bab 38

188 13 0
                                    

dringg dringg

telefon hana yang hana letak di depan untuk dengar lagu di youtube berhenti apa bila asahi video call isterinya, hana angkat.

"dekat mana?" soal lelaki itu.

"otw nak balik, kenapa?" soal hana

"lambat balik"

"tadi tutup kedai"

"tutup kedai ke dating depan kedai?" soal asahi hana hanya diam.

"kenapa diam?" tanya asahi, hana hanya tarik nafas, tolong lah dia malas nak bercakap sekarang ni.

"tu kawan, terjumpa tadi" jawab hana, asahi terus end callnya dan hana buka balik lagu.

Sampai sahaja rumah hana terus baring, nampak asahi masih tekun buat kerja di meja.

"tak tidur lagi?" soal hana dan duduk di tepi katil.

"esok kerja tak?"

"kerja" jawab asahi.

Hana tengok balik jam, dah pukul 11:50 malam, dia terus bangun dan mandi, pakai sahaja baju tidur dan terus baring di atas katil sambil tengok telefonnya.

tepat pukul 12:30 pagi hana tengok asahi dah tertidur di atas sofa, laptop masih terbukak, hana ambil selimut dan selimut kan suaminya, letak kepala asahi di atas bantal dan dia cium dahi asahi sebelum balik ke katil.

Harini hana hanya keluar kan roti dan nutella, dia buat air favourite asahi, air pic dan tunggu asahi keluar. Asahi pun keluar dan duduk di meja untuk menikmati makanannya.

"harini balik lambat lagi?" soal hana

"tak tahu lagi" ucap asahi, hana angguk. lepas sahaja habis makan sekeping roti asahi pergi ke kerja, tutup pintu dan terus keluar rumah. Cakap dengan hana tak pandang mata, hana tak sempat salam cium dia dah pergi tinggalkan hana.

"dia masih marah pasal semalam?" soal hana sendirian.

"hmh" keluh hana, dia termenung seorang diri di koridor luar, nampak kereta asahi keluar dari security guard.

Hana duduk seorang diri, tengok kdrama di tv tapi kepala masih teringat asahi, dia marah ke tak marah? ke dia dah tak sayang hana? hana menyusahkan dia? hana degil keluar dengan lelaki malam hari? hm.

Dia mencapai telefon cari nama asahi, tengok asahi online di whatsapp nya tapi tak chat hana pun, hana tutup whatsapp nya, dia duduk diam tunggu asahi chat dirinya tapi satu habuk pun takda. Mungkin betul kut, dia dah tak sayang hana, mungkin dia chat perempuan lain?.

Hana pukul kepalanya, takkan lah dia nak chat perempuan lain kan? mestilah dia chat mummy ke tapi boleh jadi jugak dia chat perempuan lain. Dah lah malas lah fikir.




Hana toleh ke arah pintu yang nampak bayang di bawah, asahi balik awal ke harini? pintu bukak sahaja terpapang asahi, oh betul lah dia balik awal. Hana pandang balik ke tv. Asahi terus masuk ke bilik.

"hm dia tak sayang aku dah lah tu" ucap hana keseorangan. Susahnya time mengandung ni, macam macam rasa ada, it ends with us?. Entahlah jangan fikir bukan bukan.

Asahi keluar dari bilik, dia pergi ke peti ais buat air picnya sendiri dan minum di meja makan sambil mata tekun tengok telefonnya. Hana tengok balik tv, dia tunggu kehadiran asahi untuk duduk di tepinya. Asahi datang dan duduk di tepinya, dia tengok hana termenung bukan ke tv, tapi termenung ke luar, asahi perasan kalau banyak sangat termenung ni dia banyak masalah, dia nak bahu, macam waktu diorang di sekolah dan waktu berkerja sebelum jadi isteri dan selepas jadi isteri.

"hana" panggil asahi, perempuan itu masih tak dengar.

"hana" panggil lagi asahi dan sentuh bahu hana, hana terus toleh kepadanya.

"hm? nak apa? awak lapar?" soal hana, asahi geleng kepala.

"termenung apa?" tanya asahi

"mana ada termenung, saya tengok kdrama" nafi hana, padahal lelaki itu dah nampak jelas dah tadi.

"awak okay?" soal asahi, hana angguk

Asahi terus tariknya dalam pelukan, usap bahu hana dan cium dahinya, dia tahu isteri dia nak pelukan, hana peluk balik asahi dan sorokkan mukanya di ceruk leher asahi.

"can i know? apa yang kacau kepala awak sekarang? kenapa nampak sedih sangat?" soal asahi.

"awak...awak tak sayang saya" balas hana

"masa bila saya cakap saya tak sayang awak?" soal asahi

"betul, awak memang tak sayang saya" jawab hana.

"awak tak pernah pun cakap yang awak sayang saya, baik awak keluar pergi kerja, busy kan diri sampai lupa isteri yang tengah mengandung" tambah hana. Asahi tarik mukanya untung pandang tepat ke mata hana.

"ye hana, saya sayangkan awak, saya sayangkan awak sangat-sangat lebih dari apa yang awak tahu, dah jangan overthinking boleh?" tanya asahi, ibu jarinya usap lembut pipi hana.

"betul awak sayangkan saya?" tanya lagi hana dan asahi angguk.

"okay" balas hana dan lap semua air matanya.

"eh?"

"saya berlakon je hehe" ucap hana, asahi sempat menjeling nya dan tarik tangannya dari merangkul bahu hana, bukan senang nak tengok asahi kata sayang dia,hahaha kene tipu padan muka.

"awak masih marah pasal semalam?" soal hana

"tak payah ingatkan, saya taknak ingat benda tu" balas asahi.

"asahi, tu haruto, kawan lama saya time sekolah dulu, dia pindah ke canada sebab family dia, saya terjumpa dengan dia dekat depan 7e, saya yang ajak dia bersembang sebab dah lama tak jumpa dia" cerita hana

"tapi perlu ke sampai peluk?" tanya asahi

"saya dah anggap dia abang, dari 6 tahun kitaorang main sama sama sebab jiran, keluarga dia tahu keluarga saya, tapi bila kitaorang sekolah kitaorang buat haluan masing masing, walaupun masih bertegur, peluk dan rehat sama sama"

"lagi pun, dia dah ada calon isteri mungkin" tambah hana, asahi hanya dengar si isteri cerita, sampai lah hana sambung minum susu strawberinya.

Falling in love || Hamada•AsahiWhere stories live. Discover now