LKS 11

19K 649 10
                                    

Aluna memasuki biliknya yang sekian lama tidak dia lihat sejak dua tahun lepas, masih sama seperti dulu, almari dan meja soleknya masih terletak elok ditempatnya walaupun itu adalah rumah si atok.

Jangan ditanya rumah si papa kerana tiada tempatnya disitu, selalu dia akan pulang ke rumah atoknya kerana di situ dia merasa selesa.

Selepas beberapa tahun dia menetap disitu, papanya tiba-tiba datang meminta izin untuk tinggal di situ bagi mengurangkan kos ekonomi mereka.

Dirumahnya memang biliknya yang terpaling belakang, tapi dirumah atoknya dia terpaling besar daripada yang lain. Banyak kali si kakaknya Alesya meminta bilik itu darinya tapi tetap kalah kerana si atok tidak mengizinkannya.

Kerana itu, si kakak sedikit membenci pada dirinya. Dia tidak peduli.

Sedang berangan tiba-tiba tubuhnya di tolak kasar ke tepi membuatkan dia berlaga dengan dinding, dia mengalih pandangannya melihat gerangan orang yang menolaknya.

"erghhh.... lembap! " marah Karl Syakirin dengan gaya berlagak plus gedik itu.

Lelaki itu menghempaskan luggage ke lantai dan mula membuka rambut palsunya dan membalingnya ke lantai.

"ishhh.... kasut ni pun haaa aku hempuk kang" maki lelaki itu membuka kasut tumit tinggi itu lalu ditendang ke arah lain.

"rimas betullah, ni gelang ke gari terbelit sana terbelit sini! " bebelnya sambil membuka gelang, rantai dan cincin lalu dibuang ke sebarang arah.

"Ya Allah, yang subang ni pun, aku potong telinga ni japg haaaa! " marahnya lagi.

“tuan! asal kuat bebel ni?" Aluna mencelah bebelan tuannya yang kepanasan itu.

“kau tolong bukak subang ni sebelum aku rentap sampai putus" arah Karl Syakirin mendudukkan dirinya di atas katil lalu berpeluk tubuh. Berlagak!

“tuan ni, cuba slow-slow tengok, haa kan boleh bukak tu"

Aluna Zinnirah dengan lembut membuka subang itu dari telinga Karl Syakirin. Setelah itu lelaki itu bangun menarik tuala yang ada lalu masuk ke dalam bilik air namun, terhenti langkahnya bila teringat akan sesuatu.

"kita duduk dalam bilik ni berdua kan?" tanya dia kerek.

"iye tuan! " jawab Aluna polos.

“kau tidur bawah aku tidur atas katil" ujarnya sombong.

"ehhh.... kan katil saya tuan?" tanya Aluna membantah.

“kau tengok muka aku?" Karl menayang wajah polos. Aluna mengangguk tanda dia lihat.

“ada aku kisah?" ujar lelaki itu berlalu masuk dengan gaya pondan.

Aluna Zinnirah mencebik bibirnya kepada Karl dan dia juga berlalu menyiapkan pakaian untuk lelaki itu.

“kau tunggu kau" gumam Aluna tersenyum jahat.

Setengah jam kemudian keluarnya lelaki itu dengan tuala yang terlilit di pinggangnya menunjukkan otot perutnya yang menawan. Aluna mengalihkan pandangannya ke arah lain kerana malu, Karl Syakirin yang melihat tersenyum nakal.

Dia menghampiri gadis yang sengaja bermain dengan barang yang ada di atas meja.

Lelaki itu sengaja menghampiri Aluna yang sedang berdiri sambil menundukkan kepalanya. Lelaki itu berhenti dan berdiri di hadapan gadis itu.

“sayang" goda Karl Syakirin.

"Tuan jangan dekat, Aluna gigit kang! " ugut Aluna.

“hhahahhahah, arhhh takutnya" kacau Karl memeluk tubuhnya tanda takut.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now