Baru sahaja lega menghadap tetamu berbisa tadi, kini di hadapkan pula dengan kedatangan seorang lelaki tua yang terlihat kemas dan maskulin tapi tidak seirama dengan wajahnya.
"Ekhem!" Haji Syahir berdehem bagi menghilangkan rasa gugupnya bertemu lelaki itu buat kali kedua.
Tetapi lelaki itu hanya diam memandangnya dengan sabar. Dia tahu lelaki itu sedang menunggu kedatangan seseorang yang enggan bertemu dengannya.
"Udah udah ler tu!! Dia masih marah dekat kau! Bagi dia ruang dulu!" Pujuk Haji Syahir menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Diam!" Marah lelaki itu.
"Ikut mung ler" Haji Syahir mengambil kembali surat khabar yang terletak sedikit berselerak lalu membacanya, selang beberapa minit dia mengambil cawan berisi air teh lalu diminumnya sedikit demi sedikit.
"Kau nak apa?" Tiba-tiba Aluna datang dengan amarahnya membuatkan Haji Syahir hampir tersedak dengan suara garang itu.
"Uhukkk! Uhukkk!"
"Astaghfirullahalazim!" Terus beristighfar orang tua itu.
Menantunya selalu begitu, suka datang mengejut dan membuatkan dia hampir diserang sakit jantung.
"Aluna, anak papa!" Terus Dato'Sri Hishammuddin bangun meluru ke arah anaknya. Tubuh itu dipeluk erat.
"Eeyyy....lepas! Mana kau tahu aku dekat sini haa??" Aluna Zinnirah menolak kuat tubuh ayahnya sehingga terlepas.
"Sayang! Papa minta maaf! papa tahu papa salah! papa tak patut abaikan kamu!" Ujarnya diiringi tangisan kecil yang sedikit ditahan.
"Tak perlu minta maaf! Sebab aku tak layak untuk dapatkan kata maaf tu dari kau!" Marah Aluna tidak sedikit hiba dengan ayahnya.
"Sayang! Papa tahu kamu marah dekat papa"
"Anak anjing pun marah kalau bapak dia buang dia!"
Maksud yang mendalam berjaya menikam ke dalam lubuk hati lelaki tua itu.
"Papa tahu! Papa tahu! Tapi izinkan papa cerita semua pada Aluna! Papa tak nak Aluna terus benci papa! Papa tahu papa salah tapi tolonglah! Papa mohon!" Dato' Sri Hishammuddin sudah ingin melutut untuk mendapatkan kembali anaknya yang dia abaikan dahulu.
"Aku dah tak nak tahu siapa kau! Aku dah ada abah baru! Yang sayang aku yang anggap aku macam anak dia! Kau pergi jaga anak perempuan kau yang bagus tu! Apa? Haa..... degree kan? Haa....yang macam tu baru kau ngaku anak kau! Yang diploma cikai-cikai ni bukan anak kau! Tak ingat?" Serang Aluna tidak hirau siapa sedang melihat.
"Yang matang, yang bijak, yang pandai ambil hati orang sampai ambil hak orang tu! Tapi tak apa, dia dapat pun buka lelaki sejati! Jantan lato-lato juga yang dia dapat! Kelas kau nyah!" Ejek Aluna berjalan menuju sofa single tadi.
"Aluna!" Dato'Sri Hishammuddin tidak berputus asa, dia masih mengikuti langkah anaknya yang satu itu.
"Aluna, papa tahu Aluna marah, papa terpaksa sayang! Papa sayangkan kamu tapi....tapi perempuan tu buat papa benci kamu!" Luahnya cuba menceritakan hal sebenar pada anaknya.
"Perempuan mana? Bini kau? Macam tu? Ke mak aku Alicia!" Terkejut Dato'Sri Hishammuddin mendengar nama yang menjadi rahsia dia selama ini.
"A...Aluna tahu?" Tanya lelaki tua itu tidak percaya.
"Kalau ye kenapa? Takut? Takut kantoi yang aku ni anak bini kedua kau? Haaa? Tak payah, aku dah tahu lama dah! Aku tahu kenapa kau tak suka aku! Kau tak nak pun aku ni wujud dalam dunia ni kan? Kau anggap aku ni bala dekat kau!"
YOU ARE READING
[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |
Romance"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "Sebab hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah yang Aluna pendam satu persatu terbongkar, Karl Syakirin lelaki kiriman tuhan yang menyelamatk...