LKS (30)

18.5K 587 37
                                    

Hari yang di tunggu-tunggu oleh Aluna Zinnirah telah tiba, hari yang akan mengubah seluruh hidupnya dan mengubah gelaran pada dirinya, walaupun sedikit gugup dan kurang percaya tetapi gadis itu tetap menguatkan dirinya untuk melangkah ke alam itu.

Gadis yang sedang duduk di atas pelamin mini bertema biru lembut bercampur putih itu terlihat cantik dan elegan bersama baju kurung moden berwarna putih dan tudung yang membaluti kepalanya, dia terlihat begitu anggun dengan baju kurung Moden membaluti tubuh itu. Namun, wajahnya terlihat jelas ketakutan dan kalut seolah-olah takut akan sesuatu.

Yang menakutkan dirinya adalah keberadaan si pengantin lelaki yang dari semalam tidak dapat di hubungi namun, Aluna Zinnirah sedikit lega kerana dapat khabar dari rombongan sebelah lelaki mengatakan bahawa mereka sudah tiba di Kuala Lumpur semalam.

Tetapi kehilangan Karl Syakirin membuatkan Aluna takut! Takut di bohongi dan di khianati kerana dia pernah lalui pengkhianatan itu maka dia sedikit bergetar kerana takut.

Semua orang sudah menunggu di ruang tamu rumah tumpangan itu, Tan Sri Muhyiddin, Mak som dan Hanz Lento telah berada di situ bersama tok kadi menanti kedatangan pengantin lelaki. Tan Sri Muhyiddin duduk sambil matanya tajam memandang semua tetamu.

”hanz! Dia datang tak?” tanya lelaki tua itu garang.

”tak pasti tuan, sebab tiada jejak lelaki itu datang ke sini semalam!” bisik Hanz Lento di telinga Tan Sri Muhyiddin.

”kalau dia tak datang aku bunuh satu keluarga dia!” sambung Tan Sri Muhyiddin geram.

”kita tunggu lima minit lagi!" Pujuk Hanz Lento cuba menenangkan tuannya itu.

”mak som mana Tuan Karl ni!” bisik Aluna gelisah.

”sabar sayang! Nanti dia datang lah tu okey! Aluna kena tenang" Pujuk Mak som lembut.

”kalau dia tak datang macam mana?” rungut Aluna.

”shhhhh, jangan cakap macam tu, bersangka baik pada Allah!” pujuk Mak som lagi.

”Aluna takut!" Ujar Aluna Zinnirah menundukkan kepalanya kerana pasrah.

”lagi lima minit kalau pengantin lelaki tak datang! Majlis akan di batalkan!” tiba-tiba satu suara garau bersuara tegas membuatkan semua takut dan kalut.

Tan Sri Muhyiddin memandang cucu perempuannya dengan tajam sebelum satu suara mengejutkan mereka semua dan mereka menoleh ke arah lelaki yang sedang berjalan masuk bersama seorang lelaki yang juga mengikuti langkah lelaki tadi. Yang menarik perhatian adalah kedua-dua mereka memakai baju pasukan elit berwarna hitam dengan semua kelengkapan masih berada di tubuh mereka kecuali bahan api dan merbahaya.

”maaf lambat! Jem tadi ada kucing mati tengah jalan, alhamdulillah dah selamat dikebumikan!" Lawak yang bersahaja mengejutkan semua orang termasuk tok kadi.

”maaf pak imam saya lambat sikit!" Karl Syakirin terus mendekati tempat duduk pengantin lelaki lalu terus bersila di depan tok kadi, dengan santai Karl mengenyitkan mata pada Aluna yang melihatnya kemudian beralih melihat Tan Sri Muhyiddin yang memandang kerek kepada lelaki itu.

”berlagak lah tu pakai baju macam tu! Macam ayam sabung!” gumam Tan Sri Muhyiddin sambil memeluk tubuhnya geram.

Karl Syakirin hanya memandang Tan Sri Muhyiddin dengan tatapan mengejek.

”jeles lah tu, dah tua pun tak dapat pakai macam ni!” gumam Karl sambil mengejek orang tua itu.

”okey, kita boleh mulakan lah kan? Tan Sri, Encik Syahir?” tanya tok Kadi sambil melihat ke arah dua-dua mereka.

”boleh! Tapi saya nak tanya dulu pada Tan Sri!” tiba-tiba Haji Syahir menatap Tan Sri Muhyiddin dengan galak.

”Tan Sri tak suka dengan anak saya ke?” perlahan hanya dengar di sekitar mereka sahaja.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now