Alesya Balqis memandang tajam cermin di hadapannya, bayang yang memperlihatkan wajah pucat yang tidak terurus, panggilan dari telefon bimbitnya yang bertubi-tubi menganggu fikirannya, tubuh itu mengigil teruk kerana ketakutan setelah melihat si pemanggil.
Dia hanya diam sahaja ditempat duduknya sehingga satu persatu mesej masuk mengganggunya. Dia mencapai telefonnya dan membaca ke semua mesej itu.
Ting!
Ting!
'kau nak menyorok mana p*lacur? Dah dekat tiga tahun kau hutang aku! Aku tunggu je hutang kau dengan hadiah yang kononnya kau nak bagi aku tu! Hahahahha!'
'kenapa? Tak mampu bagi? Jangan risau sayang, aku tak dapat t*buh mungil adik kau tak apa! T*buh busuk kau pun aku onz!'
'aku nak adik kau je! Sebab t*buh tu je layak untuk aku dan harta aku! kalau aku dapat adik kau, aku sanggup di hambakan oleh dia sekali pun! Kalau kau aku tak nak tapi tak apa, kalau t*buh kau mungkin anak buah aku nak kot! Hahahahha!'
'tunggu aku datang ye sayang!'
Mesej-mesej yang mampu membuatkan Alesya Balqis melorot jatuh ke atas lantai, dia menekup mulutnya kerana tiada kata-kata yang mampu dia keluarkan waktu itu, air mata ketakutan menguasai diri itu.
"Macam mana aku nak buat ni!!! Aku...aku...aku tak tahu!!" Terketar-ketar tubuh itu seperti seorang yang hilang kawalan.
"Tak kan aku nak suruh Aluna layan dia! Tak mungkin!!!!.... Aluna! Macam mana aku nak capai kau! Dia bukan Aluna yang innocent macam dulu! Dia Aluna yang mampu menghancurkan hidup aku!" Tutur dia pada diri sendiri sambil memukul-mukul badannya sendiri. Mata yang terbeliak menunjukkan dia sedang dalam keadaan yang tidak tenang, fikirannya terganggu.
"Aluna! Patutnya aku paksa papa kahwinkan dia dengan iblis tu! Biar dia yang menderita! Biar dia kena layan semua jantan-jantan tu!"
"Sekarang bukan dia yang menderita aku yang menderita! Arghhhh!!!"
"Apa aku nak buat ni?" Gumamnya tanpa henti.
"Alesya! Kenapa kau sanggup berhutang dengan iblis tu!" Tanya dia pada diri sendiri sambil memukul tubuhnya sendiri.
"Kenapa???"
"Hanya sebab kau nak dapatkan lelaki yang kau cintai dari kecil kau sanggup buat perjanjian bodoh macam tu! Sedangkan lelaki tu tak pandang kau pun! Lelaki tu cuma nak adik kau!"
"Sekarang ni dia dah pergi dari hidup kau! Dia dah ceraikan kau! Mana kau nak dapat duit lagi? Dia dah tak nak jumpa kau! Papa kau pun dah tak layan perangai bodoh kau tu!"
"Sepatutnya kau terus jalankan rancangan kau dari sebelum kau bertunang lagi! Kau tak patut tangguh hanya sebab kau terlalu gembira masa tu sebab kau dapat singkirkan perempuan tu!"
"Kau bodoh Alesya Balqis!"
"Dunia ni tak adil Alesya!"
"Macam mana sekarang? Aku kena serahkan diri aku ke?" Alesya Balqis masih berada di dalam bayangan kelamnya.
Laci hitam di sisi katil dipandang lama.
"Patut ke aku...."
Sedang dia bergelut dengan fikirannya, si ibu dan si ayah sedang bergaduh hebat di bahagian bawah rumah, di ruang tamu.
"Kau nak apa lagi? Aku dah tak ada apa-apa lagi! Aku dah tak nak egois Anna! Aku dah berkorban masa muda aku hanya untuk kau! Berpuluh tahun! Tapi aku tak pernah rasa tenang! Jujur aku tak tenang Anna!" Terungkap satu persatu semua rasa di hati.
"Aku penat Anna! Aku penat! Selama empat puluh tahun ni aku tak pernah tenang! Aku seksa anak aku sendiri! Aku buat anak aku benci dekat aku! Betapa susahnya aku nak peluk dia! Kau tahu dulu dia mengemis nak peluk aku! And now aku yang mengemis nak dapatkan pelukan dia!" Luahnya sudah pasrah akan hidupnya.
YOU ARE READING
[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |
Romance"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "Sebab hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah yang Aluna pendam satu persatu terbongkar, Karl Syakirin lelaki kiriman tuhan yang menyelamatk...