LKS (68)

15.4K 414 6
                                    

Aluna tidak habis berceloteh sepanjang perjalanannya menuju kereta yang terparking elok di tempat letak kereta.

"Tak mungkin Mon Chérie macam tu! Menfitnah je kerjanya!" Tuduh Aluna Zinnirah menggelengkan kepala tidak percaya.

Sedang berceloteh tiba-tiba satu van menghampirinya dan berhenti dekat dengannya lalu menekup mulutnya dari belakang, Aluna cuba meronta-ronta meminta tolong tetapi dalam sekelip mata dia hilang kesedaran.

Van itu terus meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

Tut!

Tut!

Tut!

"Asal tak dapat sayang aku ni! Cuba sekali lagi!"

Tut!

Tut!

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila...."

"Aik voicemail pula!"

"Eeyyy....tak boleh jadi ni! Hangat telur macam ni!" Karl Syakirin bangun dari tempat duduknya lalu keluar mencari kawannya Hakeem.

"Keem!"

Lelaki yang sedang fokus melakukan kerjanya mengalihkan perhatian memandang tajam kawannya itu.

"Apa!" Kasar sahaja sahutannya.

"Amboi! Lek arhhh!!! Ni aku nak minta tolong kau lacak lokasi bini aku! Aku call banyak kali tak dapat! Dia pergi membuta ke membantai aku tak tahu! Sampai operator tu yang jawab panggilan aku!" Celoteh Karl tidak berhenti.

"Aish !! Bak sini!"

"Nah!"

Lelaki tadi mengeluarkan satu laptop bersiri berwarna hitam, membukanya lalu terus melacak lokasi wanita itu.

"Ni! Dia ada dekat sini! Kejap aku tengok!"

"Ni bukan syarikat ex dia ke?" Tanya Hakeem menatap kawannya pelik.

"Haa!!! Ex dia?? Dia buat apa dekat sana?"

"Habis lah kau hanat! Dia dah balik dekat ex dia!" Usik Hakeem tersengih mengejek.

"Kau jangan nak memandai! Kau ikut aku sekarang!" Karl Syakirin menarik Hakeem Sufian untuk mengikuti langkahnya keluar dari tempat itu.

"Oiii!!!" Hakeem dengan ketidakrelaan terpaksa menurut si bedebah yang sudah tidak keruan.

Hampir satu jam lebih akhirnya dia tiba di bangunan yang berdiri megah ditengah bandar Kuala Lumpur itu, dengan tergesa-gesa dia meninggalkan keretanya di lobby dan berlari masuk, semua orang disitu memandang pelik dan takjub pada dua lelaki yang sedang berdiri di kaunter pertanyaan.

"Ye, encik! Boleh kami bantu?" Pekerja disitu mula tersipu malu, Hakeem mencebik.

"Anaqi Redza ada?" Tanya Karl Syakirin dengan garang, tiada lemah lembut disitu.

"Mak...maksud encik tuan Anaqi ke?" Tanya wanita itu tergagap-gagap kerana sedikit takut.

"Entahlah aku pun tak tahu dia tu siapa! Sekarang ni dia ada tak?" Tanya Karl Syakirin tidak mengendahkan wanita yang sedikit takut dengannya.

"A...da buat appointment ke?"

"Haa? Appointment?"

"Tepi!" Hakeem menolak kuat tubuh Karl Syakirin ketepi, dia berdiri megah di hadapan wanita tadi.

"Cuba call dia sekarang!" Arah Hakeem membuatkan wanita itu terus menyambungkan panggilan pada pihak atasan.

"Hello, Cik Lina ada dua orang lelaki nak jumpa dengan tuan Anaqi, macam mana ye?"

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now