LKS (24)

17.4K 554 11
                                    

Anaqi Redza membawa perlahan keretanya di tengah jalan yang sedikit lenggang itu. Rasa terlalu laju berada di atas jalan raya itu walaupun sebenarnya dia hanya membawa 60km/sejam. Dia kini berada di Seremban bagi menghadiri seminar syarikatnya yang di adakan di sini semalam.

Sengaja dia memperlahankan keretanya kerana malas pulang ke rumah berhadapan dengan keluarga mertua dan isterinya, sejak akhir-akhir ini pemikirannya lebih kepada Aluna Zinnirah setelah melihat gambar yang tergantung elok di rumah atoknya Tan Sri Muhyiddin ketika dia melawat orang tua itu bersama ayahnya.

Sedang asyik melayan dunia yang tidak kunjung akhir, matanya menangkap satu sosok yang dia rindui selama hampir dua tahun lamanya berhenti bersebelahan dengannya sewaktu berada di lampu isyarat, lama dia perhatikan gadis itu untuk memastikan sama ada benar atau salah, setelah mengenal pasti dengan laju dia mengikuti langkah kenderaan jenis motosikal yang dibawa oleh gadis kecil itu.

Dengan pakaian kerja lengkap membaluti tubuh itu di tambah gaya yang luar biasa disertai dengan lekukan indah tubuh itu menambahkan lagi kesan elegan yang tidak ada pada diri mungil itu sebelum ini.

”Aluna, I got you!" Gumamnya masih mengikuti gadis itu. Hatinya tersenyum bahagia.

Sehingga motor itu berhenti disebuah kedai makan di tepi jalan yang agak sedikit kotor membuatkan Anaqi memandang rendah tempat itu.

”sayang, awak tak ada duit sangat ke sampai kena makan dekat tempat macam tu” bisik Anaqi membuka tali pinggang keledar dan keluar dari keretanya.

Langkah itu laju berjalan sambil menahan perasaan dari tempat kotor itu.

”sebab awak je sayang, kalau tak jangan harap saya nak datang tempat busuk ni!” ujarnya lagi.

”pasemboq satu, teh o ais satu!" Satu suara memesan makanan dengan lantangnya sebelum menyambung melihat ke arah telefonnya.

”aluna!” tiba-tiba satu suara menegurnya membuatkan wajah itu mendongak melihat siapa, terus berubah wajah comel itu.

’nak apa lagi mamat ni entahlah! Pening aku dengan dia ni.' gumamnya perlahan.

Dengan singkap jari itu mendail satu nombor secara senyap-senyap, dia tidak mahu di salah ertikan oleh orang lain, mujur akhirnya si penerima mengangkatnya.

”Aluna, sihat ke?” tanya Anaqi apabila sudah duduk di kerusi itu tanpa meminta izin dahulu.

Sepi!

Anaqi Redza berdehem beberapa kali untuk menghilangkan rasa bersalah dan malunya.

”ekheemm..”

”Aluna?" Panggil lelaki itu lembut.

”kau nak apa?" Tanya Aluna kasar.l kerana tidak tahan dengan asakan lelaki itu.

Tersentak Anaqi apabila gadis yang dulu sangat menghormatinya bercakap kasar begitu memandangkan dia seorang yang lemah-lembut, bahkan sekarang pun penampilannya masih lembut walaupun terkesan elegan.

”a...abang saja singgah sini sebab nampak Aluna makan dekat sini!" Ujarnya cuba mendapatkan kembali hati itu.

”Aluna sihat ke?" Tanya Anaqi sekali lagi.

”sihat walafiat!" Dingin suaranya.

”pasemboq dan teh o ais!" Kedengaran suara pelayan kedai bertanya.

”yaa!" Jawab Aluna gembira.

Dengan tidak sabar dia menarik makanan itu lalu membahamnya tanpa mempersila lelaki di hadapannya untuk makan.

”Aluna lapar ke? Nanti abang bawak Aluna makan dubuyo k!” ujar lelaki itu tersenyum.

Aluna menghentikan aktivitinya apabila mendengar perkataan itu, hatinya tergores kerana kejadian itu tetapi dia kuatkan hatinya lalu menyambung kembali menghabiskan makanannya.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now