Aluna Zinnirah menatap seluruh ruang bilik yang tenang dan bersih itu, dihirup udara segar yang masuk melalui tingkap yang terbuka, tetapi hatinya seolah-olah gusar tidak setenang bilik itu seperti ada sesuatu yang menganggu jiwanya.
"Kenapa aku rasa macam galau je ni? Pelik betul! Macam ada yang tak ada dekat sini." Tuturnya cuba menenangkan dirinya.
Setelah seminggu berada di hospital dia dibenarkan pulang, dan disinilah dia berada, rumah yang besar dan cantik namun, sunyi.
"Bosan pula duduk rumah ni sorang-sorang! Nak jalan-jalan kaki pula sakit! Haih! Turun bawalah!" Aluna membuka langkah tatih menuju lift memandangkan kakinya sakit.
Rumah itu sunyi, tiada satu pun manusia yang ada rasanya, seperti penjara yang hanya dihuni oleh dia sahaja.
"Mak som!" Panggil Aluna berjalan ke arah dapur namun, kosong. Wanita tua yang menyambutnya dengan penuh kasih sayang seperti kasih seorang ibu membuatkan dia selesa dengan wanita itu.
"Mana semua orang pergi? Kenapa sunyi je?" Aluna dibuat tertanya-tanya kemana semua orang pergi di waktu-waktu begini.
Setelah puas mencari, akhirnya dia berputus asa, terasa lelah berjalan mencari, memanggil tetapi lansung tiada sahutan membuatkan dia mengalah.
Kaki berpatah balik menuju ruang tamu, melabuhkan punggung di atas sofa lalu menghidupkan televisyen, sedang mata dan tangan berkerja menukar siaran matanya menangkap satu kotak sederhana besar di sisi rak TV.
Hatinya terpanggil untuk mendekati kotak itu. Dengan perlahan dia mendudukkan dirinya di atas lantai.
"Apa ni?" Perlahan dia membuka kotak itu, dia tersentak seketika.
"Baju askar?" Tangan laju mengeluarkan satu persatu barang yang ada.
"Baju siapa? Aku ke?" Tangan masih laju memproses sehingga anak matanya menangkap satu gambar passport berlatarkan warna merah, bukan gambar dia tetapi lelaki itu.
Lelaki yang membahasakan dirinya Mon Chérie itu!.
"Betul ke dia suami aku?" Tanya Aluna Zinnirah pada dirinya sendiri, gambar diambil dan ditatap dalam, wajah yang membuatkannya tenang sahaja tanpa merasakan sedikit pun kekurangan.
"Uishh, lain macam vibe dia ni! Gila cool!!" Ujarnya sambil melawak menyedapkan hati.
"Tapi, betul ke dia suami aku? Kalau betul mana dia? Dan....aku dah tak ada dara laa!!! OMG!!!" Ujarnya sambil meraup wajahnya kesal.
"Tapi tak apa! Hensem!! Tak de la muka anak aku macam ikan keli nanti, hahahhaha" ketawanya gedik.
Mana tidak gedik, isterinya sahaja obses pada suaminya apatah lagi orang lain, wajah tampan bersama mata kuyu yang dingin membuatkan sesiapa sahaja ingin mencium wajah maskulin itu atau merogol sahaja lelaki itu untuk memilikinya.
"Tapi aku kena pastikan betul ke dia suami aku! Kang aku main rogol je dia haa naya mengandung anak luar nikah pula!!"
"Haa tanya atok lah!! Tapi atok mana ada!! Mak som pun tak ada! Macam mana ni?? Haaa....aku tahu!!"
Aluna Zinnirah berjalan menuju pintu utama bersama beg tangan yang di jinjing, baju hitam tanpa lengan parah dada menjadi pilihannya.
"Kenapa aku tak pernah pakai baju macam ni ye sebelum ni? Lepas tu kenapa semua pandang aku pelik je ni?" Gumamnya dalam hati apabila terasa persekitarannya sedang memerhati dirinya, entah sinis entah suka.
Entah mana datangnya keberanian dan kekuatan dia menoleh untuk melawan pandangan itu dengan sinis, semua yang melihat terkaku seketika sebelum semua kembali melakukan kerja mereka.
YOU ARE READING
[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |
Romance"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "Sebab hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah yang Aluna pendam satu persatu terbongkar, Karl Syakirin lelaki kiriman tuhan yang menyelamatk...