LKS (62)

16.6K 506 27
                                    

Sumaiyyah Fatimah terduduk di atas sofa dengan perasan dan jiwa yang kosong.

'aku kena cerai? Talak tiga?'

'tak mungkin kan?'

Tiba-tiba sahaja air mata mengalir laju jatuh ke pipinya yang bengkak kerana di tampar oleh suaminya tadi.

"Ki...Kirin....!" Panggilnya masih perlahan.

Brak!

"Kemas barang kau, berambus dari sini!" Halau Karl Syakirin sambil menarik tangan isterinya mengikut langkahnya keluar dari rumah itu tetapi langkah itu terhenti semula.

"Owh, satu lagi! Kau kata apa? Bini aku mandul? Ni, aku nak bagi tahu kau Isteri aku Aluna Zinnirah bukan tak boleh mengandung, dia dah mengandung dah pun tapi gugur sebab kemalangan! Semua punca dari perempuan bodoh macam kau ni! Isteri aku gugur sebab tahu aku kahwin dengan kau! Jadi, punca aku tak ada anak semua sebab kau!!!!" Jerkahnya membuatkan Sumaiyyah Fatimah memang terkaku tanpa mampu membalas, air mata juga seakan beku.

Karl Syakirin dengan pantas menarik perlahan isterinya yang masih termangu-mangu dengan situasi itu.

Wajah yang tegas dan garang membuatkan Sumaiyyah tidak mampu lagi merayu dan memohon. Air mata mengiringi kepergian pasangan itu.

Baru tadi rasanya dia merasakan kebahagiaan dan kemewahan yang tiada terhingga tapi kini dia di ceraikan kerana sikap tamaknya yang membawa kepada kemarahan lelaki itu.

"Ya, Allah....kenapa semua ni jadi dekat aku!!!" Raungnya meraup wajahnya dengan tangan.

"Aku hanya nak uji dia sahaja! Tapi aku tak tahu boleh jadi macam ni!!" Ujarnya lagi teresak-esak menangis di ruang tamu yang sepi.

"Aku dah salah langkah! Aku tak patut cabar dia! Aku hanya nak hidup dengan dia! Tapi....tapi sikap tamak dan dengki aku merosakkan segalanya!" Jeritnya di tengah ruang tamu itu.

"Aku menyesal! Aku dah tak nak semua harta tu! Aku nak Kirin sahaja! Nak dia sahaja!!"

Malam yang kelam menjadi saksi kesedihannya seorang diri, tubuh yang masih bergetar melorot jatuh sambil memukul-mukul lantai kerana kesal.

Aluna Zinnirah yang berada di dalam kereta suaminya hanya diam sahaja, dia tidak tahu apa yang berlaku.

'kenapa dia ada dalam rumah aku? Kenapa dia pakai macam tu?' gumam Aluna masih memikirkan hal itu.

"Mon Chérie !!" Panggil Aluna lembut.

"Kenapa perempuan tu ada dalam rumah kita? Dan kenapa dia pakai seksi macam tu depan awak? Dia nak goda awak ke?" Tanya Aluna pelik, hal itu membuatkan Karl yang sedang memandu terkedu.

Bukan kerana maksud soalan itu tetapi kerana yang menanyakan soalan itu.

"Ma Chérie?" Alih-alih menjawab lelaki itu kembali bertanya.

"Ma Chérie dah ingat saya ke?" Tanya Karl Syakirin memperlahankan keretanya.

"Ingat? Ingat who's?" Tanya Aluna melihat ke arah Karl dengan wajah yang sangat lama dia rindui.

"Kau! Kau dah ingat aku ke?" Tanya Karl menukar gaya bahasanya untuk menguji ingatan Aluna.

"Ingat lah!!! Tak kan lupa! Jantan lato-lato yang selalu susahkan aku! Tuan Karl tiga minit!" Jeritnya geram.

Karl Syakirin membulatkan matanya kerana terkejut bercampur gembira sehingga kepalanya ditolak-tolak dan dipukul tanpa henti.

"Haaa!!! Kau! Kau kahwin lain kan? Sampai hati kau curang dengan aku!" Ucap Aluna Zinnirah memukul-mukul kepala suaminya yang juga menahan pukulan itu.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now