LKS (41)

15K 479 16
                                    

"Karl?"

"Yee!"

"Aku masuk bangunan sebelah sana!"

"Alright!"

"Kau perhatikan gerakan mereka!"

"Asyiap bosskur!"

Karl Syakirin berjalan di atas tembok yang hanya muat kakinya sahaja cuba memasuki salah satu rumah yang ada di dalam bangunan itu.

Misi kali ini mereka harus membunuh beberapa perisik negara yang sudah di kenalpasti aktif beberapa tahun lalu.

Karl Syakirin yang sedang mengintai sebuah rumah cuba menyelinap masuk melalui tingkap yang terbuka sedikit. Dia mengamati rumah yang kelam itu.

Dari penglihatannya jelas terlihat bahawa rumah itu didiami oleh seorang wanita memandangkan keadaan rumah yang sedikit bersepah dan terdapat beberapa barangan larangan bagi lelaki terletak elok disitu.

Setelah memeriksa akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar, tidak mahu berlama-lama disitu, tetapi langkahnya terhenti apabila terdengar pintu terbuka.

Matanya menangkap satu sosok tubuh wanita yang sedang berkemban keluar dari bilik air, anak matanya dilarikan ke arah lain. Perlahan dia cuba menyembunyikan dirinya disebalik langsir yang ada.

Wanita itu dengan tidak malu berjalan masuk menuju ruang tamu, semua gerak gerinya dilihat jelas oleh Karl.

Televisyen di buka, sedang wanita itu leka Karl mencuri kesempatan untuk cuba keluar, perlahan sehingga tiba di tingkap tadi.

PAP!

Lampu menyala.

Entah bila wanita itu berjalan menuju Suis lampu, yang pasti mungkin sewaktu Karl sedang kalut ingin keluar tadi.

Kedua-dua mereka bertatapan seketika sebelum wanita tadi membulatkan matanya lalu berpeluk tubuh menutup bahagian yang terdedah sambil menjerit.

"Arghhhhhhh!!!!!"

Karl Syakirin terkedu seketika.

"Sorry I have to go!" Karl berkata sebelum berlalu.

"Pencabul!" Wanita tadi membaling sebuah bantal ke arah tingkap.

"Fuh! Naya kalau bini aku tahu!" Karl Syakirin terus meloncat ke bangunan sebelah setelah berjaya memanjat ke atas.

"Rosak mata aku!" Gumamnya lagi.

Dia berlari ke bangunan lain dan bersembunyi seketika, setelah hampir sepuluh minit disitu akhirnya dia kembali mengawasi keadaan, sedang leka mengawasi matanya menangkap satu rumah yang meriah, disitu terlihat jelas satu rumah yang sedang riuh berpesta.

"Karl, aku dah jumpa!" Suara Rayqal kedengaran melalui earfone yang dipakai.

"Bangunan C arah 9 kan?" Tanya Karl Syakirin untuk kepastian.

"Yes!"

"Okey, me first then you"

"Okey!"

Karl Syakirin mencari sasaran sebelum menarik picu senapang menggegarkan tempat itu.

Bang!

Karl mengesot ke bawah selepas melepaskan tembakan bagi  menyembunyikan diri.

Bang!

Kedengaran satu lagi tembakan.

"Move!"

Karl Syakirin dan Rayqal Hanafi masing-masing kembali mengikut haluan sendiri, mereka berpecah dan bertemu di tempat lain.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now