bab 9

198 28 2
                                    

Tiba hari sabtu hana bangun di awal pagi, takdelah awal pun pukul 10 baru mandi.

"nak pergi mana siap-siap ni?" soal mama

"nak hantar asahi harini dia nak pergi dah" ucap hana yang masih tengah betulkan bajunya di depan cermin.

"dia sambung belajar ye? dekat mana?" tanya mama

"jepun ma"

"heem, cakap kat dia elok-elok belajar, nanti hana dah takde teman nak dating sana sini" kata mama

"MAMAA, no eh" jawab hana tapi terselit senyum di situ.

"hana pergi dulu, hana bawak kereta abang tau" ucap hana dan salam tangan ibunya.

"elok-elok"

"baik" dan hana pun mulakan enjin siap sedia untuk berjumpa dengan asahi.

Sampai sahaja di kafe hana nampak asahi sudah menunggunya, dia pun dengan cepat terus pergi ke meja asahi.

"kau ajak datang kafe kenapa? bukan kau nak flight dah ke?" soal hana

"flight aku pukul 1 karang sebab tu aku lambat" ucap asahi.

yelah sekarang pun baru pukul 12:10pm nak tunggu tepat pukul 1 heem lambat.

"kau taknak makan ke?" tanya hana

"kau lapar?" soal balik asahi

"kau lah, aku nak belanja kau asyik kau je belanja aku" kata hana sambil mengeluh.

"lah, kenapa mengeluh pulak?" tanya asahi

"kau tak pernah nak terima apa yang aku nak belanja, kalini boleh eh ? please please aku order spageti kau makan eh, tak terima penolakan" ucap hana dan terus bangun untuk order.




Selepas habis makan mereka pun terus ke airport, malangnya jihoon,doyoung & miyeon tidak dapat ikut jadi hana seorang diri jelah yang dapat teman asahi untuk ke sana.

"nah" hana hulur satu paper bag ke asahi.

"apa ni?" soal asahi.

"amik jela mana tahu nanti kau rindu aku ke kan" ucap hana sambil kibas rambutnya ke belakang.

"nonsense" jawab asahi.

"okay kalau taknak takpe benda ni aku boleh bagi dekat doyoung" hana tarik balik pape bag dari asahi.

"buruk siku dah bagi lepastu tarik balik" kata asahi dan tarik balik paper bag itu dari hana. Hana pun berjalan sampai lah dah sampai di depan eskalator .

"bye asahi semoga kita dapat jumpa di tahun akan datang" ucap hana sambil tahan tawanya

"takyah nak baku sangat" balas asahi dan pukul lembut bahunya namun dijeling oleh hana.

"bye bro, jaga diri dekat sana nanti free balik lah sini kalau dah lupa jalan balik tak payah balik" ucap hana kini asahi jeling balik dengan kehadiran diri hana di situ.

"kau tu yang kene jaga diri, silap hari nanti aku balik kau ada lelaki lain" jawab Asahi.

"biar la kalau aku ada lelaki pun, kenapa? nak marah?" tanya hana dan membuat muka judging face nya.

"tak payah nak perasan, aku gerak dulu apa-apa roger jangan nanti dalam kereta nangis pulak" kata asahi

"takkan punya" jawab hana, sebelum pergi sempat mereka tumbuk tangan antara satu sama lain dan melambai satu sama lain.

lepas ni takde kawan nak ajak keluar dah keluh hana, dia pun pergi ke tempat parking keretanya dan balik kerumah.

"mama, hana dah balik" ucap hana dan baring malas di atas sofa.

"ha awal balik" balas mamanya

"mama ada benda nak cakap" kata mamanya, hana pun duduk tegak dan bertanya apa benda yang nak dicakapkan.

"mama nak kamu kahwin"

"HAH?!?" jerit hana tapi memecahkan tawa kedua orang tuanya

"takdelah mama gurau, mama nak cakap pasal kafe"

"huh mama ni, buat orang terkejut je" jawab hana.

"hana nak kerja dekat kafe tu kan? tapi hana pun tahu banyak benda kene buat balik, kalau hana betul nak jaga kafe tu papa nak buat balik kafe tu, kalau tak papa nak jual" ucap papa

"hana memang nak kerja situ, hana taknak sambung belajar taknak berjauhan" ucap hana"

"tahu sangat dah, tapi kawan kamu yang lain semua dapat sambung belajar, kamu nak terus berkerja?" soal mamanya, hana hanya angguk walaupun dia tahu sebenarnya mama nak anak dia sambung belajar.

"esok kita pergi balik kafe tu, hana tengok apa yang patut tapi hana kene janji hana boleh jaga kafe tu dengan baik" kata papanya dan hana angguk.

"hana janji" jawabnya dan toleh ke mama, mama hanya buat muka kosong, takde reaksi langsung, terus masuk ke dalam bilik tanpa toleh.

"hana pergi rehat, takpe mama papa pujuk" pelawa papanya dan hana angguk.


Keesokan paginya hana bangun lebih awal untuk siap, harini nak tengok kafe dengan semangat dirinya siap lebih awal dan tunggu di luar.

"siap dah?" soal papanya dan hana angguk.

"harini hana drive naik kereta abang lah, nanti hana ikut belakang papa, boleh?" soal hana dan papanya angguk. Dia pun panaskan enjin sebelum mula bawak kereta.

#streamvolkno
Siapa stream VolKno dia cantik bye.





Gurau teume semua cantik termasuk readers saya, bye!

Falling in love || Hamada•AsahiWhere stories live. Discover now