"hana" panggil asahi dan hana toleh kepadanya. Hana dah sampai rumah asahi pada waktu awal pagi.
"kau taknak ajak kawan kau ke?" soal asahi
"nak ajak ke?" tanya balik hana dan asahi angguk. Hana pun minta diri untuk keluar supaya boleh telefon kawan-kawannya.
"dah telefon?" soal asahi yang tiba tiba muncul dari belakang.
kus semangat.
"dah, kejap lagi dorang sampai" jawab hana
"jom tolong aku balik" ajak asahi, hana pun letak kembali telefonnya di dalam poket dan sambung hias.
Apabila malam tiba kawan-kawannya pun sudah datang di rumah Asahi. Mereka sudah pun menjamu selera di meja luar, khas untuk Asahi dan kawan-kawannya.
"btw asahi, aku tengok macam besar sangat je majlis ni, majlis ni untuk apa? takkan birthday sambut sebesar ni?" tanya miyeon yang sedang minum air oren.
"hi bro" tiba tiba ada yang menyapa asahi, siapa lagi kalau bukan sedara nya sendiri, Kanemoto Yoshi.
"hi" ucap asahi dan bersapa dengannya.
"kau macam mana? jadi pergi minggu depan? kalau jadi mungkin ni last aku dapat tengok kau" ucap yoshi.
Tetapi hana bingung di belakang, apa maksud dia?
Asahi terus tarik tangan yoshi untuk ke belakang.
apa maksud yoshi? kenapa kene cakap sampai kebelakang.
Asahi POV :
"aku tak bagitahu dorang lagi" ucap asahi
"kenapa tak bagitahu dorang lagi?" tanya yoshi yang nampak muka asahi sedikit frust walaupun mukanya seperti tiada perasaan tapi hanya yoshi yang tau apa perasaannya.
"aku tak tahu nak bagitahu macam mana, berat jugak nak tinggal dorang bila dorang yang nak berkawan dengan aku" jawab asahi
"sahi, go on, kau nak time flight nanti baru dorang tahu?" soal yoshi dan geleng kepalanya.
"jadi?"
"yelah nanti aku bagitahu" balas asahi dan mereka pun pergi dari situ.
"mama, nampak hana?" tanya asahi yang masuk kedalam mencari hana.
"dekat dalam tadi katanya nak ambik air masak" balas mamanya dan asahi angguk.
nampak hana tengah basuh pinggan sambil termenung.
"hana" panggil asahi dan hana toleh kepadanya.
"kenapa kau basuh semua pinggan ni?" soal Asahi
"takpela tadi dah makan" balas hana
"mana yang lain?" tanya asahi
"dorang tadi kata nak ambik gambar kat bawah"
"bawah mana?"
"kolam"
"oh, dah lah tu stop basuh pinggan aku ada benda nak cakap dengan kau" ucap lelaki itu dan hentikan hana dari basuh pinggan.
"lagi satu je sahi" bantah hana dan tetap nak basuh pinggan.
"dah dah!! pergi pergi biar mama basuh hana tetamu" sampuk mamanya.
"takpelah aunty, biar lah hana basuhkan lagi sepinggan je" ucap hana namun aunty Hamada terus tolak perlahannya untuk tepi dari singki.
"takpe pergi je tu asahi ada nak cakap tu" ucap mama asahi dan asahi pun tarik tangan hana untuk keluar.
"kau nak cakap apa?" soal hana
"haritu kau tanya aku kan kenapa aku asyik ajak kau keluar kan?" kata asahi dan hana angguk.
"ada sebab" ucap asahi
"apa sebabnya?" soal hana dan silang kaki tangannyapun masih setia silang di dada sambil bersandar.
"aku.......nak sambung belajar" ucap asahi hana terus toleh dengan laju tepat di mata Asahi.
"bila?"
"minggu depan so minggu ni aku last kat sini" ucap asahi dan kembali bersandar di kerusi.
"kau sambung belajar dekat mana?" tanya hana
"jepun"
"jauhnya" keluh hana
"nanti siapa nak teman aku keluar?" tanya hana
"jihoon kan ada, asahi, kau tak sambung belajar?" soal asahi dengan cepat hana geleng.
"papa suruh urus kan kedai kafe dia" ucap hana
"takpelah jaga kedai kafe tu elok-elok, lagi dua tahun aku datang jumpa kau" ucap asahi.
"dua tahun?" tanya hana dan asahi angguk.
"bila kau kesana?"
"sabtu ni" jawab asahi.
hm harini je dah khamis, esok jumaat, esok lagi dah sabtu.
YOU ARE READING
Falling in love || Hamada•Asahi
Romancealangkah terkejutnya sang gadis apa bila lelaki yang dia kejar akhirnya membalas perasaannya balik. (아사히) ASAHI | TREASURE Hamada Asahi copyright; YG Entertainment 2021 end : 23.1.21