Karl Syakirin yang sedang melakukan tugasnya terus bergegas keluar dari pejabatnya setelah menerima panggilan tadi, meninggalkan Hakeem yang baru sahaja masuk ke dalam sambil membebel.
"Tak guna betul! Ais krim aku kau makan! Kereta aku kau langgar! Lepas tu kau lari! Kau ni memang....."
Matanya menangkap sosok tak guna yang sedang berlari keluar tanpa hiraukan dirinya yang berdiri di hadapan pintu.
"Oii....kau nak pergi mana?"
Kawannya terus berlalu tanpa hiraukannya.
"Alamak, kerek betul!" Hakeem Sufian menarik bibir mengejek sambil menatap Karl Syakirin yang terus sahaja masuk ke dalam keretanya lalu memecut laju meninggalkan tempat itu.
"Ciss!"
"Ma Chérie!" Panggil Karl Syakirin sedikit kalut di dalam sebuah hospital swasta yang menempatkan isterinya tetapi kaunter itu kosong tiada orang, dia mula gelabah memikirkan isterinya.
Dari kejauhan Tan Sri Muhyiddin memandang cucu menantunya yang gelabah ke kiri ke kanan mencari isterinya seperti monyet itu, dia ketawa dalam hati seketika.
Setelah sedar akan tatapan seseorang dari belakangnya akhirnya dia memusingkan badannya memandang lelaki tua yang sudah menatap ke bawah sambil sendawa.
"Aaakkk!"
"Ekhemmmm! Mana Aluna?" Tanya dia cuba mengawal perasaan gelabahnya tadi.
"Dalam dewan bedah!"
Lelaki itu terus berjalan menuju seorang jururawat yang baru sahaja keluar dari salah satu bilik.
"Nurse! Boleh saya teman isteri saya?"
"Isteri Encik! Puan Aluna ke?"
"Ye, Aluna Zinnirah!"
Jururawat itu menganggukkan kepalanya lalu meminta dia untuk menunggu sebentar sebelum dia dibenarkan masuk.
"Okey, kejap ya!"
Beberapa minit kemudian jururawat tadi keluar sambil mengizinkan Karl masuk.
"Terima kasih!"
Karl Syakirin memasuki bilik yang sedang dihuni oleh seorang wanita yang sedang terlena bersama peluh yang terbentuk di dahi dah lehernya. Sayu hatinya melihat keadaan isterinya itu.
"Ma Chérie?" Panggil Karl Syakirin Perlahan.
Aluna Zinnirah membuka matanya yang lali, satu senyuman di ukirkan walaupun agak sulit untuk dibentukkan. Karl mencium dahi yang penuh dengan peluh itu lama.
"Arhh...sakit!" Tiba-tiba wanita itu mengeluh membuatkan Karl Syakirin menarik tangan mungil itu lalu di genggam erat memberi semangat.
"Sayang?"
Jururawat dan seorang doktor wanita masuk mendekati mereka yang sedang memberi semangat antara satu sama lain.
"Eh, kepala baby dah nampak! Cepat!" Kelam kabut semua petugas hospital cuba mengeluarkan bayi tersebut.
"Puan! Tangan puan pegang sini ye! Lepas tu ikut kata saya perlahan-lahan"
Karl Syakirin melihat sahaja isterinya yang sedang meneran, dia mendekati bahagian bawah isterinya, matanya terbeliak melihat sesuatu yang hitam dan besar sedang keluar secara perlahan dari rahim isterinya, rasa sakit dan ngilu menguasai dirinya.
'Ya Allah sakitnya!'
Teriakan dan jeritan kesakitan bergema dalam bilik itu, hati Karl Syakirin merasakan kesakitan itu, mata itu beralih memandang isterinya yang sedang berjuang, wajah pucat yang meneran menarik hati nuraninya.
YOU ARE READING
[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |
Romance"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "Sebab hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah yang Aluna pendam satu persatu terbongkar, Karl Syakirin lelaki kiriman tuhan yang menyelamatk...