Karl dan Aluna menikmati keindahan pantai yang terbentang luas di hadapan mereka, sambil Karl Syakirin tidak berhenti-henti mencuri tangkap gambar isterinya yang sedang asyik tersenyum di kala ombak pantai menerpa kakinya.
"Ma Chérie! Mari kita selfie!" Ajak Karl Syakirin sambil menghampiri isterinya.
"Cheese!!!"
Klik!
"Lagi!"
Klik!
"Sekali lagi kau ni! Aku hempuk kang! Senyum la elok-elok ! Ikhlas la sikit" Marah Karl Syakirin geram kerana isterinya main-main.
"Hehhehe, cheeseee!!!" Panjang lebar Aluna Zinnirah membentukkan senyumannya yang manis.
"Hai..!" Serentak mereka berdua menoleh ke belakang, terus berubah wajah ceria Karl Syakirin. Aluna Zinnirah termangu-mangu menunggu kata-kata dari bibir wanita yang menegur mereka tadi.
"Yee?" Tanya Aluna Zinnirah lembut.
Kerana suara lembut itu membuatkan kedua wanita yang berada di depan mereka itu terkelu.
'lembutnya wajah dia!' gumam Aliyah Nasuha di dalam hati, dia juga terkesima dengan keindahan Allah itu.
Tetapi tidak dengan Sumaiyyah Fatimah yang terus merubah riak wajahnya setelah tersedar akan keindahan lawannya itu.
Alih-alih menegur Aluna Zinnirah dia dengan tanpa segan silu beralih melihat Karl Syakirin yang memegang erat tangan isterinya, hatinya sakit!
"Kirin, boleh saya cakap dengan awak?"
Karl Syakirin hampir terkejut mendengar permintaan wanita galak di hadapannya tanpa peduli siapa di sebelahnya kini.
"Cakap je dekat sini!" Karl Syakirin berkeras, dia tidak mahu berselindung lagi.
"Tapi Maya nak cakap berdua dengan Kirin!" Jawab Sumaiyyah Fatimah masih tidak mengalah.
Aluna Zinnirah menatap suaminya pelik, baru dia teringat akan wanita itu yang dia temui di shopping mall di Seremban hari itu, Aluna beralih melihat wanita yang menatap sayu suaminya.
'dia ni yang aku jumpa dekat mall hari tu!'
"Mon Chérie pergilah! Kawan awak nak jumpa kan?" Tanya Aluna Zinnirah sambil membuat wajah sekupang.
'isteri aku ni tak ada perasaan ke? Eeyyyy, geramnya aku!!' monolog Karl Syakirin dalam hati.
"Tak pe dekat sini pun tak pe! Tak penting pun!" Karl Syakirin membalas kata-kata isterinya yang lurus bendul itu.
"Kirin, pergi lah dulu cakap dengan Maya, akak tunggu sini dengan Aluna!" Sampuk Aliyah Nasuha tanpa rasa bersalah.
'Ehh, dia ni aku tendang juga perempuan sial ni!' tajam sahaja permandangan lelaki itu untuk wanita di hadapan isterinya.
'kau tunggu Ma chérie, aku hantuk kau dekat dinding nanti!' gumam Karl Syakirin sebelum melangkah kasar berlalu dari situ meninggalkan Sumaiyyah yang mengejarnya dari belakang.
"Kau nak apa?" Tanya Karl Syakirin kasar dan tidak berlapik setelah berhenti tidak jauh dari tempat isterinya berdiri.
"Awak, kenapa awak kasar sangat sekarang ni?" Tegur Sumaiyyah Fatimah sedih, wajah di tunduk memandang pasir.
"Aku nak cepat! Nanti bini aku masuk angin dah nak maghrib ni!" Jawab Karl Syakirin laju, jam ditangan di kerling.
"Maya tahu tapi boleh awak jangan tinggikan suara? Maya takut! Kirin taj pernah macam ni sebelum ni!" Sayu suara Sumaiyyah Fatimah seolah-olah terasa akan sikap Karl Syakirin tadi.
YOU ARE READING
[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |
Romance"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "Sebab hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah yang Aluna pendam satu persatu terbongkar, Karl Syakirin lelaki kiriman tuhan yang menyelamatk...