”Mon Chérie!!!" Panggil Aluna sambil berlari ke arah suaminya yang sedang berborak dengan kawan-kawannya melalui video call. Ditangannya terdapat sampul duit raya yang sengaja di angkat tinggi.
" Mon Chérie see! My secret admirer bagi duit raya!!!!" Ujarnya teruja namun, tidak dengan Karl Syakirin yang hanya memutarkan matanya sambil berpeluk tubuh.
MELUAT.
”kau ni betul-betul tak malu ehh, dah besar panjang pun masih ambil duit raya lagi! Tak malu!" Kutuk Karl Syakirin geram.
”uwerkkk! Cemburulah tu!" Ejek Aluna Zinnirah menjelirkan lidahnya kepada Karl Syakirin.
Sedang asyik membelek sampuk itu dia tersedar akan sesuatu.
”alamak! Gambar! Alah lupa lah nak ambil gambar dengan my crush!" Ujar Aluna apabila sedar akan kebodohannya terlupa akan hal itu.
”padan muka! HAHAHAHHA!" Besar ketawa yang dikeluarkan oleh Karl Syakirin.
”alaaa!!!” panjang kekesalannya.
Sedang berdebat dan mengeluh seseorang mendekati mereka dengan yakin.
” Assalamu'alaikum!” tiba-tiba satu suara memberi salam dari belakang.
”sihat semua?" Tanya gerangan itu. Aluna sudah terkejut besar dengan kemunculan secret admirernya yang baru sahaja dia omeli tadi.
Ramai pengunjung yang mula mendekati lelaki tinggi lampai itu. Membuatkan Aluna Zinnirah bersesak-sesak dengan mereka.
” Waalaikumussalam Tuanku!" Jawab Karl Syakirin hormat.
Aluna Zinnirah masih menatap takjub pada lelaki tinggi dihadapannya. Karl Syakirin memandang tajam isterinya yang terpana dengan wajah lelaki itu.
’kau tunggu balik ni!'
”sihat?" Tanya lelaki itu sekali lagi.
”sihat Alhamdulillah!" Jawab mereka serentak.
”tak masuk ke? Tengok pameran harimau Malaya?" Tanya Lelaki itu.
”dah! Dah masuk tadi tuanku!"
”alhamdulillah! Mari sama-sama kita jaga habitat harimau Malaya supaya tidak pupus ya!" Ujarnya fokus pada semua.
”baik tuanku!"
”binatang apa yang melambangkan Malaysia?" Soalan KBAT yang mereka dapatkan.
”Harimau belang!” seronok Aluna menjawab pertanyaan KBAT yang diajukan.
”hahahhaha! Bagus! Semangat ini yang kita inginkan!" Lelaki itu juga menayangkan senyuman kegilaan Aluna membuatkan Aluna angau dan lupa niatnya untuk bergambar.
”tengku boleh nak bergambar?” tanya Karl Syakirin pada anak raja itu, dia peka dengan keinginan isterinya walaupun dia menyampah.
”bergambor? Okey boleh!”
Karl Syakirin menarik tangan Aluna mendekati lelaki tinggi tadi membuatkan Aluna tersenyum bahagia. Sedikit pun tidak lekang senyuman itu pada wajah Aluna.
”kamu ni yang saya jumpa hari tu kan?” tanya Tengku Hassanal cuba mengingati sesuatu. Dia kembali melihat Aluna yang berdiri disebelahnya.
”yang bergaduh tepi jalan dekat kem Rasah Seremban hari tu kan? Yang dah bertunang tu?" Tanya Tengku Hassanal melihat lekat Aluna Zinnirah yang terkejut.
'wah! Dia ingat lah!'
”hehehe, kami lah tu!" Ujar Aluna sedikit malu.
”haaa kan! Patut macam familiar!"
YOU ARE READING
[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |
Romance"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "Sebab hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah yang Aluna pendam satu persatu terbongkar, Karl Syakirin lelaki kiriman tuhan yang menyelamatk...