LKS (70)

17.4K 438 8
                                    

Beberapa bulan kemudian.

Karl Syakirin termenung sendiri mengenangkan nasibnya yang kini berada diluar rumah kerana dihalau oleh isterinya hanya kerana dia tidak membelikan Kinder Bueno yang dipesan tadi.

"Aku bukan tak nak beli tapi kedai tu tutup! Tak guna betul lah!" Gumamnya seorang diri.

"Apa aku nak buat ni? Nak pujuk memang tak makan saman mak buyung tu!" Ujarnya mengenangkan wanita mungil itu sedang mengandungkan zuriatnya.

Sewaktu dia pulang dari kejadian itu, dia membawa isterinya ke hospital bagi merawat luka-luka kecil itu tetapi siapa sangka wanita itu merahsiakan keberadaan anaknya yang sudah berusia tiga bulan itu hanya untuk memberinya kejutan di hari yang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

Terngiang-ngiang kejadian dimana mereka menyambut ulang tahun perkahwinan mereka disebuah hotel ternama bersama ahli keluarga kedua belah pihak.

"Happy Anniversary Ma Chérie yang pertama!"

Cup!

Satu ciuman mendarat di kepala wanita yang hanya tersenyum bahagia di sampingnya.

"Happy Anniversary too Mon Chérie !" Ceria sahaja wajahnya.

Mereka menyambut hari itu dengan meriah sehingga ketika dia berborak dengan kawan sekerjanya tiba-tiba Aluna Zinnirah datang menghampirinya lalu memberikan sekotak hadiah padanya, dia dengan gembira menyambut kotak itu walaupun saiz kotak itu hanya sebesar tapak tangannya.

"What's is this?" Tanya Karl membelek kotak itu penuh minat.

"Buka lah! Khas untuk Mon Chérie !"

Karl membuka kotak itu perlahan-lahan kerana kotak itu tidak berbalut dengan kertas, dahinya mengerut.

"Apa ni?" Tanya dia blur, benda selebar pen diangkat lalu dibelek-belek olehnya.

"Kena COVID ke?" Tanya dia masih tidak dapat mengesan apa benda yang dipegang olehnya itu.

PAP!

"Adoii" dia memegang kepalanya yang diketuk dari arah belakang.

"Apa?" Tanya dia tidak puas hati melihat kawannya yang memandang dia selek.

"Tu pregnancy test bodoh!" Jawab Hakeem sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Pregnancy test?" Dia melihat benda alah itu dengan lekat sebelum membuat wajah sekupang.

"Entah aku!" Jawabnya tanpa perasaan.

PAP!

PAP!

PAP!

Bertubi-tubi pukulan itu mendarat di kepalanya, dia cuba menahan semua serangan itu dengan tangannya.

"Kau ni tak peka langsung la hanat!" Marah Rayqal yang dari tadi melantak disebelah Hakeem.

"Apa?"

"Bini kau mengandung la bodoh!" Jawab mereka serentak membuatkan semua orang yang sedang bergurau senda di meja makan memandang mereka.

"Haaaa!!! Bini aku mengandung? Mana kau tahu ni?" Karl Syakirin seperti orang gila memarahi kawannya.

"Tanya lah bini kau bodoh!" Jerit mereka.

"Ma Chérie?" Aluna Zinnirah hanya tersenyum sebelum mengangguk mengiakan kata-kata itu.

"Ya Allah! Aku nak jadi ayah dah!!!" Jeritnya seronok, Hajah Kalsom bangun menghampiri menantunya dengan tangisan bahagia.

"Betul ke Aluna mengandung?" Tanya Hajah Kalsom mendalami anak mata menantunya.

"Ye ibu!" Sambil mengangguk dia menjawab.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now