Hana memakai earphone nya jadi dia langsung tak dengar kalau ada bunyi atau pun apa-apa, tapi tengah syok dia tengok telefon dia tak perasan sampai lah asahi datang dan buka selimut yang diselubungnya. Hana pandang tengok Asahi.
"Dah balik?" Soal hana yang membuka sebelah earphone nya, walaupun dalam hati dia excited tapi dia nak tutup, taknak nampak excited dah lah tinggalkan kita sesorang.
"Dah, jangan nak marah aku kerja" ucap asahi yang dah tahu sangat dah kalau hana mesti marah dengannya.
"Nak marah jugak" balas hana dan sambung baring pakai earphonenya.
"Sampai?" Soal asahi yang duduk di tepinya, perempuan itu tak layan.
"Nak makan?" Tanya asahi dan hana geleng.
"Nak apa?" Soal asahi
"Nak tidur" balas hana dan masuk dalam selimutnya, dia harap akan asahi datang memujuknya tapi terlalu tinggi harapan tu asahi tak pujuk pun malah dia pergi masuk dalam bilik. Hana pun sambung tidur di atas sofa, ngantuk sangat dah tu.
Jam menunjukkan pukul 12 petang, hana bangun dari tidurnya tengok dah pukul 12 petang, dia pun bangun cari asahi.
"Asahi" panggil hana tapi tiada yang menjawab.
"Sahi" panggil lagi hana, dia cuba ingat yang pagi tadi Asahi balik tu betul atau mimpi? Heurm rengek hana dan terbaring di atas katil. Rindu.
"Kenapa? Bangun dah?" Ucap asahi yang duduk disebelahnya. Hana terus angkat kepalanya.
"Asahi" panggil hana dengan laju dia peluk asahi.
"Dah kenapa ni? Bukan tadi marah ke?" Tanya Asahi, oh so betullah pagi tadi bukan mimpi.
"Kalau dah rindu marah mestilah hilang kan?" Soal hana
"yeke?" tanya balik asahi dan hana angguk.
"aku rindu" jelas hana, takde malu-malu dah.
"pergilah mandi, aku ada kerja lagi ni" balas asahi
"asyik kerja je, kau sekarang ni sayang kerja ke aku?" tanya hana
"kalau aku tak kerja mana nak dapat duit?" tanya asahi.
"dah lah, pergilah kat kerja tu" marah hana, dia sambung balik baring namun tak menghadap asahi tapi menghadap tempat lain.
"mandi cepat" suruh asahi, sebelum pergi sempat dia elus kepala hana dan keluar dari bilik.
Asahi hadap laptopnya dari pukul 12:30 petang sampai sekarang dah pukul 1petang, hana yang sejenis mandi lama pun dah siap mandi tapi lelaki tu masih setia dengan laptopnya dalam bilik.
"Tak masak?" Soalan pertama yang asahi tanya bila keluar dari bilik gamenya. Dah syok ignore hana selama sejam tu yang ditanya?
"Tak, masak sendiri" balas hana dan sambung main telefonnya.
"Jom lah makan luar" ucap asahi
"nak makan pergi aje lah takpun ajak perempuan sekerja tu" balas hana emosi. Lapar baru cari orang.
"Siapa ajar cakap macamni?" tanya asahi. peh kalau dah keluar macam ni, telan air liur jela kau.
Hana hanya diam, main telefonnya.
"Nak ikut taknak? Nak ikut siap taknak ikut sudah" ucap asahi, hana terus masuk kedalam bilik untuk siap. First time dia nampak Asahi marah ni, yelah kalau dah lebih had siapa je suka? Suami sendiri pun tak suka.
Sesampai sahaja di restoran hana hanya diam, ikut sahaja apa yang asahi order, bukak mulut karang dia kene lagi baik dia diam asahi tengah takde mood tu.
"Aku tak marah tapi tegur"
"Takdelah, tegur jelah aku okay" ucap hana yang main dengan nasinya itu.
"Aku tak suka kau berperangai macam ni, ubah sikit perangai tu" ucap asahi dengan nada lembut tapi bagi hana itu dah kasar.
"Ye aku tahu, tak semua suka dengan perangai kita kan? Tapi kalau kau marah aku aku pun ada hak jugak nak cemburu kalau kau keluar dengan perempuan lain" cerita hana
"Lepastu kau pernah tengok aku sentuh dengan perempuan?" Soal asahi dan hana geleng.
"Jadi?"
"Aku mintak maaf, sia sia je aku jadi isteri kau kan kalau perangai pun tak ubah kan?" Balas hana.
"Bukan lah macam tu cuma cemburu kau tak kene masa tak kene tempat, aku penat kat kerja dari pukul 8 malam sampai 8 pagi tapi kau tuduh aku" cerita balik asahi.
"Tapi aku pun sakit hati jugak, aku haritu berjalan nampak kau tengah jalan dengan sorang perempuan"
"Itu kan kawan sekerja aku memang lah kene jalan sama sama makan petang sama-sama".
"Tapi perlu ke sampai kau bawakkan beg dia? Pegangkan heels dia?" Soal hana.
"aku sekali jalan nak pergi cafe, aku bawak lah, tak nampak tangan dia penuh fail? Penuh barang? Tak kesian?" Soal asahi dan hana hanya angguk.
"Makan lah, takyah nak panjangkan cerita yang membosankan" balas hana dan sambung makan.
Sesampai sahaja di rumah hana terus siap, tukar baju dan keluar untuk bukak kafe harini, ikut kan dia nak cuti tapi disebabkan ada gaduh kecil dengan asahi membuatkan dia nak pergi kerja.
Dia keluar tanpa beritahu asahi, dia telefon haeri nak masuk kerja ke tak harini tapi haeri tak dapat datang, dia bukak seorang diri, benda dah selalu buat sebelum dapat pekerja haritu.
"Eh, harini bukak kafe ke kak?" Soal miyeon yang masuk kedalam kafe, dasar tetamu tak diundang.
"Dah lama cuti bukak lah" balas hana
"Bukak sebab saja-saja ke....sebab gaduh dengan asahi?" Soal miyeon
"Takde lah, kenapa?"
"Betul ni?" Soal miyeon
"Kau tak percaya aku ke?" Tanya hana
"Memang tak percaya sebab kau ni suka menipu sekarang" balas miyeon, hana hanya menjelingnya.
"Mana ada, kau nak apa ni?" Tanya hana
"Eleh nak menipu aku nak coklat latte satu dengan croffel ni" balas miyeon dan hana angguk.
"Btw asahi tanya aku mana kau, chat tak balas, aku dah agak kau gaduh kan?" Soal miyeon.
"Jangan balas tau, nah, harini aku belanja, enjoy miyeon" ucap hana dan tolak miyeon keluar dari kafenya.
"Byee! Ingat! Jangan bagitahu!" Ucap hana dan tutup pintu kafenya.
YOU ARE READING
Falling in love || Hamada•Asahi
Romancealangkah terkejutnya sang gadis apa bila lelaki yang dia kejar akhirnya membalas perasaannya balik. (아사히) ASAHI | TREASURE Hamada Asahi copyright; YG Entertainment 2021 end : 23.1.21