LKS (57)

15.3K 468 68
                                    

Sumaiyyah Fatimah memandang takjub rumah di hadapannya, dia tidak menyangka bahawa suaminya Karl Syakirin mencarinya dan membawanya pulang ke apartment mewah ala-ala orang kaya yang selalu berada di televisyen.

Rumah apartment yang terdapat tiga bilik besar yang masing-masing dalamnya ada bilik air sendiri dan ruang tamu yang besar menambahkan lagi kesan kemewahannya.

Dengan langkah yang besar dia berjalan menuju balkoni, langsir ditarik untuk mencerahkan lagi suasana dalam rumah mewah itu.

"Awak! Terima kasih sebab sediakan rumah mewah macam ni untuk kita tinggal!" Ucapnya penuh bangga sambil menatap suaminya yang sibuk dengan telefonnya.

"Awak nak minum? Saya buatkan air untuk awak yee!" Pelawa Sumaiyyah bersemangat cuba menarik perhatian suaminya, kaki dibawa mendekati suaminya.

"Tak perlu! Aku nak keluar kejap! Kau kemas dulu apa yang patut! Sekejap lagi kita akan ada tetamu terhormat!" Ujarnya lalu bangun menuju pintu.

"Tetamu terhormat? Siapa? Mak ayah awak ke?" Namun, Karl Syakirin sudah hilang di sebalik pintu membuatkan Sumaiyyah merungut tidak suka.

"Tak apa lah! Yang penting aku dapat tempat tinggal mewah! Aku kena bersiap ni! Kejap lagi ada tetamu pulak!" Ucapnya gembira tidak terkira.

Alih-alih ingin melangkah ke bilik utama kakinya terhenti seketika.

"Ehh, aku kena bagi tahu Umi dengan kakak ni! Hehehe!" Telefon di dalam beg dicapai sebelum melabuhkan punggung di atas sofa.

"Hello!!!" sapanya dengan gembira.

Sehingga malam menjelma, dia menanti sosok tubuh yang katanya akan pulang sekejap lagi bersama tetamu, membuatkan Sumaiyyah bersungguh-sungguh mengemas bilik kedua yang disuruh oleh suaminya dan memesan beberapa jenis makanan untuk dijamu oleh tetamu nanti.

Sedang asyik menyiapkan semua juadah diatas meja diruang tamu, tiba-tiba kedengaran pintu dibuka dari luar menampilkan wajah ceria suaminya yang hanya melangkah seorang diri. Dia meninggalkan meja dan berjalan mendekati suaminya ingin menyalami lelaki itu tetapi lelaki itu mengelak untuk menyentuhnya.

Sumaiyyah Fatimah sedikit tersentak dengan layanan itu tetapi dia cuba mengawal perasaannya dan kembali semangat.

"Awak! Awak kata ada tetamu! Mana?" Tanya Sumaiyyah semangat.

"Tetamu? Ada!" Jawab Karl Syakirin bersahaja sambil melabuhkan punggungnya di sofa.

"Awak!" Seorang wanita berjalan masuk mendekati mereka berdua.

Deg!

Hampir terduduk Sumaiyyah Fatimah apabila melihat gerangan yang masuk ke dalam dengan senyuman manis dibibir, mata yang tajam seperti sebilah pisau memandang tepat ke arahnya.

Aluna Zinnirah berjalan masuk dengan anggun walaupun ketika itu dia memakai pakaian santai sahaja.

"Hai, apa khabar? Sihat?" Tanya Aluna juga bersahaja kepada Sumaiyyah yang terkaku.

Tubuh itu mendarat elok di sebelah suaminya yang juga menyambut tubuh itu untuk dipeluk. Rambut yang terjuntai diselak lalu di selit dibelakang telinga lalu dicium lembut telinga itu membuatkan Sumaiyyah tiba-tiba dibakar api cemburu.

"Awak! Kenapa bawa dia dalam rumah kita?" Tanya Sumaiyyah lantang di hadapan suaminya.

"Rumah kita? Bila masa aku kata ni rumah kita? Ni rumah aku! Kalau dah nama rumah aku, that's mean suka hati akulah nak bawa siapa pun masuk! Lagipun ni bini aku! So, kau rasa?" Perli Karl Syakirin membalas kesakitan hatinya pada wanita itu setelah sekian lama.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now