Karl Syakirin dan Hakeem Sufian pandang sesama sendiri, wajah garang yang sedang menatap mereka lekat langsung tidak mencuit hati, tetapi mengapa mereka mengikuti semua arahan yang orang tua itu katakan.
"TEGAK!!!!"
Zap! Brak!
Serentak mereka berdua hentak kaki tegakkan badan seperti melakukan pembarisan sahaja. Lelaki tua di hadapan mereka terlihat galak dan menakutkan.
"Apa masalah korang berdua? Apa salah baju aku sampai korang buat baju aku macam tu? Korang ingat baju tu tak ada perasaan? Aluna! Alayna! Masuk bilik!"
Berlari laju mereka pergi dari ruang tamu yang masih berselerak dengan bajunya, bukan dia tak tahu dua cucunya itu mengintai dari balik pintu perantaraan.
Serentak Karl dan Hakeem pandang ke arah pintu dimaksudkan, mencicit isteri-isteri mereka berlari meninggalkan mereka sendiri menghadap atok singa ini.
"Tak ada masalah apa-apa kok atok, cuman lagi main-main aja!" Hakeem jawab dengan bahasa Indonesia yang sengaja dia keluarkan, ingin mengusik.
"Owh nggak ada apa-apanya ya? Maksudnya pakaian-pakaian ini jalan sendiri ya ke sini? Gimana ya? Pelik nih, tapi rasanya seperti ada ayam sabung yang bawanya ke sini? Siapa ya?" Dagu dipicit-picit memikir, sambil putar badan ke kiri dan kanan.
"Ayam sabung?" Serentak Hakeem dan Karl bersuara.
"Ya!! Kemasin sekarang! Atau aku laporkan kamu berdua pada Tan Sri Zamrose!" Orang tua itu rapatkan wajah pada kedua cucu menantunya yang tersenyum paksa.
Tak tahu pula mereka bahawa orang tua ini ada kaitan dengan bekas Panglima mereka, Tan Sri Zamrose, kawan rapat pula tu, disebabkan ini lah mereka sudah menjaga tatatertib pada orang tua itu, walaupun sesekali mereka mengusik dan mengata dia secara terang-terangan.
"Ja....jangan pak! Biar kami beresin dulu ya? Biar bersih! Nanti boleh main lagi! Hehehe" Karl tersengih setelah mengatakan itu, walaupun wajahnya kurang pasrah namun, tak berani dia lawan orang tua ini.
"Arghh....nggak takut! Laporin aja!" Hakeem tak mahu kalah, dia dabik dada pada Tan Sri Muhyiddin.
"Owh, tak takut ya? Okey! Biar saja baju ini berselerakan, nanti aku mau ambil gambar dulu ya?" Telefon di dalam poket ingin di keluarkan.
"O...o...Okey! Aku beresin!" Hakeem berjalan angkuh berpusing di sekitar Tan Sri Muhyiddin, baju yang ada di kaki di kutip dengan kaki, seraya mata masih melihat orang tua itu.
"Sampai berkilat ya?" Tan Sri Muhyiddin juga tidak mahu kalah, tangan disilang di dada, riak sombong dia pamerkan.
"Kemas bodoh!" Hakeem tolak Karl yang sedang mengutip baju itu membuatkan dia geram.
"Aku kemas lah ni! Kau tak nampak ke?"
"Bodoh! Aku dah lah nak terberak!"
"Kau jangan nak kelentong eh! Kau kemas dulu sampai bersih lepas tu baru kau pergi berak! Kalau tak aku hempuk muka kau!" Karl bebel sambil tangan masukkan baju ke dalam bakul baju yang ada.
"Eeyyyy, bisinglah kau ni! Kemas je lah!"
"Aku kemas lah ni! Eeeeyyyyy, idea sapa entah! Berperang dalam rumah konon! Juboq! Rayqal pun satu! Apa berperang bawah baju? Ingat ni cerita Tamil ke?" Tangan yang asyik mengumpul baju itu terhenti, mata terbeliak mengingat sesuatu. Laju kepala terpusing pada Hakeem yang juga terkedu.
Tiba-tiba suasana sunyi sepi, kemudian mereka berdua pandang Tan Sri Muhyiddin yang sedang berdiri sambil tangan berada di dalam poket seluar, wajah itu bersahaja mungkin menunggu mereka habis, lalu mereka pandang sesama sendiri kembali bersamaan itu kepala tertoleh pada pintu perantaraan tadi. Wajah mula membiru.
YOU ARE READING
[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |
Romance"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "Sebab hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah yang Aluna pendam satu persatu terbongkar, Karl Syakirin lelaki kiriman tuhan yang menyelamatk...