LKS (63)

15.3K 454 11
                                    

"kenapa angah ceraikan dia dengan talak tiga? Berat sangat ke apa yang dia buat dekat kamu?" Tanya Hajah Kalsom setenang yang mungkin.

Dia gembira anaknya sudah tidak terikat dengan keluarga itu, tetapi dia tidak menyangka anaknya sanggup melafazkan talak itu dalam keadaan marah malah, dengan talak tiga.

"Macam-macam dia buat dekat kami! Terutama Aluna!" Karl menunduk ke bawah melihat lantai mozek.

"Apa dia buat?" Tanya Hajah Kalsom cuba memahami situasi yang sedang berlaku.

"Banyak bu! Tapi yang buatkan angah marah sebab dia ambil barang yang tak sepatutnya dia ambil! Angah bagi everything yang dia nak! Beg yang mahal-mahal, duit, kad bank! Semua angah bagi! Sampaikan dia rebut dari Aluna, apa saja yang Aluna pegang dia nak! Sampai berebut! Angah tak kisah kalau dia nak beg paling mahal pun but why nak yang Aluna punya juga? Why?"

"Aluna tak kacau dia pun! Tapi dia seolah-olah tak boleh tengok Aluna more than her!" Karl Syakirin melepaskan rasa yang dia pendam.

"Yes! Memang angah tak bagi nafkah batin pada dia! But, angah ada alasan! Angah tak cintakan dia! Angah tak boleh dengan dia walaupun tidur sekatil! Angah jijik dengan orang yang dah ludah and then jilat balik! Owh no!" Karl cuba mengawal perasaan marahnya supaya tidak melukakan hati ibu kandungnya.

"Angah dah cuba untuk terima dia bu! Tapi still tak boleh! Sebab hati angah hanya ada Aluna!" Tegas dia berkata menunjukkan dia sedang mempertahankan wanitanya.

"Angah bertahan bu! Bertahan supaya jalankan amanah Allah untuk angah! But, i can't not! I'm not love her!"

"Bukan tu je bu! Dia tu pisau cukur tahu tak?" Karl Syakirin memandang Hajah Kalsom yang mengerutkan dahinya kerana terkejut akan kata-katanya.

Karl Syakirin menganggukkan kepalanya tanda apa yang di fahamkan oleh ibunya.

"Yes, duit angah bagi dia dalam kad bank tu bukan sikit bu! Kad bank yang angah guna untuk bayar hutang rumah dan kereta angah dulu tu! Ada baki dalam tu bukan sikit bu! 30 ribu! Bukan sikit! Tapi dia boleh habiskan dalam masa satu hari sahaja bu!" Jelas Karl ingin ibunya tahu akan sikap wanita yang bertutup litup itu.

"Ibu tahu kemana duit tu pergi?" Tanya Karl melihat ibunya yang masih menunggu jawapan darinya.

"Keluarga dia! Dia bagi dekat keluarga dia! Mak ayah dia 20 ribu! Kakak dia 10 ribu! Duit tu dah habis macam tu je! Duit hasil titik peluh angah menyeberangi lautan dalam yang bahaya tu! Kalau angah hidup dengan dia, ibu rasa? Bukan duit angah je habis! Satu family kita dia sakau!"

"Harta angah yang atas nama Aluna pun dia nak! Angah marah sebab dia ambil rantai yang harga dia tak seberapa pun! Tapi Aluna suka! Rantai kesayangan Aluna! Itu yang angah tak terima! Bukan setakat rantai tu! Tapi semua barang kemas Aluna pun dia ambil siap pakai lagi dekat leher dia tanpa malu!" Ucap Karl menggelengkan kepalanya.

"Bapak arhh!!!! Bapak tak malu mat muka dia! Ambil hak orang then pakai hak orang macam tu hak dia! Bapak arhhh!!!" Jerit Kayla sudah kehilangan kesabarannya.

"Aku memang dah tahu keluarga tu, dari dulu lagi! Dari aku jadi polis dulu memang perangai diorang macam tu! Som tahu kenapa dia tak suka anggota? Sebab dulu si Fatihah tu kawan dengan anggota tentera darat kalau tak silap ka airforce tah, macam tu laa, tapi masa tu dia tu pun anggota juga tapi dia kena buang kot sebab selalu absen tak tahu pasal apa, dia marah sebab tu dia tak mau anak-anak dia kahwin dengan tentera, masa tu pula gaji tentera berapa ja! Tu dia tak mau anak-anak dia nanti susah!" Akhirnya Haji Syahir membuka cerita tentang keluarga itu setelah sekian lama.

"Tambah pula dia tahu aku ni polis berpangkat, dia jeles laa! Dia tak mau ada kena mengena dengan anggota! Tu dia tak bagi korang kawan! Dia tak suka! Dia kata aku ni menunjuk kejayaan yang ada dekat aku ni!" Luahnya lagi.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now