LKS 12

21.2K 691 35
                                    

Aluna Zinnirah melabuhkan punggungnya di atas sofa disebelah kanan Datuknya yang tersenyum bahagia itu, tidak ketinggalan Karl Syakirin yang juga melabuhkan punggungnya di sebelah Aluna dengan gaya seorang perempuan murahan.

Tan sri Muhyiddin memandang kawan cucunya yang pelik itu, dengan rambut panjang kerinting serta baju tidur pijama berwarna pink sendat membuatkan orang tua itu takut untuk melihat.

“Aluna" panggil Tan Sri perlahan.

“ya atok" sahut Aluna melihat atoknya.

Tan Sri Muhyiddin memberi isyarat supaya cucunya mendekatkan telinga kepadanya. Aluna menuruti isyarat itu dengan mencondongkan sedikit tubuhnya ke arah atoknya. Karl Syakirin hanya mengangkat sebelah keningnya.

“kawan Aluna okey ke?" bisik Tan Sri seolah-olah takut.

Aluna memandang sekilas Karl Syakirin yang sedang fokus melihat televisyen.

“okey kot... kenapa tu atok? " balas Aluna juga berbisik.

“tengok macam down je" Aluna tergelak kuat kerana andaian atoknya.

Dato' Sri Hishamuddin yang baru sahaja keluar dari biliknya bersama si isteri hanya melihat adegan yang jarang berlaku itu, lalu dia dengan santai menghampiri mereka yang sedang asyik berbisik.

“mungkin down kot" balas Aluna kembali.

Tan sri Muhyiddin dan Aluna Zinnirah ketawa bersama sambil melihat kearah Karl, lelaki itu mula naik darah kerana terasa seolah-olah di ejek oleh dua beranak itu.

“auchhh, sakit" Karl mencubit peha kecil itu kerana geram.

"Arghh!!" Aluna mengelupur kesakitan.

Aluna menggosok-gosok pehanya kerana sakit.

“padan muka kau" Karl menyilangkan kakinya sombong.

“kau jangan lupa aku tuan kau! " pesan Karl Syakirin berbisik.

“dan jangan lupa pasal baju ni“ bisik Karl lagi tersenyum nakal.

Aluna Zinnirah di buat merinding akan ugutan itu.

apa lagi mamat ni' gumam Aluna dalam hati.

“ekhemmmm... " seseorang berdehem membuatkan Aluna melihat kearah suara itu, terlihat Dato' Sri Hishamuddin dan Datin Suharna sedang duduk berhadapan dengan mereka. Karl mendekatkan tubuhnya dengan Aluna.

Aluna Zinnirah hanya diam tidak hairan dengan ayahnya dan juga ibunya. Tangan itu mencapai remote televisyen lalu menukar siaran.

“papa mama" panggil Alesya yang baru turun dari atas.

“ehh, kenapa muka Alesya? kamu menangis ke sayang?" tanya Datin Suharna bangun menghampiri anak sulungnya itu.

“mama" Alesya terus sahaja menangis diperlukan ibunya.

“ehhhh.... kenapa ni sayang? kenapa menangis" tanya Datin Suharna.

“Anaqi mama, Anaqi" adu Alesya Balqis masih menangis, dia menghampiri Datin Suharna yang terlihat risau akan anaknya. Aluna mencebik meluat.

"kenapa dengan dia sayang?" tanya Datin Suharna lagi.

Aluna Zinnirah memutarkan bola matanya melihat drama ibu dan anak itu, dia terus memutarkan siaran televisyen begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin yang hanya diam tidak menganggapi drama itu. Hanya Karl Syakirin yang melihat drama TV3 itu.

“Kenapa, Alesya" tanya Dato' Sri Hishamuddin pula risau melihat anaknya yang itu.

“Anaqi pa Anaqi marah Alesya sebab.... " Alesya menghentikan ucapannya dan melihat ke arah adiknya.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now