LKS (58)

14.3K 403 4
                                    

Pagi-pagi lagi Aluna sudah bertukang di dapur untuk menyiapkan sarapan, dia dengan cekap memotong ke semua bahan lalu dimasukkan ke dalam menu makanan.

Entah mengapa dia seolah-olah sudah terbiasa dengan aktiviti itu, mempersiapkan kelengkapan lelaki yang bergelar suaminya, mungkin itu kesan dari rutin dia sebelum dia hilang ingatan. Malah, hatinya seolah tahu apa yang disukai oleh suaminya.

"Taadaaa!! Nasi lemak untuk Mon Chérie dah siap!" Ujarnya sendirian tanpa mengetahui ada seseorang di belakangnya yang sedang memerhati dengan senyuman suka.

"Ummmm....sedapnya bau nasi lemak tu!!" Sahut Karl Syakirin sambil berjalan masuk ke dapur menghampiri Aluna yang terkejut.

"Opocot!!" Terkejut Aluna kerana teguran yang mengejutkan itu.

"Hehhehe!!" Karl memeluk erat tubuh langsing itu, tubuh itu sedikit kurus dari sebelum ini, leher jinjang itu di cium lembut.

"I miss you!!" Tuturnya penuh makna.

"No! I not miss you!" Aluna Zinnirah menolak tubuh suaminya yang mula menggeletis ingin melakukan hal yang bukan-bukan padanya.

"Hahahhahah! Okey! Okey!" Karl Syakirin mengalah dengan mengangkat kedua tangannya tanda menyerah.

"Sedapnya bau Ma Chérie masak! Masak sambal apa tu?" Tanya Karl Syakirin mengintai menu diatas meja.

"Sambal sotong! Your favourite!" Balas Aluna tersenyum.

Kemudian, dia terhenti kerana kelantangannya mengatakan hal tadi.

"Aluna ingat?" Tanya Karl Syakirin teruja.

"No! Teka sahaja!" Jawab Aluna bersahaja sedikit membuatkan hati Karl hampa tetapi dia tetap mengukirkan senyuman manis.

"Awak nak makan?" Tanya Aluna kepada Karl yang sudah melabuhkan punggungnya.

"Nak!" Aluna terus mengambil pinggan yang tersedia lalu mencedok nasi dan diberikan pada suaminya.

"Ummmm....sedapnya!!" Puji Karl Syakirin melambung tinggi.

Aluna Zinnirah hanya terdiam mendengar pujian yang sedikit pun tidak menarik minatnya, ada sesuatu yang dia ingin katakan, tetapi dia ragu takut suaminya tidak menyetujuinya.

'kau kena kuat Aluna! Kau kena tanya dia!'

"Awak, hurmm...boleh tak saya nak teruskan kerja saya sebagai seorang tentera?" Tanya Aluna Zinnirah teragak-agak takut suaminya marah.

Karl Syakirin terdiam seketika memikirkan jawapan yang tepat.

"Awak dah diberhentikan!" Ujarnya setelah lama berdiam diri.

"Haa? Tapi kenapa?" Tanya Aluna Zinnirah sayu, dia sedih dan terkejut.

"Bukan diberhentikan! Tapi saya yang minta untuk awak dikeluarkan atas alasan faktor kesihatan!" Ujarnya perlahan, dia tahu isterinya terkejut.

"Saya nak awak pulih dulu sepenuhnya, sekarang pun awak masih lemah, maaf saya pentingkan diri! Tapi saya betul-betul nak awak pulih!" Tuturnya sambil menunduk.

"IC awak juga dah di tukarkan menjadi warna biru!" Ujarnya perlahan serba salah.

Aluna Zinnirah tahu niat suaminya, dia hanya diam sahaja memikirkan rancangannya untuk masa hadapan dia.

"Awak marah?" Tanya Karl Syakirin melihat isterinya yang terdiam.

"Marah? Why? Tak apa saya faham! Terima kasih sebab risaukan saya!" Balas Aluna Zinnirah tersenyum bahagia pada suaminya menutup kekecewaan di hati.

"Terima kasih sebab faham saya!"

"Lepas ni! Awak siap-siap lah! Saya nak bawa awak pergi taman bawah tu!"

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now