Hana termenung keluar tingkap, dia tengok kakinya kemudian tengok keadaan luar balik, banyak soalan mula bermain difikiran, baru sikit macam ni asahi dah bising apa ntah nanti kalau hana tak boleh berjalan, dia masih boleh duduk dengan hana ke? Ke hilang cari perempuan baru?. Dengan cepat dia lap air matanya menggunakan lengan bajunya.
"Takyah nak fikir sangat, benda tu boleh cari lain hari" ucap asahi dari tepinya dan hana angguk.
"Sorry, sorry lah menyusahkan, kau kalau nak beli barang pergi lah beli, aku tinggal rumah" ucap hana sambil lap air matanya.
"Apa yang menyusahkan?" Soal asahi dan hana hanya renung ke kakinya.
"Sebab tulah aku tanya tadi boleh jalan ke tak, bukannya marah" balas asahi yang nampak hana masih lap air matanya. Cengeng.
Hana terus menerus lap air matanya yang asyik turun itu, dia ambil nafas dalam-dalam dan sandarkan kepalanya, termenung tengok langit di petang hari, Susahnya jadi orang cepat terasa ni. Semua benda nak terasa.
"Dah lah tu" pujuk asahi yang nampak air mata hana menitis sikit demi sedikit.
"Dah, aku cuba dah berhentikan tapi tak boleh, don't worry aku okay" ucap hana dan tutup matanya.
"Don't worry aku okay, okay sangat kan? Kalau cakap sikit pun terasa" ucap asahi. Fuh bertambah pedih dia hanya tahan.
"Aku tanya, tak marah, sikit pun tak marah cuma aku tanya dengan nada yang buatkan kau fikir aku marah aku kan?" Tanya asahi dan han angguk.
"Aku tak marah, tapi...marah sikit la, dah tahu kaki tak boleh jalan sepenuhnya duduk rumah, jangan confident kata boleh jalan, sia-sia je pergi lepastu balik balik" kata asahi, betullah kalau rasa diri tak boleh jalan duduk rumah diam diam, jangan lah confident kata boleh berjalan.
"Mana nak tahu tiba tiba je sakit" balas hana.
"Lepasni amik lah tahu" ucap asahi dan hana hanya diam. Sampai lah balik rumah dia hanya diam kan diri. Duduk di sofa ruang tamu.
Nak berjalan tak boleh dia boleh duduk diam je, termenung, tengok tv, tengok telefon tu je lah routine semenjak takleh jalan ni. Kaki takdelah teruk cuma disebakan terkehel jatuh dari katil kaki pulak terseret dari besi itu yang membuatkan kakinya bertambah pedih. Macam benjol kat kepala, kalau sentuh mesti pedih tapi nasib kepala boleh bawak.
Tiba malam hari hana baring di ruang tamu atas sofa, dia hanya tunggu kehadiran asahi tapi asahi macam tak kesah je, takpelah dia tidur di atas sofa dulu.
"Tidur luar?" Soal asahi dengan cepat hana buka mata.
"Nak Jalan tak boleh, tidur luar jelah" balas hana dan sambung peluk bantalnya.
"Oh" balas asahi dan masuk ke dalam bilik.
tch, decik hana at least cuba la amik berat sikit, sikit pun takpe I'm okay tapi ini sikit pun tak, its not okay ajelah.
Tiba-tiba dia rasa ada benda di atas badannya, dia pun tengok oh rupanya Asahi beri dia bantal dan selimut. Eh ada tilam di bawah jugak (?)
"Kenapa ada tilam bawah ni?" Tanya hana dengan dahi kerutnya.
"Tidur luar" balas asahi. Hana hanya diam dan tidur, nak tidur nyenyak tanpa fikir apa-apa.
Tiba pagi hari hana bangun dia cuba berjalan, yeay dah boleh, takde susah kan orang dah. Teriak hana apa bila dia boleh berjalan balik tanpa rasa pedih atau pun sakit.
"Dah boleh jalan?" Soal asahi yang nampak hana berjalan untuk masuk bilik air.
"Heem" jawab hana dan masuk kedalam bilik air.
"Nak makan ke nak makan kat mana?" Soal hana
"Rumah" balas asahi, hana tengok sekeliling dia telah masuk ke dalam kawasan perumahan, kalau tak kawasan perumahan apa lagi, rumah asahi la.
Masuk sahaja dalam rumah hana terus berjumpa dengan mak asahi, tapi mereka tak tanya pula pasal kaki hana, mungkin mereka tak tahu tapi bagus juga takde yang tahu, takdelah buat malu dirinya. Selesai habis makan mereka duduk dulu, dalam beberapa minit baru balik, balik untuk beli barang pula, barang dapur rumah dan sebagainya.
"Nak beli apa dulu?" Soal hana asahi hanya angkat bahu.
"Kau pergi beli barang rumah, aku beli barang dapur" ucap hana dan asahi angguk sahaja kepalanya. Mereka pun berpecah hana ke tempat barang dapur asahi ke tempat barang rumah.
Hana masih lagi beli barang tanpa perasan telefonnya sudah berdering untuk kali ke-10, siapa lagi kalau bukan suaminya yang telefon tapi langsung tak angkat, itu yang membuat asahi risau. Asahi cuba call dan message tapi satu pun tak balas, asahi sambung jelah beli barang, mungkin dia masih lagi beli barang dapur.
Selesai beli barang rumah asahi menunggu hana beli barang dapur, dah 10 minit duduk luar ni, mana perempuan ni. Selepas 10 minit asahi masih tekun tengok telefon dan di kejutkan dengan hana yang datang kepadanya membawa barang.
"Dah?" Soal asahi dan hana angguk. Selepas berapa lama kene diri dekat kaunter sebab ramai orang beratur panjang akhiranya boleh duduk.
"Eh, kau call aku tadi?" Soal hana yang baru sahaja buka telefonnya dan asahi angguk.
"Aku tak perasan pun" balas hana
"Memang tak perasan tu yang aku call lebih dari 10 kali pun tak perasan" balas asahi dan hana hanya senyum jahat.
"Sorry" ucap hana dan kembali main telefonnya. Tanpa sedar main telefonnya sampai tertidur, penat? Nak kata penat takde lah penat beli barang macam biasa lah sanggup teman miyeon shopping berdiri dan duduk di dalam mall selama 1 jam tapi entah kenapa rasa ngantuk. Mungkin sebab malam tak dapat tidur nyenyak.
"Bangun, dah sampai" kejut asahi yang pukul lengannya untuk bangun. Hana pun bangun dari tidurnya terus bawak barang masuk kerumah untuk susun.
YOU ARE READING
Falling in love || Hamada•Asahi
Romancealangkah terkejutnya sang gadis apa bila lelaki yang dia kejar akhirnya membalas perasaannya balik. (아사히) ASAHI | TREASURE Hamada Asahi copyright; YG Entertainment 2021 end : 23.1.21