Sehabis tenaga dan air mata yang dia keluarkan, tetapi hatinya tetap kosong, wajah manis suaminya langsung tidak bermain di kepalanya, yang ada cuma wajah nyenyak si suami di sisi wanita lain sahaja.
Hatinya muak!
Terbayang waktu dia menahan kesakitan sambil menjalankan tugasannya di pondok menunggu. Seharian dia menunggu namun yang dia dapatkan hanya sakit dan sepi.
Dia pulang sendirian dengan menumpang kawannya yang kebetulan sehaluan dengannya, walaupun ianya seorang lelaki, kerana sakit yang terlampau yang dia rasakan dia tidak lagi menghiraukan keadaan.
Dia menunggu panggilan dan mesej yang dijanjikan oleh sang suami namun, tiada. Bersangka baik adalah tugasnya waktu itu.
Entah kenapa dia merasakan pening dan perut krem terlampau waktu itu, makannya juga tidak dihabiskan, tetapi dia tetap gagahkan diri tidak mahu menyusahkan suaminya.
Kerana sudah hampir lewat malam akhirnya dia tidak sabar menunggu, telefon dicapai lalu menghubungi seseorang.
"Hello! Abang Hakeem! Sorry ganggu, Aluna nak tanya tuan Karl ada dengan Abang Hakeem ke?" Tanya Aluna Zinnirah sebak, ingin dia menumpahkan air matanya kerana sebak.
"Ye ke? Sebab dia kata dia ada kerja, ingat dengan abang Hakeem, mungkin kerja luar kot! Aluna risau juga sebab mesej dia tak balas, nak call takut ganggu!" Ujar Aluna menahan sebak di dada.
"Ha'ah! Tak pe lah Aluna tunggu dia! Terima kasih Abang Hakeem, sorry ganggu! Assalamualaikum!" Terus Aluna menumpahkan air matanya yang ditahan tadi, lama dia menangis sehingga dia tenang barulah dia kembali menatap telefonnya.
Hatinya risau dan kecewa tapi dia pasrah, suaminya milik negara maka dia kena redha. Matanya yang bengkak sudah terasa ingin dilelapkan tiba-tiba satu mesej masuk. Dia tergesa-gesa bangun dan menghapuskan air matanya dan tersenyum setelah melihat nama pengirim.
Namun, senyumannya hilang apabila sebuah gambar dan lokasi yang diterima melalui nombor suaminya sendiri mengejutkan dia, dengan kesakitan yang melanda dia bangun lalu menghubungi Hakeem Sufian bagi meminta bantuan.
"Hello! Abang! Tolong Aluna abang! Aluna perlukan bantuan abang!" Tanpa menunggu jawapan lelaki itu Aluna bergegas turun menuju pintu utama setelah menangkap kehadiran kereta yang dia kenal, dia berlari lagi.
"Abang! Abang tahu tak alamat ni dekat mana?" Tanya Aluna menunjukkan alamat yang dikirim.
"Tahu!"
"Okey jom! Cepat abang!" Lelaki itu terus meluncur laju meninggalkan kawasan itu.
Setelah sampai, sekali lagi dia berlari tanpa menunggu lelaki yang juga kalut mengejarnya.
"Aluna wait!!!"
"Abang cepat!"
"Aluna! Kenapa ni? Why kelam kabut je ni? Sabar!" Abang Hakeem cuba menenangkan dia yang sudah resah, hatinya tidak memikirkan keadaan dia yang dia tahu dia cuma nak semua itu hanya mimpi.
"Aluna wait!!!" Dia berlari keluar setelah pintu lift terbuka, matanya mencari-cari nombor pintu yang dia inginkan sehingga tiba didepan satu rumah yang dipenuhi orang dan kasut, dia berhenti.
'ini!'
Tanpa menunggu dan memberi salam dia menerjah masuk dan jantungnya terhenti apabila melihat suaminya tersandar lemah sambil mata terbeliak besar ke arahnya.
Hatinya kosong!
Dia sangat berharap apa yang di lihat dan diterima bukanlah satu yang realiti tetapi semuanya betul belaka. Suaminya bersama wanita lain! Malah di tangkap khalwat bersama.
YOU ARE READING
[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |
Romance"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "Sebab hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah yang Aluna pendam satu persatu terbongkar, Karl Syakirin lelaki kiriman tuhan yang menyelamatk...