LKS (61)

15K 452 81
                                    

Sedang melihat aplikasi tiktoks tiba-tiba satu video Mahkota Pahang dan dia lalu di pagenya, tubuh yang terbaring di atas sofa itu terbangun tegak.

"That's me?" Tanya Aluna pada dirinya sendiri.

"Serieslah!!! Oh my god!" Jerit Aluna Zinnirah gembira.

"Arghhh!!! Siapa yang rakam ni? Alooo, so sweet!"

"Nak tengok orang komen apa lah!" Aluna Zinnirah meneliti setiap komen yang ada, hatinya berbunga-bunga ketika itu.

"Siapa tak nak kahwin dengan Putera raja kan!!" Gumamnya sambil ketawa besar, lupa semua masalahnya semalam.

Sedang menikmati pujian-pujian yang ada tiba-tiba satu panggilan masuk.

Mon Chérie !

Dengan hati yang malas dia menjawab.

"Hello!"

"Dekat mana?"

"Hurmm...Okey!"

Tut!

Panggilan dimatikan segera, lama dia termenung.

"Dah kenapa nak ajak aku makan? Ajak lah bini Gucci dia tu!" Ejek Aluna Zinnirah memeluk tubuhnya, geram.

Sebenarnya hatinya sedikit membaik apabila semalam dia mendengar suaminya memarahi madunya yang cuba menggoda dia tidak lari seperti seorang lima puluh ringgit itu. Dia juga terkejut tetapi melihat suaminya tidak tertarik membuatkan dia sedikit lega.

"Lantaklah! Peduli apa aku!" Aluna Zinnirah kembali membaringkan tubuhnya.

"Betul ke dia beli beg tu semata-mata sebab nak usik aku!" Tanya Aluna Zinnirah berfikir seketika.

Sumaiyyah Fatimah membuka perlahan pintu bilik yang dihuni oleh suaminya dengan madunya, bilik yang sedikit mewah dari biliknya kerana barang berharga yang menghiasi bilik itu membuatkan dia cemburu.

"Cis, kau ingat kau hebat dapat tidur dengan Kirin?" Ujarnya cemburu.

Punggung dilabuhkan di atas katil tempat mereka tidur, mata melilau mengawasi keadaan dalam bilik itu sehingga matanya jatuh pada salah satu bekas baldu berwarna biru yang terletak elok disitu.

Dia bangun mendekati kotak yang berada di atas meja solek itu, perlahan tangannya membuka kotak itu, matanya terbeliak.

"Cantiknya!!"

"Kenapa dia dapat rantai mahal ni tapi aku tak? Mesti juta ni! Mana boleh macam ni! Aku nak juga!" Gumamnya sedikit terkejut.

Rantai berlian yang bertakhtanya berlian putih itu di keluarkan dari kotaknya lalu dipakaikan di lehernya tanpa malu.

"Aku nak rantai ni! Mesti dia tak kisah kan? Aku tak kira, rantai ni mesti jadi hak aku!" Ujarnya sambil menatap dirinya di dalam cermin di hadapannya.

"Mesti banyak lagi barang yang dia dapat! Aku kena cari dan ambil nanti habis dia jual!" Tangan makin lincah menyelongkar meja solek itu, sehingga tangannya menyentuh satu lagi kotak berwarna hijau zamrud.

Cepat-cepat di bukanya kotak itu, terpampang satu set perhiasan rosegold berbatu kan berlian Zamrud, dia tersenyum puas melihat perhiasan itu.

"Well, kita tengok!"

Karl Syakirin menunggu isterinya di hadapan rumah Tan Sri Muhyiddin, dia memandu keretanya dari nilai ke Kuala lumpur selama dua jam semata untuk isterinya yang tercinta.

Dia sememangnya tidak mahu isterinya bermalam di sana, meninggalkan dia bersama wanita ular di rumahnya itu, memikirkan itu dia tidak sanggup.

Jam di tangan dilihat, sambil berpeluk tubuh dia memerhati ke arah jalan sambil tubuhnya bersandar pada kereta miliknya.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now