bab 4

231 18 1
                                    

"bye sahi, thank you" ucap hana dan terus masuk kerumah dengan cepat.

"baru balik?" soal mama yang buka pintu untuk kedatangan hana.

"iye mama" jawab aeri

"pergilah masuk mandi, pagi esok nak hantar abang" ucap mama

"pergi mana?" tanya hana

"abang kene balik sana balik" balas mamanya

"lah, sekejap aje ke?" soal hana dan mamanya angguk, dia pun berlari masuk ke bilik dan baring, nak kata penat tu penat tapi takde penat, mungkin sebab keluar dengan asahi?.

Pagi esoknya hana sudah siap masukkan beg jaehyuk kedalam kereta, dia hanya tunggu bila nak bergerak ke sana. Dia pun dah siap duduk dalam kereta.

"termenung aje, kenape?" siku jaehyuk yang nampak adik kecilnya renung luar tingkap.

"takde apa-apa" jawab hana acuh tak acuh, walaupun hantar jaehyuk ni dah berpuluh kali tapi dia tetap sedih apa bila masa untuk hantar jaehyuk ke negeri lain, berat hati nak berjauhan dengan abang tersayang.

"sedih lah tu dah tak boleh nak jumpa abangnya, kalau tidak balik ada tempat mengadu tempat manja" ucap papa yang nampak muka hana dari cermin depannya.

"alah sedih-sedih mama papa manjakan kau jugak kan?" siku balik jaehyuk, seronok betul dia kalau dapat kacau hana ni, lagi lagi benda tu boleh buat dia merajuk lagi dia suka.

Sesampai di airport hana salam dan cium abangnya, maklum lah kalau nak jumpa kene tunggu jaehyuk cuti sem, atau pun dapat cuti lama jarang lah dia boleh balik sini cuti lama paling-paling dapat cuti dua minggu tu lah paling busuk dia punya lama.

Selesai hantar hana pun balik kerumah balik, nak kene kemas bilik pulak lepastu kemas baju satu hal lagi nak kene buat, itu lah paling malas kalau nak ke negara orang tapi nak buat macam mana, dia yang ajak jadi dia lah yang kene kemas semua sendiri.

Telefonnya berbunyi dia pun dengan malas ambil telefonnya yang ada di atas meja.

"hello" ucap hana tanpa tengok nama

"hana, jom keluar nak?" soal perempuan itu, dah kalau perempuan siapa lagi kan kalau bukan miyeon.

"alah tapi aku tengah kemas baju" ucap hana acuh tak acuh

"bukan sekarang, malam karang ada makan-makan sebab birthday abang aku jadi aku nak ajak kau teman aku beli barang sikit" pujuk lagi miyeon dia tahu hana je yang pandai pasal pilih warna benda lawa-lawa ni.

"aku nak pergi rumah kau?" tanya hana

"bukan, jihoon amik kita kau boleh? alah hana aku pun tak kemas baju lagi, malam ni baru aku kemas please hana pleaaaseee" pujuk lagi miyeon dan panjangkan perkataan pleasenya.

"yelah nanti dah otw bagitahu aku nak kemas barang dulu, bye" tutup telefon hana dan balingnya di atas katil.

Apabila malam tiba mereka pun sudah sambut birthday abang miyeon, kini mereka berlima makan di meja luar, berlima? siapa je? Jihoon, Doyoung, Miyeon, Hana dan Asahi.

"aku nak masuk dalam jap" ucap miyeon dan segera masuk ke dalam.

"aku nak tumpang tandas" doyoung celah.

"kau ni sebok la aku yang tengah tahan dari tadi sebab minum air oren" marah jihoon dan bangun dari duduknya.

"benda ni pun nak gaduh takpe rumah aku besar, bilik air ada 3 tak payah lah gaduh" ucap miyeon dengan nada seperti mahu stress dengan dua ketul ni.

"cepat la jangan terkial-kial" ucap doyoung dan tolak miyeon untuk berjalan kedepan, kini tinggal hana dan asahi.

Hana hanya termenung tengok sekeliling.

langsung tak keluar apa-apa patah perkataan dari mulut hana dan asahi, masing-masing enjoy pemandangan.

"ah, hana haritu kan-" asahi bersuara secara tiba-tiba namun kata-kata terputus apa bila dia nampak seorang yang fimiliar di meja belakang.

"hah apa?" soal balik hana dan tenung asahi, dia tengok kebelakang apa bila asahi pandang kebelakang yang dia dapat lihat hanya seorang perempuan dan lelaki sedang berdiri dan tangan lelaki itu berada di pinggangnya.

"asahi.....kau okay?" soal hana sambil petik jari di depan muka asahi.

"sahi" panggil lagi hana dan pukul lembut pipi asahi, baru lah asahi sedar dari termenungnya.

"hah..apa?" soal Asahi.

"apa kenapa? kau yang apa tadi kau nak cakap apa?" tanya hana dan asahi geleng sepertinya dia tidak mahu beri tahu. Asahi pun bangun dan pergi dari situ. Hana panggilnya namun langsung tak toleh, hana pun ambil begnya dan cepat ikut asahi yang turun kebawah.

"asahi!" jerit hana namun dia masih tidak dengar. Hana berhenti sekejap sebab nak tarik nafas bila dia mula berjalan balik bayangan asahi hilang, hilang dari radar.

"Asahi!" jerit hana dan mencari, dah lah laluan bawah tu gelap dia boleh main hilang-hilang pulak.

"asaHI!" jerit lagi hana jenuh dia cari Asahi sampai lah ada tangan yang tariknya ke tepi dinding.

"AA!" jerit hana namun cepat sahaja lelaki itu tekup mulut hana, hana dongak dan nampak muka lelaki itu, jelas si Asahi.

"sahi!" jerit hana walaupun mulutnya di tekup

"kenapa kau hilang tadi?" bisik hana

"aku tak hilang" ucap asahi

"lepastu? kenapa kita kene menyorok macam ni?" tanya lagi hana dan asahi terus tutup mulutnya. Dia mendengar seolah ada seorang lelaki dan perempuan tengah sembang, tambahan pula sembang pasal dirinya sendiri.

"tadi u seems terkejut bila budak lelaki tiga orang and sorang budak perempuan dekat depan meja kita tu, u kenal?" soal lelaki itu.

"mestilah kenal" jawab perempuan itu

"siapa dia?"

"asahi, he's one of my ex's dia dulu begging dekat i untuk getback but i will never get back with him, dia takdelah hensem mana and also dia dulu banyak pinjam duit i but i berdiam, i tak tahu lah perempuan tu gf dia atau pun kawan dia mungkin jual diri" ucap puas perempuan itu dengan muka belagaknya.

Falling in love || Hamada•AsahiWhere stories live. Discover now