LKS (31)

17.6K 496 3
                                    

Selesai majlis akad nikah dan bertegur sapa dengan semua tetamu yang berdekatan, dan kebanyakan tetamu sudah pulang dan berehat memandangkan malam telah menjelang Aluna Zinnirah meminta diri masuk ke dalam biliknya untuk menunaikan solat isyak, dia menarik tangan suaminya yang sedang bersembang dengan keluarganya masuk ke dalam bilik dan mendudukkan suaminya di atas katil.

"tuan, tidurlah dulu, tuan letih ni!" suruh Aluna risau. Dia tahu lelaki itu keletihan dari pagi tadi. Baju melayu yang di tukar sewaktu zuhur tadi terlihat sedikit serabut.

"tak apa aku okey je! Dah pergi solat dulu!" arah Karl Syakirin kembali tidak mahu mengakui kekurangannya.

"huemm, baik!" Aluna Mengalah, kaki di bawa menuju bilik air.

Setengah jam kemudian Aluna keluar dari bilik air dan dia terkejut melihat tuannya terbaring nyenyak di hujung katil bersama dengkuran halus. Aluna berjalan mendekati Karl Syakirin.

Wajah tampan itu ditenungnya sedalam-dalamnya, ada keselesaan di situ. Aluna membiarkan lelaki itu meneruskan mimpi indahnya, Aluna terus bersiap menunaikan solat Isyak.

"Aluna!" Panggil Karl Syakirin yang sedang terduduk di atas katil sambil melihat Aluna yang sudah selesai menunaikan solatnya.

"tuan!" terkejut Aluna di tegur dari arah belakang.

"tuan! Kalau tuan penat tidur lah! Biar je diorang dekat luar tu!" pesan Aluna bangun mendekati lelaki yang sedang termenung mamai itu.

"kejap lagi lah nak solat dulu!" Karl Syakirin terus bangun berjalan menuju bilik air dan membersihkan dirinya.

Aluna hanya melihat dari jauh tubuh tinggi itu hilang di balik pintu. Agak lama menunggu akhirnya Aluna memanjat katil dan menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Karl keluar dari bilik air dan terus menunaikan solat. Selesai solat lelaki itu tanpa kata tanpa ekspresi terus datang memeluk Aluna yang sedang memainkan telefonnya.

"tuan!" Terkejut Aluna dengan tindakan tuannya itu.

"biar aku peluk kau kejap! Aku nak tidur!" Ujarnya sambil mempereratkan pelukan itu. Aluna Zinnirah membiarkan pelukan itu bertaut, tidak lama bunyi dengkuran halus menandakan bahawa lelaki itu sudah berada di dalam alam mimpi.

"mesti tuan letih giler kan? Tugasan apa pula yang tuan dapat ni?" tanya Aluna pada dirinya.

Setelah melihat suaminya tidur dengan nyenyak tanpa terusik walaupun dia mengubahkan posisi kepala lelaki itu ke atas bantal tetap tidak terjaga menunjukkan lelaki itu teramat letih.

Aluna Zinnirah turun dari katil untuk melihat keadaan di luar, dia berjalan keluar ke arah beranda rumah yang sudah lenggang, tiada siapa di situ selain Hanz Lento pembantu Atoknya yang sedang duduk memainkan telefonnya di situ.

"abang Hanz!" Tegur Aluna mengejutkan lelaki itu.

"ehh, Aluna! Tak tidur lagi ke?" lelaki itu mengalihkan tubuhnya mengadap Aluna, kepala mengintai ke belakang mencari seseorang.

"belum, nak tengok dekat luar ada lagi ke tetamu!" jawab Aluna sambil meninjau keadaan di bawah khemah.

"dah! Semua dah balik, keluarga mertua Aluna pun dah balik! Esok baru datang balik, katanya nak rehat!"

"owh!!! Atok?"

"Tan Sri dah masuk tidur!"

"abang tak tidur?" Tanya Aluna pelik.

"tidur! Tapi kejap lagi lah!" Hanz Lento kembali menoleh arah jalan.

"Suami Aluna?"

"Tidur dekat dalam!" Hanz Lento menganggukkan kepalanya tanda faham.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now