bab 32

196 15 0
                                    

Seminggu lepas telah berlalu. Minggu yang ditunggu kan saat jaehyuk jadi suami orang telah pun lepas. Sungguh sedih hana apa bila nampak jaehyuk duduk bersama isterinya.

"semua makan!" panggil mamanya, hana bangun dan pergi ke meja makan.

"panggil abang dengan kak minji cepat" suruh mama dan hana pergi panggilnya.

"abang, makan" ucap hana dan jaehyuk angguk. Mereka pun keluar dari bilik.

"hana tak makan?" soal mamanya dan hana geleng.

"nanti hana makan, takde selera" balas hana dan masuk bilik. Dia tengok asahi tengah baring dia terus pergi ke asahi dan peluknya. Kepala setia di atas perut asahi.

"kenapa ni?" soal asahi dan gosok belakang hana sebelah tangan lagi masih setia pegang telefonnya.

"penat" balas hana.

"rehat lah, tidur" ucap asahi, hana hanya terdiam, penat sebab dari pagi sampai malam layan tetamu, makan dah berapa kali tambah, tapi masih penat, yelah dah lah seminggu busy, tambahan pula siapkan pasal jaehyuk lagi bertambah penatnya.

"baring sebelah ni" suruh asahi hana geleng, dia malas nak bergerak, penat sampailah tertidur di atas asahi.

Pagi tiba hana terjaga dan terus bangun. Tengok asahi dah hilang. Kerja kut takpelah hana sambung balik tidur, ngantuk sungguh.

"hana bangun, dah petang" kejut abangnya.

"hana" pukul jaehyuk tapi perempuan itu tak bangun.

"yoon hana" lagi sekali dia kejut, baru lah perempuan itu terbangun dari tidurnya.

"bangun, makan, kau okay tak ni?" soal jaehyuk.

"kenapa?" tanya hana yang masih mamai.

"bangun, mandi, makan, kau okay? ke tak sihat?" soal jaehyuk dan hana hanya geleng, Jaehyuk yang tak puas hati tu terus rasa dahi hana. Panas.

"adik demam?" tanya jaehyuk dan hana geleng.

"air cond lah bang" balas hana.

"otakkau, air cond mestilah sejuk, ni panas ni kau demam?" tanya jaehyuk dan hana geleng.

"sakit kepala je" ucap hana.

"mandilah, basuh rambut lepastu makan kat luar" pujuk jaehyuk hana angguk dan bangun untuk ke bilik air.

Hana keluar dengan tuala di atas kepala, dia ke dapur cari makanan, lapar.

"elok dah demam?" tanya papa yang baru keluar dari bilik.

hana geleng, "mana ada demam pa, sakit kepala je" balas hana. Papanya angguk, suruh dia tidur.

Dia bangun baring balik dalam bilik, asahi kene meeting jumpa client kat luar lepastu hana tinggal seorang diri. Dia amik keputusan untuk balik rumah seorang diri.

Hana terbaring di atas katil selepas penat berjalan, sakit kepala dah okay sekarang nak rehat....rehat sepuas hati.

kreekkk

Dia dengar bunyi pintu, dia pun angkat kepala, lah macam mana laki ni boleh tahu dia ada kat rumah?..

"balik sendiri?" soal asahi dan hana angguk, dia bangun dari baringnya,,

"tak sakit kepala dah?" tambah asahi dan hana geleng.

"macam mana tahu dekat sini?" soal hana

"balik tadi tengok kereta takde, call abang pun abang kata sayang dah balik saya balik lah" balas asahi dan baring di sebelah hana.

"nak makan?" soal hana dan asahi geleng.

"rehat lah dulu" suruh asahi.

"nak makan bagitahu, saya masakkan" ucap hana

"awak rehat dulu jangan buat apa-apa, betul betul dah sihat baru pergi dapur memasak" ucap asahi dan selak rambut hana ke belakang telinga.

"saya dah sihat, tengok dah boleh drive" jawab hana dan duduk tegak, dia nak orang percaya yang dia dah sihat.

"hana" ucap asahi dan hana terus baring balik. Terus selimut dirinya dan rehat kan diri. Pening memang ada rasa macam dunia berpusing dan ada benda datang sakit sakit dari mata.

"ok" balas hana, terus tutup mata dan rehat macam yang asahi suruh.

skip a weeks later~

"harini awal pulak balik?" soal hana dan ambil beg asahi dari tangannya.

"jumpa client je tak buat apa-apa pun" balas asahi dan bukak tie nya.

hana membawa secawan air ke asahi, dia duduk di sebelah asahi.

"saya nak keluar dengan miyeon esok boleh?".. soal hana, takut sungguh nak minta diri keluar dah lah tengah demam, confirm tak boleh.

"pergi mana?" tanya asahi.

"ikut dia jalan-jalan" balas hana.

"tak boleh, selagi tak sihat tak boleh keluar" ucap asahi

"alah tapi saya dah betul betul sihat, boleh lah kan keluar?? kalau duduk rumah tak buat apa-apa bosan jugak" balas hana dan pandang bawah....bermain dengan tangannya.

"bukak la kedai, takde lah bosan kan?" soal asahi.

"alah awak ni...""

"awak sihatkan diri baru boleh keluar" ucap asahi

"saya dah sihat, pleasee" tambah hana, dia meminta lagi sampai asahi lepaskan nya.

"pergilah" ucap asahi

"yeay! terima kasih!" jerit hana gembira tiba-tiba dia rasa sakit perut terus duduk balik usap perutnya.

"kenapa?" soal asahi hana geleng.

"sakit perut" jawab hana, dia usap lagi perutnya.

"nak keluar esok pergi makan ubat, baring" suruh asahi, hana ikut kan aje janji dapat keluar dengan kawan tersayang, dia terus minum air panas dan masuk kebilik.


"dah okay dah perut?" soal asahi dan hana angguk.

"esok tak payah keluar" ucap asahi tiba-tiba.

"ala, kenapa?" soal hana

"awak tak sihat, saya taknak izinkan awak keluar" balas asahi.

"hemh" keluh hana

"esok saya kerja jadi duduk rumah diam-diam, rehat kan diri apa apa panggil saya" ucap asahi dan keluar dari bilik. Hana sambung selubung diri, selsema, pening kepala, sakit badan belakang, macam macam sakit dicampurnya

Falling in love || Hamada•AsahiWhere stories live. Discover now