bab 24

197 21 1
                                    

Apabila berganti hari, berganti minggu hana semakin manja ke asahi. Takdela manja mana setakat tidur nak peluk ajela. Lebih lebih siapa layan kan? Asahi? Mungkin dia ajelah yang boleh layan perangai hana tu. Tak semua orang tahu perangai hana yang manja ni, jaehyuk semestinya tapi tak sama macam mana dia manja ke asahi, walaupun lelaki itu langsung tak pernah nak balas apa yang dilakukan oleh hana tapi hana apa kesah kan? Janji dia dapat apa yang dia dapat.

Hana bangun di awal pagi, siap mandi dia terus kedepan mencari keberadaan si sang suami. Oh dekat luar, tengah layan jiwa ke tu? Kemain duduk kat balcony.

"Hello" ucap hana yang datang dari belakang terus peluk si suami.

"Bangun dah?" Tanya asahi dan hana angguk, maklumlah harini asahi dapat cuti jadi si sang isteri pun nak cuti jugak.

"Tak kerja ke harini?" Soal asahi sambil toleh kebelakang.

"Taknak la, penat" jawab hana dan berdiri di sebelah asahi sambil menikmati pandangan. Sejuk di pagi hari.

"Pergi lah mandi, kita makan luar" ucap asahi dan masuk kedalam rumah. Hana pun masuk kerumah juga, mandi dan bersiap untuk keluar.








"Nak makan mana?" Soalan pertama yang keluar dari mulut hana apabila masuk kedalam kereta.

"restoran macam biasa" balas asahi

"Ala" keluh hana

"Kenapa? Nak mcd?" Tanya asahi dan hana angguk gembira.

"Takde, not for today" balas asahi.

"Taknak lah makan" ucap hana dan turunkan kerusinya untuk selesa dirinya baring.

"Nanti kebulur mati salah kan kita pulak" ucap asahi

"Takpe nanti mati i cakap jela i yang taknak makan" balas hana.

"Banyak la kau, takde makan nasi untuk isi perut, ingat kenyang makan benda  tu? Gemuk baru tahu" balas asahi.

"Oh kiranya kalau aku gemok kau tak suka lah kan? Faham" balas balik hana tapi dia ingatkan asahi ada la keluar beberapa perkataan tapi rupanya dia hanya buat tak tahu bukannya pujuk hana. Okay fine Asahi.







Selesai habis makan kini mereka balik kerumah mama, disebabkan bosan duduk rumah jadi hana ajak untuk ke rumah mama.

"Hello mama!" Ucap ceria hana

"Aik, tak kerja harini?" Tanya mamanya dan hana geleng.

"Cuti, cuti sendiri" balas hana

"Yelah, tapi korang cuti tak rehat, mama nak keluar dengan papa, nak ikut nak duduk rumah?" Soal mamanya

"Alah mama ni asyik keluar je"

"Yelah ada kerja nak beli barang apa semua nak ikut ke tak? Abang jaehyuk takde"

"Abang pergi mana?"

"Taktahu, katanya keluar"

"Heemz, takpelah hana tinggal rumah jelah mama pergilah keluar" balas hana dan mamanya angguk. Tutup pintu rumah hana kembali baring di atas sofa.

Rasa dia macam tak baring sebulan atas sofa rumah sendiri hahahah.







"Mana mama?" Soal asahi yang datang duduk sambil main telefon.

"Keluar" balas hana

"Abang pun sama?" Tanya lagi asahi dan hana angguk.

"Ngantuk la nak tidur, jom" ajak hana masuk kedalam bilik. Rumah bosan kalau kat rumah asyik tidur, lah datang rumah mama pun bosan, tidur jugak la jawabnya.

Hana terus masuk kedalam bilik dan menunggu ketibaan asahi untuk datang dan baring disebelahnya.

"Kata nak tidur" ucap asahi yang masuk bilik tengok hana tengah tengok telefon.

"Nak tidur la ni" balas hana tapi masih main telefonnya kerana tunggu asahi baring disebelahnya.

Dan akhiranya asahi baring disebelahnya. Hana tutup telefon dan peluknya setengah badan. Sebenarnya bukannya nak peluk pun tapi hana kalau nak tidur dia kene ada benda peluk, disebabkan bantal peluknya takde dia peluk lah asahi sambil bermain telinganya. Apa yang dia suka main dengan kuping telinga asahi pun asahi tak faham tapi tulah, layan aje karenahnya nanti tak bagi merajuk, satu hal besar kene pujuk.

Petang menjelma hana masih tidur nyenyak disisi asahi, ngantuk sungguh tapi yang tidur ni bukan sorang, tapi dua-dua tertidur dengan nyenyak, si asahi dan si hana.

"Bangun" ucap seseorang yang masuk bilik, asahi bukak penuh matanya dan tengok mama masuk.

"Bangun, makan, dah pukul 5 ni" ucap mamanya yang masih gerakkan hana.

"5minit ma" balas hana mamanya hanya membalas "yelah" dan keluar dari bilik. Hana membetulkan posisinya lagi dan sambung tidur. Lagi 5 minit dia bangun la tu.

"Hana, asahi, bangun, dah pukul 8 dah ni, tadi kata 5minit" ucap mamanya yang masih setia kejut hana dan asahi.

"Ye mama, hana bangun" jawab hana dan bangun dari tidurnya tapi mata masih setia tutup.

"Bangun, mandi, lepastu makan, nanti lapar macam mana" kata mamanya lagi, sedaya upaya dia kejut kedua anaknya untuk bangun dari tidur.

"Takpe mama, nanti hana lapar hana makan" balas hana dan sambung tidur sambil peluk lututnya.

"Yelah, nanti sejuk pandai-pandai panaskan eh" ucap mama sebelum beredar dari bilik dan hana angguk kepalanya kemudian sambung tidur.

Tepat 8:30 hana terbangun, tengok asahi masih tidur disisinya, dia pun bangun dan keluar tengok seisi rumah kosong, kemudian dia pergi bilik ke bilik, oh mama dan papa pun ada sorang tengah buat kerja sorang mungkin tengah mandi, ke bilik jaehyuk pulak jaehyuk pun dah tidur di atas katil. Dia ke dapur untuk tengok makanan, kemudian dia panaskan makan sebelum makan. Kembali ke bilik untuk kejut asahi.

"Sahi, nak makan?" Soal hana tapi lelaki itu masih sedap tidur dibawa mimpi.

"Sahi" kejut hana dan goncangkan badannya.

"Asahi" ucap hana dan pukul bahunya kemudian asahi pun bangun.

"Hm?" Itu sahaja yang keluar dari mulut asahi.

"Bangun, mandi, nak makan?" Tanya hana

"Sekarang pukul berapa?" Soal asahi

"8:30" jawab hana

"5minit" balas asahi dan hana angguk, sementara tu dia pergi mandi dulu lah kalau asahi punya lima minit kira kira boleh jadi 10minit jugak.

Selesai mandi dia terus keluar tengok asahi masih tidur. Dia terus ke asahi dan kejut, ni dah lebih 5 minit dah ni.

Falling in love || Hamada•AsahiWhere stories live. Discover now