Berapa bulan telah berlalu, dari pada cuti mereka sekarang balik seperti biasa. Hana bangun sahaja dari tidur tengok asahi dah bersiap depan cermin. Oh jam dah pukul 8pagi tapi hana masih berada di atas katil, untuk harini dia masuk kerja lambat tapi walaupun masuk lambat dia tetap kene buat sarapan untuk suami kesayangan.
"Makan lah dulu" ucap hana yang tengah siapkan sarapan untuk asahi. Asahi terus duduk dan makan.
"Harini, aku balik lambat" ucap asahi.
"Okay" balas hana. Tu je lah balasannya, yelah dah nama pun kerja kan, tipu la kalau tak balik lambat mesti ada hari kene balik lambat.
"Elok-elok" ucap hana dan beri satu beg kertas untuk asahi, siap sedia makanan untuk asahi.
"Kau tu jaga diri, aku pergi dulu" balas asahi dan hana angguk. Sebelum tutup pintu dia mencium tangan asahi dan peluknya walaupun lelaki itu tidak membalas tapi usap kepala pun dah cukup bagi hana.
"Hello hana! Lama tak jumpa" ucap haeri yang baru masuk ke kerja.
"Hello haeri, macam mana dengan junkyu?" Tanya hana
"Okay jer macam biasa" balas haeri dan hana angguk.
"Haeri cuci singki akak mop lantai, boleh?" Tanya haeri dan hana angguk.
Mula lah routine dorang, mop lantai bersihkan segala kafe macam biasa.
Jam dah menunjukkan pukul 7malam hana baru selesai kemas kafe, untuk tutup kafenya. Lepas selesai kemas hana terus balik kerumahnya, penat.
"arghh" keluh hana yang baring di atas sofa itu. Dia malas dah nak bangun, nak mandi pun malas. Hana baring dan main telefonnya tapi berhenti main telefonnya apa bila dia mendengar bunyi kunci dari luar rumah. Okay siapa lagi kalau bukan asahi kan? Tapi dia kan balik malam, siapa yang balik sebenarnya ni?
Hana tekun tengok pintu sampai pintu nya bukak, lah, asahi.
"Aik, kata balik lambat" ucap hana
"Tak jadi dah meeting luar dah tadi" balas asahi.
"Oh"
"Kau tak mandi lagi?" Soal asahi dan hana geleng.
"Baru balik"
"Baru sangat?"
"Dalam 5minit lepas" jawab hana dan kembali baring, nak mandi malas tapi tulah nanti tak mandi kene bebel dengan si asahi.
"Tak mandi lagi?" Soal asahi yang baru balik dari beli makanan.
"Belum" jawab hana dan asahi geleng kepala.
"Kejap lagi aku mandi la" ucap hana ingatkan jawapan takkan kene marah tapi.
"Jangan makan, selagi tak mandi aku taknak bagi kau makan" ucap asahi.
"Kalau aku tak makan nanti aku mati macam mana? Mati kebulur, kau nak?" Tanya hana
"Jangan nak mengarut, mandi dulu baru boleh makan" balas asahi.
"Okay cuba kau bayangkan, aku tak makan lepastu aku terus mandi, kalau aku mandi nanti tetiba aku pening pengsan dalam bilik air, ha macam mana?" Ucap hana, nak makan
"Aku suruh kau mandi, bukannya buat bilik air, mandi tak sampai 5minit pun kan?" Tanya balik asahi.
"Ish! Yelah" dengus hana dan jalan menghentak kakinya, dari ke bilik sampai lah ke bilik air.
"Boleh pun mandi kan? Tak mati kebulur pun" ucap asahi yang nampak hana makan seorang diri.
"diam la" balas hana sambil jeling ke asahi.
"Bukan susah pun mandi, masuk bilik air mandi, habis mandi pakai baju, siap, senang kan?" Kata lagi asahi, hana hanya buat tak tahu dan makan makanannya. Malas nak bercakap dengan asahi, orang tengah penat takde mood nak mandi dia paksa, nak aje pukul pukulnya tapi tulah, tak boleh.
"Jangan nak mengata aku dalam hati kau ye, aku cakap je jangan nak terasa" balas asahi
"Diam, kau bersuara nanti membuatkan aku takde mood nak makan" balas hana
"Heem, cakap pun tak boleh"
"Memang tak boleh, nanti aku merajuk kau bukan nak pujuk, lepastu kata aku cengeng, merajuk sikit bukannya nak pujuk isteri, ntah ntah kalau perempuan lain merajuk nak je pujuk" ucap hana panjang lebar. Geram.
"Amboi mulut, cakap macam aku pernah pujuk perempuan lain"
"Aku tahu, suatu hari nanti mesti ada perempuan jumpa kau lepastu duk nangis nangis kau pujuk dia, tapi sedang kan isteri sendiri nak pujuk pun susah" balas hana
"Kau datang dari masa depan ke? Macam mana kau tahu benda tu akan terjadi?" Soal asahi.
"Aku cakap je, kalau betul jadi tak tahu lah nak cakap apa, aku terus taknak jumpa kau 1minggu" balas hana dan menunjukkan jari telunjuk nya seperti nombor satu.
"Mengarut, makan lah cepat, nanti lebih lebih terasa taknak aku pujuk" jawab asahi. Hana bagi renungan tajam kepada asahi yang tengah lepak sambil main telefonnya.
Sweet sikit pun taknak, apa la cuba la belajar jadi sweet, jadi caring sikit. Ingatkan kalau dah jadi isteri sweet tak jugak, macam kawan jugak dibuat nya.
Hana naik ke atas katil untuk main telefonnya, sebelum tidur nak juga layan mata, layan asahi belum tentu asahi nak layan dirinya balik.
"Awal tidur" ucap asahi yang baring disebelahnya.
"ngantuk" balas hana
"Bukan kau paling suka tidur lambat ke?" Soal asahi
"Hello, saya bukan macamtu" jawab hana, dalam 1saat baru dia perasan kenapa dia bersaya dengan asahi? Sedangkan mereka aku kau.
"Eh sorry, aku" hana betulkan ayatnya balik.
"Kenapa kalau bahasa kan diri saya pun?" Tanya asahi, dia pelik
"Takdelah macam, kita kan asyik aku kau, tak pernah awak saya, then...kita tak pernah in relationship pun kan? Kita terus kahwin je" cerita hana. Yelah tak pernah in relay tiba-tiba terus kahwin tak pelik ke?
"Tak pelik pun, kau rasa benda tu pelik ke?" Soal asahi dan hana angguk.
"Kau tak pernah terima pun aku confess, berapa tahun aku cuba tapi kau tak terima kan?" Tanya balik hana, yelah punya penat dia buat note untuk asahi, balik je dari jepun dia bukannya cakap apa apa, terima confess ke tak, suka hana ke tak.
"Dah lah tidur jangan nak sembang pasal hal ni" ucap asahi dan hana hanya dengus.
Dah agak dah kalau bab bab ni kirim salam lah kan, mungkin minggu depan pun tak tentu dia nak jawab.
YOU ARE READING
Falling in love || Hamada•Asahi
Romancealangkah terkejutnya sang gadis apa bila lelaki yang dia kejar akhirnya membalas perasaannya balik. (아사히) ASAHI | TREASURE Hamada Asahi copyright; YG Entertainment 2021 end : 23.1.21