LKS (59)

13.3K 400 5
                                    

Klik!

Pintu utama terbuka dari luar menampilkan Karl Syakirin dan Aluna Zinnirah yang sedang bergandengan tangan bersama.

Sumaiyyah Fatimah yang sedang menunggu menatap tidak percaya dengan apa yang dia lihat, dia tidak menyangka pasangan itu tidak berada di dalam bilik seperti sangkaannya.

"Dari mana?" Tanya dia tertahan.

"Keluar!" Jawab Aluna Zinnirah bersahaja lalu melabuhkan punggung di sofa, Karl Syakirin mengikuti langkahnya.

"Kenapa tak bagi tahu aku? Aku tunggu korang tahu tak?" Kemarahannya jelas terlihat.

"Hurmm.... Nak bagi tahu tadi tapi kau tengah tidurkan, tak nak ganggu!" Jawab Aluna Zinnirah melepaskan rasa sakit hatinya dengan perdebatan itu.

"Tapi kau boleh kejutkan kan? Kau boleh ketuk pintu tu sampai roboh! Kau sengaja kan tak nak aku ikut? Kau nak tamak Kirin sorang kan?" Tuduh Sumaiyyah Fatimah mencari salah Aluna Zinnirah yang hanya berpeluk tubuh di sebelah suaminya.

"Ada pula kata macam tu! Aku tak sampai hati nak buat kau macam tu! Aku nak je kejutkan kau tadi tapi tu lah kau nyenyak sangat tidur sampai air liur basi pun meleleh keluar, nampak penat dekat situ, aku tak kejutkan, laki kita pun cakap macam tu! Kan awak?" Sengaja Aluna Zinnirah bertanya pada Karl Syakirin yang sedang memainkan telefonnya tetapi telinga masih mendengar ayat-ayat isterinya.

Sumaiyyah Fatimah terkedu sendiri, dia menekup mulutnya mungkin takut sisa air basi masih melekat di situ.

Aluna Zinnirah ketawa dalam hati, rasa sakit hatinya pada keluarga dia terubat dengan kelakuan madunya yang kalut membersihkan mulutnya.

'ehh, tapi aku kan dah mandi! Kenapa aku nak lap mulut aku lagi?'

Sumaiyyah Fatimah kembali mengawal gerakannya setelah sedar akan kebodohannya yang tertipu dengan Aluna.

"Awak, boleh tak bawa saya jalan-jalan hari ni? Saya nak beli barang lah! Boleh?" Dia beralih memikat hati suaminya yang hanya diam sahaja dari tadi.

"Banyak ke barang yang kau nak beli tu?" Sampuk Aluna Zinnirah sedikit gusar kalau suaminya itu ingin menemani madunya berjalan.

Jujur hatinya sedikit risau sebenarnya, rencananya boleh rosak kalau suaminya itu ikut memainkan drama itu tetapi lebih tepat dia takut sebenarnya tetapi tak nak suaminya menangkap rasa itu.

"Ehh, jangan salah sangka! Saja tanya sebab kalau banyak, saya nak ikut! Nak tolong angkatkan barang!" Tuturnya tanpa perasan akan perubahan suaminya yang tersenyum di balik tunduknya.

'jeles ehh? Hehehhe!' hati Karl Syakirin ingin mengenakan isterinya yang sudah tersalah langkah itu.

"Tak payah! Aku nak jalan berdua dengan laki aku! Kau tak payah ikut!" Bantah Sumaiyyah masih belum menangkap tingkah laku Aluna Zinnirah yang sudah dapat di hidu oleh suami mereka.

"Okey, siap-siap kita pergi sekarang!" Tiba-tiba Karl Syakirin memberi 'greenlight' membuatkan Aluna Zinnirah tersentak dan Sumaiyyah Fatimah menepuk-nepuk tangannya gembira.

"Kita pergi dua ye!" Ujar Sumaiyyah sudah gembira setinggi langit.

"Aluna sekali!" Terus terukir senyuman mengejek di wajahnya. Sumaiyyah membuat wajah cemberut.

"Tapi..."

"Tak nak pergi duduk sahaja dekat rumah!" Karl Syakirin terus bangun menuju bilik diikuti Aluna Zinnirah yang melambaikan tangannya pada Sumaiyyah.

"Eeeyyy geram aku!" Marah Sumaiyyah melemparkan bantal di sofa tempat duduk Aluna dan Karl tadi.

Aluna, Karl Dan Sumaiyyah berjalan bersama menuju lift tetapi dengan tiba-tiba sengaja Sumaiyyah menjatuhkan tubuhnya menyembah lantai membuatkan Karl Syakirin terus menyambut tubuh itu, Aluna terkelu seketika, hatinya sakit tetapi ditahan.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now