LKS (55)

14.1K 369 14
                                    

'Aluna kemalangan? Bila? Kenapa aku tak tahu?' gumam Dato' Sri Hishammuddin dalam hati, jalan di hadapannya di pandang tajam.

'orang tua tu sengaja nak jauhkan aku dengan Aluna!'

'tak! Aluna bukti cinta aku dengan Alicia!'

'sebab tu aku letak nama anak aku sama dengan nama dia!'

'maafkan aku Alicia! Aku mungkar janji aku pada kau!'

"Papa?"

"Papa!!!" Jerit Alesya apabila papanya tidak menjawab panggilannya.

"Kamu ni kenapa Alesya!! Nak jerit-jerit bagai haa!!" Tengking Dato'Sri Hishammuddin geram dengan perangai anak sulungnya itu.

"Jaga cara kamu dengan papa! Adab kamu mana?" Marah Dato'Sri Hishammuddin kesal.

"Alesya dah panggil papa banyak kali tapi papa tak respon pun! Papa kenapa? Papa ingat siapa?" Tanya Alesya melembut pada ayahnya, Anaqi disebelah hanya diam sahaja tidak mahu masuk campur.

"Papa? Kenapa dengan papa? Papa kan tengah bawa kereta ni! Haihh....kamu ni!!!"

"Abang, kenapa ni? Jangan marah anak tu!"

"Huft!" Nafas berat dilepaskan.

"Kamu ni kenapa Alesya? Kenapa akhir-akhir ni perangai kamu makin berubah? Makin menjadi-jadi perangai memberontak tu! Jangan ingat papa tak tahu! Kamu jual kereta kamu kan? Bukan kereta kamu rosak kan?" Tembak Dato'Sri Hishammuddin tepat ke jantung anaknya.

"Ma...mana papa tahu? Ma...mana ada! Kereta Alesya memang rosak! Ada tu haa kat bengkel!" Bantah Alesya akan tuduhan papanya.

"Eleh, ingat papa tak tahu ke? Kawan papa ramai dekat luar tu Alesya Balqis! Kamu jangan tipu papa! Anaqi kamu pun tahu kan?" Dato'Sri Hishammuddin memandang wajah bersahaja Anaqi yang hanya diam melalui cermin hadapan.

"Pa...pa!" Alesya mati rasa apabila tembelangnya terbongkar di hadapan lelaki yang banyak dia menyimpan rahsianya.

"Papa tak tahu apa masalah kamu Alesya, sejak kamu kahwin hidup kamu makin susah papa tengok! Papa rasa kamu ni hidup dalam ketakutan sahaja! Semua bagi kamu tak kena! Selalu minta bantuan papa! Bantuan kalau tak menyusahkan tak sah! Macam Aluna tu! Kamu suruh papa kahwinkan dia dengan Gibran, kenapa? Sedangkan dia dah keluar dari hidup kita! Kamu takut dia rampas Anaqi ke?" Tembak Dato'Sri Hishammuddin melihat anaknya dari cermin hadapan juga.

"Hahahhahah, kamu salah! Aluna tak akan kembali pada Anaqi lagi! Papa tahu tu! Sebab dia dah dapat orang yang lagi bagus boleh jaga dia!" Sinis sahaja kata-kata yang keluar dari mulutnya.

"Abang!!" Panggil Datin Suharna sambil menangis.

"Kamu pun tak payah guna air mata kamu untuk luluhkan hati saya! Dua puluh tahun aku bertahan dengan air mata tu! Dua puluh tahun aku kena benci anak aku sendiri! Semua sebab air mata tu! Tapi sekarang no more lagi!" Luahnya bersama satu kekesalan yang telah lama tersimpan.

Entah bila mereka sudah tiba di halaman rumah mereka sendiri, Dato'Sri Hishammuddin melangkah keluar tanpa menunggu sesiapa pun, hatinya terluka.

"Abang!" Panggil Datin Suharna mengejar suaminya.

"Papa! You!!" Alesya juga cuba mengejar si papa namun, ingin meminta bantuan pada suaminya.

"Selesaikan sendiri!" Laju kaki itu melangkah masuk mengikuti jejak si ayah mertuanya.

"You!!"

"Abang! Kenapa ni? Selama ni tak cukup ke saya berkorban untuk awak?" Tanya Datin Suharna lantang, hatinya yang lembut terguris.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now