Tan Sri Muhyiddin menaburkan bunga-bunga di atas pusara dengan wajah yang sedikit tenang, setelah itu dia menjirus kuburan itu sehingga air di dalam jag habis sepenuhnya.
"Atok!" Panggil Alayna Mardiah yang berada di belakangnya, gadis itu mendekatinya lalu dipeluk lengan itu serapat mungkin lalu melepaskan tangisannya, Tan Sri Muhyiddin mengusap lembut kepala gadis itu.
Aluna Zinnirah yang yang berada di belakang hanya melihat sayu dua beranak itu, air mata yang bertakung di lap menggunakan hujung lengan baju.
'papa, Aluna maafkan papa sepenuh hati Aluna! Maafkan Aluna yang ego dengan perasaan dendam, Aluna sayang papa! Walaupun jauh di sudut hati masih terasa dengan semua kesakitan dulu, Aluna redha dengan ketentuan Allah! Papa berbahagialah di negari abadi, tunggu Aluna di sana ye! Aluna sayang papa!' luahnya diiringi air mata yang menyesali segala perbuatannya dahulu, bukan sengaja dia mengabaikan orang tua itu tetapi kerana kisah silam dia sanggup.
'kakak, Aluna minta maaf sebab jadi penganggu hidup kakak, maafkan Aluna kerana wujud di dalam kehidupan kakak, Aluna faham kenapa kakak marah dengan Aluna! Kalau bukan sebab Aluna mesti akak dah bahagia sekarang! Kakak, Aluna minta maaf Aluna tak mampu sayang akak sebab kesakitan yang Aluna rasa tak mampu tutup luka yang akak buat dalam hidup Aluna! Aluna sakit akak! Aluna sakit! Kakak tahu tak? Aluna selalu nak jadi macam akak, jadi seorang yang diminati ramai, jadi seorang yang selalu mendapat perhatian, Aluna juga ada perasaan cemburu pada akak tapi Aluna tahu semua tu tak akan kekal lama, jadi Aluna pilih untuk berundur! Tak apalah akak, Aluna doakan akak tenang di sana! Semoga kita berjumpa lagi di sana nanti!' pusara di sebelah papanya di pandang lama, tanah yang mula ingin merata kerana ditimpa oleh hujan menandakan pusara itu baru sahaja wujud di situ.
"Aluna?" Tegur Tan Sri Muhyiddin melihat ke arah cucu yang berdiri sedikit jauh dari mereka.
Aluna Zinnirah mengelap air mata yang mula mengalir di pipi, senyuman ditarik untuk menunjukkan bahawa dirinya baik-baik sahaja, kaki dibawa mendekati atok dan adiknya lalu dengan pantas dia memeluk mereka sambil menumpahkan air matanya di situ.
"Maafkan Aluna!"
Tan Sri Muhyiddin juga menyambut pelukan itu dengan tangisan, hatinya sakit dia pasrah dengan pengakhiran hidupnya begini.
Pulang dari menziarahi kubur papa dan kakaknya, Alayna meminta diri untuk keluar bagi menenangkan dirinya yang sedikit terkesan dengan semua cerita keduanya yang berbeza.
Kaki dibawa mendekati pantai cahaya negeri Port Dickson memandangkan sekarang dia tinggal sebentar dengan kakaknya Aluna dan atoknya.
Dia termenung menatap sayu pantai yang luas di hadapannya, sesekali air pantai menerpa kakinya yang putih, dia tersenyum melihat kakinya dibasahi air laut itu.
"Papa, Alayna rindu papa!" Ujarnya perlahan.
Tidak mahu tenggelam dalam perasaan dia berjalan di sepanjang pantai untuk menikmati keindahan pantai itu, dia naik ke titian yang sangat panjang itu lalu berjalan perlahan menikmati keindahan dengan perasaan yang tenang.
"Hidup memang tak pernah cukup kalau tak bersyukur!" Gumamnya perlahan.
Entah berapa lama dia berjalan di situ sehingga terlihat orang mula ramai menikmati keindahan pantai situ, dia berjalan kembali turun dari jambatan itu lalu berjalan menuju ke arah keretanya.
Sewaktu dia ingin keluar dari parking yang sejajar dengan jalan, dia secara tidak sengaja memasukkan gear reverse sehingga keretanya bergerak ke belakang dengan sendirinya lalu dia terlanggar kereta yang berada di belakangnya.
"Damn! Macam mana ni! Asal dia langgar aku?" Alayna Mardiah kelam kabut keluar dari kereta lalu terus berjalan ke bahagian belakang begitu juga dengan pemilik kereta yang berada di bahagian belakang tadi sedang meratapi keretanya.
YOU ARE READING
[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |
Romance"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "Sebab hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah yang Aluna pendam satu persatu terbongkar, Karl Syakirin lelaki kiriman tuhan yang menyelamatk...