Keesokan harinya hana pergi ke kerja macam biasa, kemas kafe sebelum bukak. Dan tepat pukul 8:00am kafe di buka seperti biasa.
"Hazelnut coklat take out" order lelaki itu dan hana dah tahu sangat dah tu asahi.
"Harini date dekat mana pulak?" Soal hana.
"Butik" jawab asahi dan hana angguk.
Jam menunjukkan sudah pukul 8 malam, dah tak ramai tapi hana tetap bukak kedai, last pelanggan masuk terus tutup. Dia lap meja ke meja sementara tunggu haeri balik dari kedai.
Hana dengar ada yang menapak masuk dia pun toleh ke pintu.
"Nak apa?" Soal hana
"aku nak cakap je ni esok siap awal, pakai baju dress ni" ucap asahi dan bagi satu paper bag.
"Esok aku tunggu depan rumah kau, bye" balas asahi dan keluar dari kedai itu.
Keesokan paginya hana sudah tunggu lelaki itu di luar. Tapi satu habuk pun takda, jadi dia pun diri lama di situ sampai lah ada kereta mercedes hitam datang kepadanya.
Hana nampak yang asahi bukak tingkap depannya, dia ingat dia duduk depan rupanya ada perempuan lain yang duduk depan. Hana pun pergi duduk di belakang.Ajak orang teman date ke apa ni soal hana dalam hatinya. Sepanjang jalan hana hanya diam, dia pakai earphonenya dan termenung tengok pemandangan luar.
Sampai di destinasi hana pun keluar, tengok Asahi dan perempuan itu sedondon. Ni nak tangkap gambar kahwin ke apa. Hana mula berfikir apa yang jadi sebenarnya.
Dia nampak jelas yang perempuan itu pegang lengan asahi sepanjang jalan, dia dah macam nyamuk dah kat sini. Hana ada rasa sedikit cemburu apa bila ramai tengok mereka dan ucap tahniah.
Asahi dah kahwin dengan perempuan ni ke? Soalan itu bermain di fikiran hana. Sampai sahaja di tempat yang sepatutnya hana duduk di meja piknik yang ada di bawah pokok. Dia duduk tengok aksi perempuan itu tangkap gambar.
Ada lah terselit perasaan cemburu tapi hana taknak tunjuk nya kerana asahi bukan lah miliknya.
"Dah jom" ajak asahi
"Pergi mana?" Soal hana
"Balik lah" jawab asahi.
Cis, kalau macam ni je baik tak payah lah aku ikut.
"Aku balik naik grab aje lah" ucap hana
"Dah kenapa?" Tanya Asahi.
"Saja" jawab hana dan jalan kehadapan dahulu.
"Jom la ikut aku dulu, aku nak bawak kau pergi satu tempat" ajak asahi dan hana hanya diam ikut asahi.
"Nak pergi mana?" Soal hana apa bila dah masuk kawasan perumahan tetapi asahi hanya diam.
"Kenapa kau selalu elak bila aku ajak keluar?" Tanya asahi
"Kau kan keluar dengan perempuan tu haritu nanti dia marah aku macam mana?" Tanya hana.
"Mengarut dia nak marah kau" ucap asahi.
"Mengarut jugak bila orang kata dia tak suka perempuan padahal keluar dengan perempuan, siap pegang-pegang lagi" ucap hana
"Apa yang pegang?" Soal asahi
"Takde apa-apa" jawab hana. Mula flashback balik saat cincin yang ada dijari Asahi. Apa bila dia tengok tangan asahi cincinya masih setia di jari telunjuk. Hm keluh hana.
Walaupun Asahi dah tahu perempuan di sebelahnya ni cemburu tapi dia buat bodoh, tak tahu cerita betul jangan nak acah sad sangat.
"Jom lah masuk" ajak asahi dan hana hanya angguk.
Patutlah kemain suruh pakai dress rupanya ada makan-makan dekat rumahnya. Akward nak mampus bila ramai orang. Hana sempat jumpa ibu asahi, salam peluk dan ambik makanan sebelum ramai. Mereka duduk di meja yang kedalam.
"Kau nak merajuk dengan aku sampai?" Soal Asahi.
"Sampai bila-bila" ucap hana dan sambung masuk makanan dalam mulutnya.
"Kau nak dengar penjelasan aku tak?" Tanya Asahi dan hana angguk.
"Ni, yang bagi cincin ni, sedara perempuan aku, belah papa" ucap Asahi.
"Ni memang cincin aku, aku tak pakai sebab cincin ni hilang lepastu dia pinjam untuk ukur jari tunang dia, jari tunang dia sama size dengan jari aku" cerita asahi.
Aduh dari pada sejenis yang tak suka bercakap boleh pulak bercerita apa yang jadi dekat kesayangan dia.
"Kau ikut aku tadi pulak sebab dia ada photoshoot, dia amik gambar untuk album kahwin dia nanti" ucap asahi dan hana angguk.
"Dah puas?" Soal Asahi dan hana angguk.
"Sorry lah salah paham, aku sakit hati tu je sebab tu aku taknak layan kau" terang hana
"Kenapa sakit hati dengan aku?" Tanya asahi
"Sebab kau tak balas perasaan aku" jeling hana
"Kata tak boleh paksa perasaan orang" ucap asahi dan hana angguk.
"Tapi aku nak paksa boleh tak?" Tanya hana, asahi hanya pandang kosong padanya.
"Maksud?" Soal Asahi dan hana hanya geleng kepala.
Balik sahaja dari majlis makan, makan hana membuat panggilan telefon dengan kawannya, miyeon, salah satu diari hana jugak.
"So how was your day today?" Soal miyeon
"Bad day" ucap hana
"mi, salah ke kalau kita paksa perasaan orang?" Soal hana
"paksa? Heem dikira salah lah sebab kita nak paksa perasaan orang buat apa kan?" Ucap miyeon
"Tapi aku nak jugak paksa perasaan dia" sambung hana
"Perasaan siapa?"
"Sahi"
"Mana boleh paksa perasaan orang hana, biar orang tu betul-betul suka kau" ucap miyeon
"aku tak tahan lah miyeon, aku jadi cemburu tak tentu arah, suka terasa dengan dia padahal dia bukannya milik aku" cerita hana
"ajak lah dia kahwin" suruh miyeon
"Dia takkan nak punya, mesti dia dah jumpa perempuan lagi better dari aku"
"Kau tak tanya, macam mana kau nak tahu?" Soal miyeon
"Aku tahu sangat dah, dah lah dia reject aku, aku benci la kat asahi tu" sambung hana
"Macam mana kau tahu aku reject kau ni?" Soal asahi, hana yang mendengar terus tengok balik telefonnya, dia tengah call dengan miyeon kenapa suara asahi?
"Miyeon kau memang babi!, aku benci kau!" Marah hana dan segera tutup callnya.
Semua orang dia benci.
YOU ARE READING
Falling in love || Hamada•Asahi
Romancealangkah terkejutnya sang gadis apa bila lelaki yang dia kejar akhirnya membalas perasaannya balik. (아사히) ASAHI | TREASURE Hamada Asahi copyright; YG Entertainment 2021 end : 23.1.21