“haaaa..... selam angkat selam angkat" jerit Karl Syakirin yang sedang memegang kepala Aluna sambil merejam kepala itu masuk ke dalam air kemudian di angkat kembali mendongak ke atas.
“huaa blurpp huaaa blurppp“ Aluna Zinnirah cuba mencuri nafas disela sela jeritan tuannya.
“kaki tu tendang lah ke belakang, macam mana nak terapung kalau kaki duk keras kejung macam tu, tendang macam katak tu!" jerit Karl lagi sambil tersenyum nakal.
Aluna Zinnirah dengan bodohnya mengikuti semua kata-kata lelaki itu tanpa sedar bahawa dirinya diperbodohkan. Dengan patuh gadis itu melakukan arahan itu sehingga selesai.
“Aluna, macam tu ke berenang?" tanya Hakeem Sufian sambil melihat Aluna yang sedang naik ke darat itu dengan termengah-mengah.
Gadis itu terkebil-kebil melihat kearah Leftenan Hakeem Sufian yang sedang tersenyum. Tercungap-cungap gadis itu.
“macam ni kan?“ jawab Aluna sambil mendemokan gaya renang.
Aluna mengiringkan kepalanya kiri kemudian ke kanan sambil tangan dihulurkan mencedok udara berselang-seli dengan kaki yang tertendang-tendang ke belakang.
Hakeem tersenyum geli dengan perangai gadis itu.
“dah tu kenapa selam naik selam naik?" tanya Hakeem Sufian sengaja memancing kebodohan gadis itu.
“tuan Karl ajar macam tu, selam naik selam naik" jawab Aluna bodoh membuat gaya tadi.
Detik kemudian Aluna Zinnirah membuntangkan matanya, dia cepat-cepat menoleh kearah Leftenan Karl Syakirin yang sedang berlari sambil ketawa.
“hahahahahha, bongok" jerit lelaki itu masih ketawa.
“tuan!!!!!! “ pekik Aluna turut berlari mengejar lelaki itu.
Yang lain hanya ketawa melihat adegan itu, tidak percaya mereka seorang Leftenan berdarah dingin mengusik bawahannya.
Aluna yang kecik berlari laju menangkap tubuh besar itu, dia mendakap tubuh tuannya yang sedang ketawa itu membuatkan lelaki itu terkelu dan malu. Wajahnya merah.
“oiiiii.... apa ni? lepas bodoh, nanti orang cakap kita buat maksiat!! " marah Lelaki itu cuba meleraikan pelukan itu.
“maksiat ehhh? mehh saya rogol tuan" kacau Aluna yang cuba meragas naik tubuh tinggi lampai itu.
“oiiiii..... " jerit lelaki itu sebenarnya suka.
“turun" jerit Karl Syakirin lagi tapi tidak diendahkan.
“oooo..... nanti kau" Karl Syakirin berlari membawa gadis yang sedang melekat di badannya menuju kolam tadi.
BUSH!
Tenggelam kedua-dua mereka di dalam air itu, semua yang melihat hanya ketawa, Karl memanjat naik ke darat meninggalkan gadis itu di dalam air.
"padan muka kau! " pekik Karl Syakirin setelah berjaya naik ke atas.
Aluna yang melihat tuannya hanya ketawa di daratan tanpa menolongnya, membuat satu rencana untuk membalas dendam terhadap lelaki itu.
“heheheh, wait" gumam Aluna.
“blurpp.."
"blurpp... "
“tu.... tuan to.... tolong" panggil Aluna terkapai-kapai di dalam air.
Karl Syakirin yang ketawa terdiam melihat gadis itu terkapai-kapai meminta tolong. Dia mengamati keadaan di dalam air itu tidak mahu menolong tapi hatinya gelisah.
YOU ARE READING
[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |
Romance"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "Sebab hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah yang Aluna pendam satu persatu terbongkar, Karl Syakirin lelaki kiriman tuhan yang menyelamatk...