KLS 01

35.4K 807 19
                                    

“oiiiii....tembak papan tu bukan pokok!!!"

“baik tuan! "

“kau ni, aku suruh kau tembak papan tu, kau faham tak?“

“oiiiiiii....... Aluna Zinnirah!“

“tuan tepi sikit tak nampak ni" balas gadis bernama Aluna Zinnirah itu.

“tepi sikit tang mana pulakkkk! aku duk belakang kau ni!! “ jerit lelaki itu geram.

“shuttt.... diam tuan"

Bang!

Bang!

Bang!

Lelaki itu terkejut dengan bunyi tembakan yang dilepaskan oleh gadis itu kerana masih belum bersedia.

Kerana marah lelaki itu menarik belakang baju gadis itu bangun dari meniarapnya lalu mendirikan tubuh ketot itu.

“tuan“ panggil Aluna perlahan kerana diangkat sebegitu rupa, anak mata diangkat untuk melihat tuannya.

“kau ni pendek!, aku dah cakap berapa kali dekat kau? tangan kau pengkaq ehhh“ tanya lelaki itu berlagak.

“maaf Tuan Karl" ucap Aluna pasrah.

“kau ni memang tak reti nak menembak ke?“ tanya Tuan Karl.

“saya reti tuan" jawab Aluna bersahaja.

“dah tu kenapa semua tersasar? haaa“ tanya Tuan Karl lagi.

“mana ada tuan, semua kena tengok tu“ jawab Aluna lagi menunjukkan kearah papan sasar.

“kau ni memang suka menjawab ehhh? kau nak aku ragging kau ke?“ ugut Karl Syakirin.

“tak mau Tuan“ jawab Aluna lagi.

“eeeeeeyyyyyy.... geram aku“

Kerana malas dan sakit hati lelaki itu pergi meninggalkan gadis yang sedang berlari mengejarnya.

“tuan!!! “ panggil gadis itu.

Karl Syakirin memekakkan telinganya dan berjalan menuju bangunan yang berdiri gah di hadapannya.

“kau pergi balik" halau Karl Syakirin malas hendak melayan gadis yang membuatkan darah tingginya naik.

“tak nak! “ balas Aluna degil.

“kau ni degil betul laaa! “ marah Karl Syakirin.

“ikut suka kau lah" balasnya berlalu masuk meninggalkan gadis itu.

“baik tuan“ jawab Aluna berlalu pergi.

“jumpa lagi tuan“ ujar gadis itu sebelum berlalu pergi.

Karl Syakirin melihat gadis itu dengan gembira berjalan pergi. Kemudian dia juga berlalu memasuki bangunan itu.

“sakit kepala aku!“ ucapnya kasar melemparkan beret hijaunya keatas meja.

“marah benor nampak Karl" tegur seorang lelaki.

“penat aku dengan budak baru tu, kenapa lah tuan nak aku latih dia“ luahnya geram.

“dah la pengkaq, tembak semua tak kena, dah tu pendek pulak tu macam mana dia boleh masuk askar pun tak tau laaa, mesti pakai cable ni“ ujar Karl Syakirin lagi.

“hahahahha, budak mana?“ tanya Hakeem Sufian kawan sepasukannya.

“budak yang tuan Hafiz hantar tu lah“ jawab Karl Syakirin kasar.

“ya lahhh, yang mana? kan ada ramai orang tu“ Hakeem Sufian tenang menjawab soalan kawannya yang tersangat ganas itu.

“tu yang pendek tu“ mulutnya dimuncungkan menunjuk kearah yang tidak tahu dimana.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now