bab 28

190 12 0
                                    

Jam dah menunjukkan pukul 8malam tapi hana setia bukak kafenya, saja nak penatkan diri dari fikir masalahnya.

Ada yang menapak masuk hana pun toleh. Kenapa time ni jugak dia nak tunjukkan muka?.

"Ye nak apa?" Soal hana

"Taknak balik rumah?" Soal asahi

"Kerja" balas hana

"Salah siapa? Patutnya siapa yang merajuk sekarang?" Soal asahi isterinya hanya diam.

"Coklat latte satu" ucap asahi dan hana angguk, siap order dia bagi order ke asahi tanpa pandang mukanya.




Keesokan paginya hana bangun awal pagi dan siap untuk bukak kafenya.

"Nak gerak sekali?" Soal asahi dan hana geleng.

"Harini aku drive sendiri" balas hana yang tengah pakai kasut di luar.

"Taknak bertegur sampai bila?" Soal asahi

"Takdelah, aku nak busykan diri sebab taknak fikir, nanti kalau aku fikir aku nangis kau cakap aku cengeng" ucap hana.

"Busy busy jugak diri tu tapi jangan disebakan aku tegur kau tak makan" kata asahi.

"Ye, aku makan, jangan risau, aku tak marah pun elok pun suami tegur isteri kan? Baru betul suami mithali" balas hana dan bangun dari duduknya.

"Makan karang jangan tak makan, kalau lunch hour aku boleh keluar kita makan luar" ucap asahi dan beri duit ke hana.

"Apa ni?" Soal hana

"Duit makan, amik jangan terasa lagi" kata asahi dan hana hanya senyum gembira.

"Terima kasih boss" ucap hana dengan gembiranya.

"Pergi kerja elok-elok, aku tak keluar dengan perempuan" ucap asahi, hana jeling matanya ke atas.

"Kerja elok-elok jangan menggatal" balas hana, mula dah. Hana salam tangan asahi dan ciumnya seperti biasa tapi kalini dia terkejut apa bila asahi balas balik salam dan cium tangannya.

"Dah lambat, jom" ucap asahi keluar dari pintu rumahnya.

Tapi malangnya asahi kene tipu, hana tak ke kerja tapi ke tempat yang selalu dia pergi. Tempat melukis betul-betul depan pantai. bukan apa nak healing je, nak lupakan masalah tapi bila termenung teringat balik masalah. takpelah malas nak fikir baik dia melukis apa yang dia nak.

hana ketiduran di atas meja selepas habis melukis. Telefon yang berdering membuatkan hana terjaga dari tidur.

"hello,hana" ucap seseorang dari dalam telefon.

"heem" balas hana dan menguap.

"kau kat mana? tak bukak kafe harini?" soal perempuan itu.

"tak, kenapa?" tanya hana

"suami kau cari kau, dia call kau banyak kali tak dapat" balas miyeon

"ye ke" soal hana dan tarik noti dari atas.

"weh, yelah, asahi dekat mana?" hana tanya balik ke miyeon.

"takde, aku tak tahu dia kat mana tadi dia call aku banyak kali, aku busy, lepastu aku call dia balik dia tak angkat" balas miyeon.

"takpelah, dia kat rumah kut" jawab hana.

"kau balik lah rumah, kesian dekat suami kau tu, jangan lah marah lama sangat tau" pujuk miyeon.

"baik boss" jawab hana dan tutup callnya.

dia kemas barang, basuh berus lap meja dan sebagainya. Kembalikan berus dan gantung potret nya di dinding.

"hana" panggil seseorang membuatkan hana toleh kebalakang, sengih dia bila nampak suaminya berlari dan tunduk untuk amik nafas.

"kenapa ni?" soal hana yang membasuh tangan di tepi singki.

"kau pergi mana?" tanya asahi, dah tahu orang dekat sini lagi tanya pergi mana?.

"kenapa?" tanya lagi hana.

"lunch hour tadi aku nak lunch dekat kafe kau, lepastu tengok tak bukak? kata kau bukak kafe harini" balas Asahi yang masih ambil nafas.

"saja tipu, kenapa kau percaya?" soal hana, Asahi mendongak pandang ke arah hana.

"sorry, sorry buat kau risau" ucap hana, sebelum peluk asahi dia lap tangannya di seluar dan usap lembut belakang asahi.

"dah makan?" soal asahi dan hana geleng.

"dari pagi sampai sekarang, tak makan apa-apa" balas hana.

"jom makan dulu" ajak asahi dan hana angguk, dia naik ke atas dan ambil begnya, sebelum pergi dia ucap terima kasih ke aunty nina.



"nak makan mana?" soal asahi hana hanya angkat bahu, dia betul lemau tak makan dari pagi.

"lain kali makan dulu, baru lah menghilang" kata asahi namun itu bukan sahaja kata-kata tapi mengejek.

"kalau makan hilang lah mood nak menghilang" balas hana.

"tapi patutnya tadi aku kene hilang dekat tempat paling jauh, sini kau dah tahu" tambah hana.

"jangan nak mula, aku dah hilang nafas cari kau tahu?" soal asahi hana hanya geleng.

"aku ada lagi satu tempat, tapi kau mesti takkan tahu punya, nanti aku nak pergi tempat tu lah" balas hana, saja je dia nak tambah, suka kene marah.

"jangan nak mengarut, kalau hilang mama risau, tak kesian?" soal asahi

"aku bagitahu lah mama kat mana,aku taknak bagitahu kau" ucap hana.

"takpelah, suami tak penting, penting lagi menghilang kan diri buat orang risau" balas asahi dan ambil topinya yang berada di belakang.

"betul" balas hana, dan turun dari kereta. Perut dah lapar dah ni, dari tadi berbunyi, sekarang dia nak makan sepuas hatinya.





selepas kenyang pelahap semua makanan hana tertidur dalam kereta, di sebabkan asahi ada meeting di luar dia ikut sekali duduk dalam kereta, syok la dia baring dalam kereta, badan di tutupi dengan jaket sambil peluk bantal plushy nya.

"hei bangun" kejut asahi namun hana masih tidur lena.

"bangun hana" kejut asahi

"heem" sahut hana, dia tengah bawa mimpi ni boleh pulak asahi kejutnya.

"bangun" suruh asahi tapi hana masih tidur lagi.

"bangun dah sampai, kata tadi nak beli barang" ucap asahi dan hana hanya geleng.

"takyah lah, malas" balas hana dan masih tidur.

"suka hati lah" jawab asahi dan memandu balik kerumah. Tadi ajak beli barang, eh tiba-tiba dia tertidur, lepastu sekarang nak beli ke tak? malam nanti mesti dia keluar. dasar hana.

Falling in love || Hamada•AsahiWhere stories live. Discover now