LKS (50)

14.7K 446 8
                                    

Tok!

Tok!

Tok!

"Masuk!" Arah Tan Sri Muhyiddin dari dalam.

"Tan Sri!"

Kehadiran Hanz Lento menghentikan perbincangan antara Tan Sri Muhyiddin dengan beberapa pekerja yang terlibat.

Tan Sri Muhyiddin memberi isyarat pada pekerja yang lain tadi supaya bersurai, setelah mereka keluar Tan Sri Muhyiddin membuat isyarat pada Hanz menyuruhnya mendekati.

"Tuan Haji Syahir nak jumpa dengan Tan Sri!" Ujarnya sopan.

"Sejak bila dia tuan kau? Dia bayar gaji kau? Aku ke dia tuan kau?" Tanya Tan Sri Muhyiddin sengaja menguji pembantu peribadinya itu.

"Arghh...." Tergagap-gagap lelaki sado itu membuatkan Tan Sri Muhyiddin geli hati ingin mengusik lagi.

"Nanti kau ikut dia balik!"

"Ehh, Tan Sri!" Terkejut dia apabila lelaki tua dihadapannya menyuruh dia pulang bersama orang lain padahal dia sudah setia padanya.

"Dah, pergi suruh dia masuk!" Tan Sri Muhyiddin hanya tersenyum kecil apabila melihat lelaki itu mengeluh kecil.

Selang beberapa minit, pintu diketuk dari luar.

"Masuk!" Jawabnya tegas.

Muncul wajah besannya yang santai, berjalan ala-ala seorang menteri Passola yang sedang melawat kawasan, tangan yang diletakkan dibahagian belakang sambil kepala meneliti ruangan itu serta anggukan kagum menambahkan rasa meluat di hati.

"Kau nak apa?" Tanya Tan Sri Muhyiddin kuat mengejutkan Haji Syahir.

"Opocot!!!" Sengaja dia berbuat demikian kerana ingin mencairkan kegugupan di hati.

"Aleh, buat-buat terkejut pula! Kau jangan ingat aku tak tahu niat kau datang sini!!" Marah Tan Sri Muhyiddin seraya menudingkan jarinya.

Terkejut Haji Syahir.

'mana dia tahu ni? Aduii!! Macam mana ni?'

'hurmm, Okey slow-slow!' pujuknya dalam hati.

"Ehh, kau tahu ehh? Hehhehe lek arhh, kita bincang elok-elok!" Pujuk Haji Syahir percaya bahawa lelaki dihadapannya tahu akan hal anak menantunya.

Tubuh dibawa mendekati meja besar itu lalu menarik kerusi dengan sedikit keberanian dia melabuhkan punggungnya.

"Siapa suruh kau duduk!" Marah Tan Sri Muhyiddin.

"Kau lah!"

"Mana ada!

"Ada!!!"

"Bila?"

"Semalam!"

Srak!

Haji Syahir sempat mengelak selonggok kertas yang hampir mendarat di kepalanya lalu ketawa.

"Hahhahhaha!!!! Tak kena!" Ejek lelaki tidak sedar diri itu.

"Kau ni!!!" Ingin dilambungnya meja besar itu tetapi dia cuba mengawal emosinya.

"Buat sakit kepala aku je!!" Tan Sri Muhyiddin kembali duduk sambil tangan membetulkan tali lehernya.

"Hahhaha, lek arhh jangan marah!"

"Aku datang ni ada benda sikit aku nak cakap!" Haji Syahir mula serius membincangkan hal itu.

"Sebenarnya aku nak cakap pasal......"

Brak!

"Papa! Kenapa projek ni kena batalkan?" Jerit satu suara yang terus merempuh masuk.

Haji Syahir dan Tan Sri Muhyiddin serentak memandang manusia tidak beradab itu.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now