fikir" rungut hana dan terus masuk kebilik untuk mandi.
sorry kalini pendek huhu 😔😔 vote la tak vote taknak sambung hihi
YOU ARE READING
Falling in love || Hamada•Asahi
Romancealangkah terkejutnya sang gadis apa bila lelaki yang dia kejar akhirnya membalas perasaannya balik. (아사히) ASAHI | TREASURE Hamada Asahi copyright; YG Entertainment 2021 end : 23.1.21