bab 25

176 18 1
                                    

Habis sahaja asahi mandi dia terus keluar, tuala setia di atas bahunya.

"Makan lah dulu" suruh hana dan beri sepinggan nasi ke asahi, asahi pun duduk untuk makan.

"Mana mama?" Soal asahi.

"Dalam bilik, kenapa?" Tanya balik hana.

"Takde pape" balas asahi dan bagi tualanya ke hana.

"Eh, makan dah?" Soal mamanya yang baru keluar dari bilik. Asahi hanya angguk kepala tengah kunyah takleh bercakap.

"Mana hana?" Tanya mamanya eh panjang umur budak tu keluar dari bilik.

"Ye hana kat sini kenapa? Baru ingat hana?" Tanya hana dan duduk untuk makan.

"Amboi mulut nak kene pulas?" Soal mamanya yang nampak hana mulutnya muncung.

"Mama nak keluar dengan abang, nak ikut?" Tanya mamanya.

"Keluar pergi mana pulak?"

"Gi beli barang, abang kamu nak kahwin dah" ucap mamanya.

"Hah?!? Eleh mama ni nak bergurau pulak dia" balas hana tapi mama hanya senyum jahat

"Mama ni kan" ucap hana sekerat dan segera masuk kedalam bilik jaehyuk.

"Y-o-o-n-j-a-e-h-y-u-k" jerit hana dan pekatkan satu persatu sebutan, jaehyuk yang dari tengok telefon itu terus pandang ke arahnya.

"Apa?" Tanya jaehyuk

"Kau nak kahwin dah ke? Apasal aku tak tahu? Kau nak kahwin dengan siapa? Aku tak tahu pun perempuan tu siapa? Kenapa kau tak bagitahu aku ni? Kau tak sayang aku dah ke?" Ucap hana dengan emosinya

"Eh kau ni apesal, apa benda kahwin ni? Kau nak aku kahwin sangat ke?" Tanya jaehyuk yang sedang serabutkan rambutnya.

"Mama kata nak bawak kau keluar, kau nak kahwin? Betul ke bang?" Soal hana

"Oh benda tu betul tapi bulan depan bukan sekarang" ucap jaehyuk.

"Kau tak bagi tahu aku pun, kau tak sayang aku ke?" Soal hana

"Adik, kau dah besarkan? Abang pun dah lepaskan kau kahwin dengan asahi, kalini lepaskan abang pulak boleh?" Soal jaehyuk dan hana geleng.

"Kenapa?" Tanya jaehyuk

"Nanti kau kahwin kau lupakan aku, lepastu mesti jarang balik sini, isterikau pun mesti marah aku sebab aku terlampau manja dekat kau" ucap hana

"Takkan lah, dia mesti takkan marah punya"

"Mesti punya, lepastu nanti mesti kau lebih backup dia, aku nak gurau dengan kau pun mesti tak boleh kan?" Soal hana

"Kau nak kau panggil dia ke? Nak tanya dia dia marah ke tak? Hana, dari dulu pun dia dah tahu kau manja macam mana dengan aku, time abang sambung belajar kau banyak mengadu kan? Abang pujuk pun sebab dia suruh, dia banyak bagi kata-kata untuk kau, dulu siapa jugak yang rasa nak berhenti bukak kafe? Yang tiba-tiba rasa nak hilang dari dunia sebab semua masalah? Mama dengan papa pun salah satu sebab kan kau mengadu dekat abang? Sampai pening demam seminggu? Mental health kau tak baik like before kan? Dia yang suruh abang pujuk kau, abang tak pandai pujuk bagi ayat panjang panjang tapi dia suruh"

"Abang always tanya how was your day kan? Selalu call tanya dah makan ke belum sebab abang risau, dia pun risau jugak dengan keadaan yang adik duduk dulu, semua adik buat sendiri kan dulu?" ucap panjang lebar abangnya.

"Dia kenal aku ke?" Tanya hana dan jaehyuk angguk.

"Siapa?" Hana mula rasa nak tahu siapa perempuan yang dapat jatuh hati dengan jaehyuk ni?.

"Tu" ucap jaehyuk sambil tunjuk ke arah pintu biliknya. Hana toleh kebelakang tengok kosong.

"Siapa? Kau nak kahwin dengan pintu?" Soal hana dengan muka kerutnya.

"Tu" ucap lagi jaehyuk dan kalini hana toleh, dia menampak seorang figura perempuan diri di tepi pintu, cantik. Rambut hitam ikal mayang di lepaskan, pakai dress putih dan beg biru di bahu kanan, cantiknya, lagi cantik dari hana.

"Hah?" Hana keliru dan pandang balik ke jaehyuk, ada pulak perempuan yang cantik macam ni nak dekat abang dia ni?

"Kau, ha ha serius lah abang?" Hana tak percaya dia pandang balik ke perempuan itu. Perempuan itu semakin dekat dengannya.

"Mesti lah serius" balas perempuan itu dan duduk di sebelah hana. Hana tenung muka bakal kakak iparnya, cantik sungguh, putih, bibir pink, anak mata warna hazel dan rambut depannya seperti bangs di sikat ke tepi.

"Akak, akak ada kene apa-apa ke dengan abang?" Tanya hana dan perempuan itu hanya geleng.

"Dia tak percaya bidadari wujud" balas jaehyuk.

"Takdela bang, laku pulak kau perempuan cantik macam ni nak kau?" Tanya hana dan jaehyuk angkat tangannya.

"Jangan hina aku ye, ingat muka kau pun ikut muka aku jugak" balas jaehyuk dan hana hanya menjeling nya.

"Btw, hana" ucap hana dan memberi tangannya kepada perempuan itu.

"Minji, Yoon Minji" balas perempuan itu dan berjabat tangan dengan hana. Lembutnya tangan perempuan itu. Hana masih kagum dengan perempuan yang ada di depannya.

"Dah, jangan nak pandang dia lama-lama, dia aku punya" ucap jaehyuk yang lepaskan tangan hana dari genggam tangan bakal isterinya.

"Eleh, cemburu" balas hana.

"Tadi dia ada sesi luahan, dia takut nanti kalau dia bermanja dengan saya awak cemburu" ucap jaehyuk ke minji.

"Jangan risau hana, minji tak cemburu pun, minji faham perasaan dia sebab minji pun manja dengan abang sendiri" ucap minji.

"Takdelah, takut nanti akak marah je kalau selalu sangat berkepit dengan abang" ucap hana

"Nope, takkan okay? Kalau hana bermanja akak pun join lah bermanja dengan abang, boleh kan?" Soal minji dan hana angguk laju.

"Tapi,..."

"Tapi apa?" Tanya jaehyuk.

"Takde apa-apa" balas hana dan bangun dari duduknya untuk keluar, sambung makan.

"Habis dah sesi berdrama?" Soal asahi dan hana hanya angguk kemudian sambung makan.

"Makan dulu kejap lagi baru nangis" ucap asahi dan hana hanya geleng.

"Jangan cakap pasal nangis nanti aku nangis kau taknak pujuk " balas hana dan makan namun asahi biarkan sahaja perempuan itu.



hellour yeorobun, i baru update senanya en....i ghosting korang kesian korang kan??? sorry do aku tak tahu apa masalah otak ni asyik lupa pass TT, haritu twitter then tiktok then wattpad 😔😔😔 enjoy kalau lepasni i ghosting lagi tahu tahu jela, dia ada dua sebab.
sama ada lupa password ataupun memang saja nak ghosting sebab bias i pun ghosting muahahahhaah bye korang, jangan lupa vote HAHAHAH CAU

Falling in love || Hamada•AsahiWhere stories live. Discover now