Berminggu-minggu kini hana dah kene masuk hospital disebkan perutnya dah sakit dari semalam, asahi yang rela tak berapa nak rela kene lah tidur seorang diri di rumah seminggu lepas, tapi kalini dia kene teman hana, teman sampai hana masuk ke labour room.
"awak okay tak ni?" soal asahi yang mengikut hana kulu kilir sambil pegang perutnya, hana cuma angguk, angguk dan sambung berjalan sambil usap perutnya. Sakit .
Hana kembali baring di atas katil, tapi tak lama, berdiri, berjalan kulu-kilir kuhulu kehilir semua sampai lah satu tahap hana sakit sampai panggil doktor, benda dah tak larat baik dia menangis panggil doktor, bini dah nak bersalin...
sebelum dia pergi sempat dia tarik tangan asahi.
"kalau saya tak dapat selamatkan baby ni saya mintak maaf-" ucapannya terpotong apa bila asahi kucup dahi hana, tu je dia sempat bagi sebelum hana ditarik masuk.
bukan taknak dengar tapi dah lebih 10kali asahi ulang, asahi taknak, walaupun di beri pilihan dia akan tetap pilih hana, kalau ada ada lah, kalau takda mungkin bukan rezeki mereka.
Selepas 1jam asahi tunggu isterinya di luar, tak lupa juga doa untuk isterinya, fikiran celaru, hana boleh buat, dia yakin pada isterinya. Nampak sahaja kaki menapak asahi terus dongak ke atas, tengok doktor yang bawa hana tadi.
"doktor?.. isteri saya? selamat?" soal asahi, risau.
"tahniah, baby boy is waiting for his dad, awak boleh masuk" ucap doktor itu sambil berjabat tangan dengan asahi, asahi gembira dan berjabat balik tangan dengan doktor, segera dia masuk kedalam.
Matanya bersinar apa bila tengok baby boynya berada di sebelah hana, makin mendekat dengan baby boy nya.
"hello anak daddy" ucap asahi, dia duduk di sebelah babynya, tatap anaknya.
"kita dapat baby boy, nama apa kita nak bagi ni?" soal hana tetapi bila asahi tak menjawab soalannya hana toleh tengok ke asahi, asahi sebuk main pipi anaknya di tepi.
"awak nak dukung tak ni?" soal hana dan asahi angguk laju, cepat sahaja dia sediakan tangan dan hana letak kan perlahan baby di lengannya.
"comelnya anak daddy" ucap lagi asahi, dia duduk di tepi hana.
"amboi asyik tatap baby je, comel sangat ke baby tu?" tanya hana dan asahi angguk.
"tapi, baby kene susu, baby nak makan, bagi saya dulu kejap lagi awak amik balik boleh?" soal hana dan asahi angguk, kini dia bagi balik baby ke hana.
Keesokan harinya Asahi kembali, selepas dia sudah mandi, makan dia terus sahaja ke hospital balik untuk tengok sang isteri dan anaknya.
"waa daddy datang balik" ucap hana apa bila nampak asahi datang dengan senyumannya
"mana bobot?" soal asahi, hana pandang ke asahi.
"bobot?" tanya hana dan asahi angguk.
"disebabkan dia tembam macam mak dia i bagi dia nama bobot, tak tahu nak letak nama apa lagi" ucap asahi selamba, hana terus ambil bantal kecil yang ada di tepinya dan dia baling ke arah asahi, sempat asahi tangkap sebelum bantal kecil itu jatuh.
"bobot tengah tidur, jangan kacau" ucap hana yang tengah makan.
"awak tak mandi?" tanya asahi
"saya baru lepas habis mandi and ermm...minggu depan saya dapat keluar tau" ucap hana dan asahi angguk.
"awak tak kerja?"
"harini cuti" balas asahi dan hana angguk, sambung makan makanannya.
Hari menjadi hari kini hana dapat balik ke sarang burung balik, selepas berapa minggu duduk dekat hospital akhirnya di bebaskan jugak.
"mana katil baby? takde katil baby?" tanya hana dan asahi geleng.
"dia kecik lagi, biar lah dia tidur dengan kita" balas asahi, hana angguk, ingatkan balik dapat tengok katil baby ke, some decorations ke untuk welcome back home tapi satu pun takde.
yelah benda pun tak siapkan awal-awal, hana ingat selama dia duduk berminggu kat hospital asahi boleh lah handle kan tapi tak juga, expectations terlalu tinggi, benda tak jadi pun.
Selesai hana tidurkan si bobot dia letak perlahan bobot atas katil, sementara dia tidur boleh lah dia kemas baju dulu. Kemas beg."awak buat apa ni?" soal asahi apa bila nampak hana duduk di depan almari. Hana hanya tunjuk beg bajunya dan sambung kemas.
"awak nak makan apa-apa tak?" soal asahi, hana geleng.
"tak lapar?"
"tak"
"kalau rasa lapar pergi lah makan, bobot saya boleh jaga" tambah asahi, hana endahkan , selesai kemas baju dia turun minum air, segar sikit lepastu amik angin kat koridor pula, konon-konon lah kan lupa ada anak, dia naik balik ke atas, masa untuk baring ah sedapnya dapat baring~>.
"awak moody je kenapa? period?" soal asahi ke hana, hana geleng walaupun dia tahu asahi gurau.
"lepastu? awak disappointed with me ye sebab katil baby?" tambah asahi, uh hana punya hati tiba-tiba rasa sakit pula tapi dia tetap nafikan.
"tak" balas hana.
"saya bukan sengaja tapi saya pun busy juga kat rumah ni, bukannya duduk diam, saya siapkan jugak kerja saya, baby pun saya tak tahu dapat laki ke perempuan saya takde masa nak ingat semua benda tu yang saya nak awak dengan baby balik rumah dengan ceria, selamat, tu je" ucap asahi.
Adalah terasa sikit tapi hana diamkan diri, betul juga apa yang lelaki dia cakap mungkin dia tak dapat nak prepare semua benda dalam masa yang singkat, dia pun tak tahu anak dia laki ke perempuan, tapi last sentence tu ohmygad! rasa cair tapi tak boleh! kita kene acah merajuk!.
"awak merajuk pasal benda tu kan?" soal asahi, hana masih geleng kepala.
"saya pening kepala, nak rehat, 10minit pun jadi" balas hana, dia nyamankan posisinya dan tidur disebelah bobot.
"ok" itu sahaja yang di balas asahi, tapi hana tak amik serius, kalau dia penat asahi pun mungkin penat jugak, dia taknak tambah serabut asahi tapi takpe, asahi ada sebelah dia, bagi kata kata semangat sebelum hana kene tahan masuk hospital pun is more then enough. Asahi yang excited over a small things, excited bila baby bukak mata, pegang jari telunjuk pun bagi hana dah cukup, selagi asahi ada bersama nya selagi itu dia bersyukur, janji lelaki yang dia suka dahulu, lelaki yang bernama Hamada Asahi ada dengannya pun dah cukup gembira.
HAHAHAH BAU BAU NAK END DAH NI 😙😙😙☝🏻☝🏻☝🏻 ENJOY JANG LUPA VOTE EH LUPA VOTE TAKNAK SAMBUNG, BYE, CAU, HAPPY NEW YEAR ❤️❤️
YOU ARE READING
Falling in love || Hamada•Asahi
Romancealangkah terkejutnya sang gadis apa bila lelaki yang dia kejar akhirnya membalas perasaannya balik. (아사히) ASAHI | TREASURE Hamada Asahi copyright; YG Entertainment 2021 end : 23.1.21