LKS (21)

18.7K 605 15
                                    

"semalam Aluna dia.... " Karl Syakirin menghentikan kata-katanya sebelum melihat ke arah Aluna sekali lagi dan...

"bhuahahhahahah" tersembur ketawa besar lelaki itu. Air liur bertebaran merata.

"dia jatuh longkang bu! "

“hahahahahha..... padan muka dia bu! " Karl Syakirin masih ketawa besar.

Aluna Zinnirah merengus geram kerana di ejek dan di ketawakan. Aluna menyumbat nasi ke dalam mulutnya sehingga penuh sambil mempamerkan wajah tidak puas hati.

"haa? jatuh longkang kenapa?" terkejut orang tua itu tapi wajahnya masih tidak faham apa yang berlaku.

"sebab dia buat jahat dengan angah" Karl Syakirin bangga diri.

"mana ada! " Aluna membantah bersama makanan di dalam mulutnya.

"hahahahahha...... "

Pap!

"cakap betul-betul la tambi! " Kairy Syafir meluku kepala itu kerana geram.

"abang! Jangan buat macam tu! " tegur Sofeah isterinya melarang si suami menyampuk.

"hahahha.... okey okey" Karl Syakirin cuba membuang habis ketawanya walaupun masih tersisa.

“macam ni, dia ni kena kejar dengan K9!"

“K9?" Hajah Kalsom bingung siapa itu K9.

“K9?" Kayla Syaheera juga blur.

“K9 anjing tentera tu ke? " Kairy Syafir bertanya dengan wajah terkejut.

"Ha'ah !"

"Hohoo...K9 tu anjing yang di latih oleh tentera tu! " Terang Kairy Syafir yang tahu akan binatang alah itu.

"haaa...... dah tu? asal pedih sakit slow slow bagai tu?" Hajah Kalsom masih tidak faham.

“sebab dia lalu dekat kawasan pelatihan anjing pemburu yang tentera guna tu, dengan sikap keibuan lah konon dia tegur si anjing itu, ingat dia comel la tu buat-buat tunjuk muka comel dia depan si K9 tu, haa.. apa lagi anjing tu kejar lah, tunggu duk lagi " terbahak-bahak Karl Syakirin dan yang lain apabila mendengar cerita itu.

"dah tu dia pergi lari belah longkang depan dia pulak, mau kepala bawah kaki atas terbongkang nya"

"tuan! " Aluna mencubit lengan besar itu.

"adehhh!! " Karl Syakirin merintih sakit tapi masih menganjing.

"tahu tak lepas tu anjing tu menganjing dia pula, anjing tu takut-takutkan dia, tu yang dia menangis sampai histeria! nasib ada angah kalau tak mahunya demam esok tu! "

"lagi? "

"kaki dia terseliuh la ibu, angah tolong betulkan dia tendang angah, angah geram angah dukung dia bawak pergi dekat anjing tu balik, haa... tahu takut! " dengan bangganya Karl Syakirin menceritakan kejadian itu.

“dah macam tu, dia rabat nya belakang angah pulak, angah terkejutlah! kan bukan mahram, angah suruh dia turun dia tak nak! duk bergelut-gelut tu tiba-tiba angah jatuh tertindih lah dia, dah la kecik haa... terus jadi semut! hahhaha! “ Ketawa Karl Syakirin mula mereda setelah mengingat kejadian itu.

"dah jatuh dia menangis sakit pula kaki dia terseliuh, angah betulkan balik, tu yang sakit lah pedih laa apa laa" Karl Syakirin mengajuk gaya mengejek gadis itu.

“dah tu tuan tu gemuk! berat laa!! jatuh atas saya pulak tu! Dah lah berat badan 100 kg!" balas Aluna tak nak kalah, degil.

"dah kau panjat belakang aku! Siapa suruh?"

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now