LKS (27)

13.1K 392 3
                                    

Balik dari rumah Alesya, Anaqi Redza terus bertanya pada mamanya tentang gadis yang dia temui tadi, hatinya sedikit terusik akan keadaan gadis itu, terlihat sungguh menyakitkan bagi budak berusia lima tahun lebih itu menanggung luka dan kelaparan.

”mama!” panggil Anaqi mendekati mamanya yang duduk berehat di sofa ruang tamu kerana penat.

”iye sayang!” sahut Datin Raihana melihat anaknya sambil mengusap kepala anaknya yang baru datang.

”mama, Anaqi nak tanya sikit ni!"

”iyee, kenapa tu?” tanya Datin Raihana pelik.

”Aluna tu siapa?” terkejut Datin Raihana dan Dato' Ismail apabila mendengar nama itu.

”mana Anaqi tahu?” tiba-tiba papanya bersuara sambil membetulkan duduknya.

”tadi Anaqi jumpa dia!”

”haaa? Dekat mana? Kenapa mama tak jumpa dia pun?” tanya Datin Raihana seakan risau.

”tadi dekat rumah Aunty Suharna lah!”

”ye ke? Kenapa tak bagi tahu mama? Mama ingat dia tak ada tadi!” ujar Datin Raihana kalut seolah-olah ada kekesalan di hati.

”kenapa mama?” tanya Anaqi pelik.

”mama nak jumpa dia, dah lama mama tak jumpa dia, masa last mama jumpa dia masa dia mula-mula datang. Itu pun bila pergi jumpa nenda ja dekat rumah Aunty!” terang Datin Raihana.

”Anaqi jumpa dia dekat mana?” sekali lagi Datin Raihana bertanya ingin memastikan.

”tadi dekat belakang rumah!”

”belakang rumah? Dia buat apa dekat sana? Kenapa dia tak duduk dalam rumah? Kan hari tu hari jadi papa dia? ”

”mana Anaqi tahu ma!” Anaqi sudah mati kutu ingin menjawab pertanyaan mamanya yang bertubi-tubi itu.

”tapi mama, dia tu siapa?” tanya Anaqi ingin kepastian.

”dia tu..... dia tu anak Uncle Hisham dengan Aunty Suharna lah!” tergagap juga suara itu menjawabnya.

”ye ke? Tapi kenapa Aluna tu comot je? Tak terurus! Kurus kering macam tak cukup makan!” pancing Anaqi yang seakan faham situasi di situ.

”kenapa sayang?”

”tadi Anaqi jumpa Aluna, keadaan dia teruk ma! Baju lusuh, besar, kotor dan koyak! Malah comot sangat wajah dan tangan dia! Lepas tu Anaqi tengok Alesya marah dia, maki dia, dan tolak dia sampai jatuh tapi dia tak balas pun! Dia diam je! Alesya siap ugut nak mengadu dekat uncle, Aluna tu menangis minta maaf dekat dia macam takut je Anaqi tengok.” luah Anaqi tanpa sedari wajah suram kedua ibu bapanya.

”malah, Anaqi dengar dia cerita dekat seseorang yang papa dia tak sayang dia! Papa dia pukul dia! Anaqi kesian dekat dia ma! Dia tu kuat betul, angkat baju jemur baju, buat kerja berat-berat!”  luah Anaqi seakan sedih bercampur kagum dengan hadis kecil itu.

”Anaqi kesian dekat dia?” tanya Datin Raihana menatap anaknya dengan harapan, entah apa yang di harapkan oleh wanita tua itu.

”kesian, dia sakit dan lapar!”

Datin Raihana mengangguk faham.

”anaqi bercakap dengan dia ke tadi?"

”tak! Alesya yang cakap dengan dia!”

”Anaqi kesian dekat dia mama!”

”Anaqi nak tak jaga dia?” tiba-tiba Datin Raihana bersuara membuatkan Anaqi sedikit pelik.

”maksud mama?” Anaqi memandang pelik si mama.

”maksud mama Anaqi lindungi dia, jaga dia supaya tak ada orang kacau dia, buat dia, pukul dia, macam mana nak tak?” tanya Datin Raihana tersenyum manis.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now