LKS (46)

13.3K 414 34
                                    

Sumaiyyah Fatimah merengus geram apabila ditinggalkan sendirian di situ, matanya tajam memandang kereta BMW hitam yang menjauh.

Hatinya remuk! Lelaki yang pernah memayungi dia dari titisan hujan ketika dibangku sekolah kini sudah jauh dari jangkauan dia.

"Awak betul-betul dah berubah!" Gumamnya sendiri.

"Miss! do you want me to help?" Pak Guard yang menanti disitu datang setelah melihat dia hanya berdiri sendiri.

"Hurmm! Boleh! Tolong saya naik tingkat 3!" Jawabnya kaku.

Hatinya hancur, rasanya air mata yang di tahan akan mengalir bila-bila masa sahaja. Fikirannya bercelaru memikirkan lelaki itu.

"Saya akan dapatkan awak juga! Macam mana cara sekalipun!" Gumamnya lagi.

Sesampainya dia ke rumah apartment itu, dia berjalan masuk dan menghempaskan tubuhnya di atas sofa, nafas ditarik sebelum melangut ke atas dengan pantas air mata mengalir laju.

Lelaki itu pernah berjanji akan menyarungkan cincin bukti cinta mereka selama beberapa tahun itu, bagaikan bunga dalam taman hatinya menari bahagia tetapi kerana ayahnya yang ingin dia melupakan lelaki itu, segala harapan yang dia impikan hancur.

"Macam mana saya nak luluh kan hati awak balik Kirin? Apakah saya kena mengalah? Berharga betul wanita itu di mata awak!" Sumaiyyah mengimbau kembali semua kenangan pahit yang dia rasakan.

"Awak dah jauh dari saya! Perlu ke saya gunakan cara jahat untuk dapatkan awak? Tapi saya tak mampu! Saya dah tak ada cara lain nak buat awak kembali pada saya!"

"Baik saya mati sahaja!" Gumamnya lagi tanpa memikirkan dosa pahala.

"Wanita hina tu juga pilihan awak! Wanita yang tidak sikit pun jaga dosa yang perlu awak tanggung! Bukankah awak tak suka wanita macam tu?" Makin parah dia menghina Aluna Zinnirah kerana amarah.

"Wanita neraka!" Gumamnya marah.

"Baiklah! Aku wanita yang baik akan dapatkan kembali lelaki baik daripada jatuh ke tangan wanita jahat macam dia!" Tekad yang entah datang dari mana.

"Minta tolong kakak lah!" Sumaiyyah meraba ke dalam beg tangannya, setelah mendapat benda nipis itu, dia segera membelek-beleknya lalu membuat satu panggilan.

Tut!!

Tut!!

"Assalamualaikum akak!" Sayu suara yang ditampilkan.

"Kak! Tolong Maya kak! Maya sakit! Hiks Hiks!!" Adu nya sengaja menangis pilu.

"Kirin tak sayang Maya! Dia sayang perempuan tu! Dia tinggal Maya seorang diri!"

"Maya nak mati je la! Dah tak ada orang sayang Maya!!!" jeritnya bersama tangisan.

"Dia dah tak pedulikan Maya! Dia dah tak nak Maya! Perempuan tu hasut dia!" Tuduh Sumaiyyah bersama tangisan entah betul entah sengaja.

"Akak datanglah tolong Maya! Maya sakit!!" Rayu Sumaiyyah Fatimah sayu.

Entah apa yang terjadi selepas itu author tak tahu, apa yang dirancang dan apa yang dia katakan pada si kakak.

Karl Syakirin yang sedang melakukan latihan menembak bersama anak buahnya di lihat sedang memberi arahan apabila dia menerima satu panggilan kecemasan dari pihak hospital.

"Hello!"

"Ya Saya Karl Syakirin!"

"Ya, dia isteri saya!"

"Haa....hospital?"

"Kenapa? Baik! Saya pergi ke sana segera!"

Terus dia berlari keluar dari padang menuju kereta ZD yang terletak tidak jauh dari situ, tanpa menunggu apa-apa reaksi dari kawannya dia terus memacu laju menuju Hospital.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now