LKS 13

18.9K 628 21
                                    

Di hadapan bangunan 31 tingkat yang berdiri teguh selama hampir 14 tahun itu yang tertulis Group Bakat Holdings terlihat seorang gadis dan seorang bapok yang sedang berjalan gedik menuju kaunter reception.

“ya, boleh saya bantu?“ tanya Reception bernama Anita itu.

“saya nak jumpa Tan Sri Muhyiddin! " ujar Aluna Zinnirah pendek.

“maaf, dah buat temujanji?“ tanya Anita kembali.

“saya kena buat temujanji ke?“ tanya Aluna lagi.

“ya, siapa sahaja yang nak jumpa Tan Sri atau Dato' Sri kena buat temujanji dulu“ ujar Anita.

“tapi saya.... " belum sempat Aluna menghabiskan kata-katanya seorang lagi Reception memotongnya dengan tegas.

“sorry, kalau tak ada temu janji kami tak layan, sebab kami dah diberi arahan oleh Dato' Sri Hishamuddin untuk mengikuti kata-katanya." ujar Gadis itu.

“lagipun, banyak wanita yang datang nak cari Tan Sri, Dato' dan Encik Anaqi semuanya hanya........ “gadis bernama Aisyah itu memandang serong Aluna dan Karl.

“so, kalau nak jumpa pastikan dah buat temujanji dulu" sambungnya lagi.

Aluna Zinnirah melihat wajah dan nama gadis yang sombong itu dengan lekat.

“eh eh Minah ni! " Karl ingin sekali meluku kepala perempuan yang sombong itu. Aluna menahannya.

Mata Aluna jatuh ke tanda nama gadis itu.

‘Aisyah?'

‘arhhh.... dia ni kroni Alesya ni'

“Dato' Sri Hishamuddin tu siapa? " tanya Aluna kerek. Karl juga begitu.

‘aku tumbuk kang minah kerek ni' gumamnya kepada gadis itu.

“Dato' Sri owner company ni lah“ jawab Aisyah lantang.

“ouhh.... ehhhh...... bukan Tan Sri ke owner syarikat ni?“ tanya Aluna mengusik ingin melihat reaksi gadis itu.

“me.... memanglah tapi Dato' Sri yang handle syarikat ni" jawabnya tergagap-gagap. Takut.

“ye ke? bukan lagi melingkupkan ke?“ ejek Aluna mencebikkan bibirnya.

“watch your mouth! " satu suara dingin menegurnya.

Semua orang memandang kearah suara itu dan mereka mula menundukkan kepala tanda hormat. Dato' Hishamuddin dan Alesya Balqis sedang berdiri angkuh.

Aluna Zinnirah dan Karl Syakirin memandang ke arah suara itu sambil mencebik malas melayan.

Aisyah tersenyum mengejek kearah Aluna tanda dia akan dapat pembelaan.

“that's true right?“ ejek Aluna lagi menatap Ayahnya.

“mana hormat kau dekat papa kau sendiri?" terkejut semua orang disitu termasuk Aisyah mendengar bos mereka berkata demikian.

“mana hati nurani kau untuk anak kau?“ tanya Aluna Zinnirah kembali sambil berpeluk tubuh.

“Aluna, hormat papa, dia tetap papa Aluna“ Alesya bersuara untuk membela ayahnya.

“diam arhhh! " Aluna melawan kakaknya.

“pelacur macam kau tak layak cakap dengan aku! " Aluna menjegilkan matanya.

“kau dengan orang tua ni sama je, mental!! lebih teruk tak tahu malu" ujar Aluna menyampah.

Dato' Sri Hishamuddin terkaku, dia seolah-olah mati kerana takut. Hatinya seolah-olah tertusuk tapi kenapa? Anaknya mula melawannya.

“don't say or call yourself papa if you don't deserve it! " ujar Aluna membuatkan semua orang mula mengenalnya.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now