LKS (19)

17.9K 591 1
                                    

“angah!!!!!! " Satu jeritan bergema di tengah ruang tamu rumah banglo bertingkat dua itu.

"kau nak apa hanat!!!! "sahut satu lagi suara dari ruang tamu membalas jeritan di sebelah sana.

Dan satu tamparan mendarat elok di bahu besar itu membuatkan tubuh itu menggeliat kerana sakit.

“ibu!! "

"Muhammad Karl Syakirin! kenapa panggil adik macam tu? haissss.... "

“hehehhe, sowwy ibu" Karl Syakirin tergelak kecil melihat ibunya.

Kelihatan dari jauh seorang perempuan bertudung menghampiri mereka dengan langkah yang besar. Karl Syakirin mencebik meluat melihat adiknya yang sedikit tomboy itu.

“kau, jalan elok-elok sikit, kau kena ingat kau tu perempuan bukan jantan! " marah Karl Syakirin apabila perempuan itu sudah menghampiri mereka.

“suka hati aku arhh!!! " perempuan itu mula menjambak rambut pendek lelaki itu sebelum berlaku perlawanan dari lelaki itu yang juga turut memegang kepala itu lalu digoncang geram.

Berlaku baku hentam antara adik beradik itu, wanita tua yang dipanggil ibu tadi hanya menggelengkan kepala melihat perangai anak-anaknya.

“sudah! sudah!! ibu kata sudah! " wanita itu menarik telinga si abang membuatkan lelaki itu merintih.

“arhh.... arhhh ibu, cakit!! " rintih Karl Syakirin memegang telinganya yang di tarik oleh ibunya.

"padan muka kau! " ejek si adik menjelirkan lidahnya.

"Kayla Syaheera! " pekik wanita tua tadi.

"kamu ni! betul apa yang angah cakap! cuba jalan elok-elok! kamu tu perempuan yang nak jalan macam samseng bagai tu kenapa! "marah Wanita itu membuatkan Kayla Syaheera memutarkan matanya malas.

"Hurmm!" Jawabnya malas.

"ibu, dia ni kalau ibu cakap dua ratus kali pun belum tentu dia nak dengar! masuk telinga kanan keluar telinga kiri! " ejek Karl Syakirin pada adiknya.

"erghh!! " Kayla merengus geram dengan abangnya.

"haaa!!! dengar cerita nak kahwin? perempuan mana pulak kau kutip nak buat calon? mesti malang perempuan tu dapat lelaki macam kau kan! " ejek Kayla Syaheera kembali sambil melabuhkan punggungnya.

"ehhh.... kau jangan nak kutuk aku ehhh, kau tengok diri kau tu dulu, dah la single! forever alone lah kau! " Karl mengangkat keningnya sebelah apabila melihat adiknya merengus geram padanya.

"ceh! mesti yang cikai-cikai je kau dapat kan? siapa nak kat kau ni angah! Dah la gila, mereng pula tu!" Kayla Syaheera masih tidak puas hati.

"diam arhh! aku nak cakap dengan ibu bukan kau, so shut up! " Karl Syakirin beralih melihat ibunya yang juga menatapnya meminta penjelasan ketika itu. Kayla turut diam melihat keadaan itu.

"Angah nak kahwin dengan perempuan gila tu ke?" tiba-tiba Kayla Syaheera mencelah tanpa sempat Karl Syakirin bersuara kerana melihat si abang seperti mengelamun.

"ck! " Karl Syakirin mencebik malas.

“siapa Kay?" wanita tua itu bersuara kerana ingin tahu.

"Inaya Suhaila?"

"bukan! " Potong Karl Syakirin tidak mahu semua salah faham memandangkan keluarganya tahu akan wanita itu kerana wanita itu pernah datang ke rumahnya.

"bukan Inaya, bu! " Karl Syakirin mula membetulkan duduknya apabila melihat si ayah datang bersama tongkatnya, dia memberi ruang pada ayahnya.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now