Part 45:Nasihat

75 9 0
                                    

Nenek tersebut sedang memasakkan lauk untuk semua penghuni rumah panti asuhan serta Boruto yang sedang bermain dengan Rei di ruang tamu.

"Nenek May"

Nenek tersebut menoleh ke belakang dan melihat Boruto yang berdiri di depan pintu dapur tanpa seorang budak kecil.

"Kalau kamu menggunakan nama nenek. Pasti ada benda penting yang kamu mahu beritahu,benar?"tanya nenek May.

Boruto hanya tersenyum tipis mendengar ucapan nenek May. Dia menuju ke kabinet dan mengambil alih memotong daging yang tersedia di situ.

"Rei di mana? Apa dia sedang tidur?" tanya nenek May.

"Hn"

Boruto masih lagi fokus memotong daging tanpa mengalihkan perhatiannya ke arah nenek May.

"Nenek lihat. Rei itu semakin rapat denganmu. Bahkan dia sering bertanya tentang kamu yang udah lama tidak mampir ke sini. Apa kamu tidak mahu-..?"

"Nenek"

Ucapan nenek May terhenti apabila Boruto memotong ucapannya. Walaupun memotong ucapan nenek May,Boruto masih lagi fokus memotong daging tanpa mengalihkan pandangannya.

"Aku tidak mahu Rei terlibat dalam hidupku. Lagipula nenek tahu bukan yang aku ini.."Boruto memberhentikan ucapannya.

Nenek May yang melihat itu hanya mengeluh pelan dengan sikap Boruto.

"Huft.. Tapi sampai kapan?"tanya nenek May.

Pertanyaan nenek May membuatkan tangan Boruto terhenti sebelum Boruto menatap ke jendela yang memaparkan pemandangan taman dengan dipenuhi beberapa penghuni rumah yang sedang bermain dan tertawa sesama mereka.

"Sampai dendam ku terbalas"ucap Boruto pelan tapi penuh penegasan.

Nenek May kembali menyambung mengaduk lauk yang berada di dalam periuk.

"Jadi setelah itu baru kamu mahu mengambil Rei?"tanya nenek May.

"Hn. Kalau urusanku udah selesai" ucap Boruto.

"Tapi kalau ada sesuatu yang buruk berlaku kepada ku.. aku akan menyuruh seseorang untuk menjaganya. Kalau dia mahu"ucap Boruto lagi.

Nenek May hanya terdiam.

"Tapi kamu tahu bukan yang Rei itu tidak seperti bocah yang lain?"tanya nenek May.

"Hn"Boruto berdehem mengiyakan.

Bagi Boruto,Rei itu seperti duplikat dirinya semasa dia bayi dulu. Sangat pintar berbanding bocah yang lain.

"Tapi ada yang nenek mahu bicarakan sedikit ama kamu"ucap nenek May.

"Apa itu?"tanya Boruto.

"Apa kamu tidak merasa bersalah kerna telah membunuh manusia?" tanya nenek May.

Seketika mata Boruto membuntang mendengar pertanyaan nenek May. Baru saja Boruto mahu mencelah, nenek May menyambung lagi ucapannya.

"Nenek tahu walaupun kamu udah biasa membunuh orang kerna perbuatan jahat mereka ataupun dendam. Tapi apa kamu tidak terfikir? Apabila kamu membunuh seseorang, ianya akan menjadi penyesalan yang berat bagi kamu?" tanya nenek May.

Boruto masih lagi termenung menatap daging yang dipotongnya.

"Nenek ngomong ini bukan ingin membuat kamu merasa serba salah. Tapi nenek ngomong ini juga untuk masa depan kamu. Sudah cukup nenek melihat keadaan kamu pada hari kematian mendiang ibumu"lirih nenek May.

Mendengar perkataan 'mendiang ibumu' itu berputar-putar di fikiran Boruto. Dia ingat lagi, setelah dua jam mendiang ibunya ditanam. Dia langsung pergi ke sini dan menangis semahu-mahunya di pelukan nenek May. Sambil meluahkan rasa kecewa dan kesalnya terhadap seseorang.

I Want To Love You,Mr.Criminal(BoruSara)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang