LKS 10

20.8K 673 59
                                    

Karl Syakirin menatap tajam wajah mungil yang sedang tersenyum bahagia di hadapannya, dia seakan-akan ingin menelan gadis itu hidup-hidup kerana terlalu geram.

“okey! yang ini mesti okey" ujar gadis itu meletakkan baju itu ditubuh tinggi lampai itu.

"Terletak elok ni!"

“saiz ni okey dah, ketat sikit baru sexy" Aluna berkata gembira tanpa peduli lelaki di hadapannya.

"kau! " belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya Aluna sudah pergi bersama baju di tangannya.

"only this" Aluna bersenandung dalam bahasa inggeris.

Karl Syakirin menatap gadis yang sedang kepoh menyentuh baju-baju di atas kaunter itu untuk dibayar.

“cukup untuk beberapa hari" jawabnya lalu mengeluarkan kad debitnya untuk membayar baju baju itu.

Namun, ada satu tangan yang menghulur kad lain kepada cashier untuk membayar membuatkan Aluna melihat lelaki di sebelahnya yang sedang berpeluk tubuh sedikit berlagak.

"aku bayar, baju ni untuk aku kan? so, baju aku, aku yang bayar! " jawabnya santai tidak peduli mata-mata orang lain.

Cashier yang berada dihadapannya menatap pelik ke arah lelaki itu, Karl Syakirin hanya diam berpeluk tubuh, dia tahu apa yang difikirkan oleh cashier itu.

“okeyhhh! " jawab Aluna Zinnirah memasukkan kembali beg duitnya ke dalam handbag yang disilangkan di dada.

Karl Syakirin merampas kad debit Aluna sebelum dia sempat meletakkan kad itu kembali ke dalam beg. Dia tersenyum nakal.

"arghhh..... kau lanje aku makan! " Karl menyenggol tubuh kecil itu dengan sikunya membuatkan Aluna sedikit tertolak tetapi tidak terlalu kuat.

"hahahhahaha, asyiap bos" jawab Aluna ingin ketawa.

Dalam diam Karl tersenyum melihat gadis itu ceria.

sebab sayang je aku buat, kalau tak sayang mahunya aku rejam kau dalam kandang buaya tu' gumam Karl Syakirin dalam hati.

Setelah selesai urusan Aluna meminta izin untuk pulang bagi membuat persiapan untuk hari esok.

“Tuan, esok jangan lupa, pukul dua petang selepas saya habis duty yee" pesan Aluna mengenyit matanya pada lelaki yang sedang berada di dalam kereta itu.

“ingat aku macam kau pelupa, sekali pakej bodoh pulak " balas Karl Syakirin menaikkan cermin tingkap keretanya dan memecut meninggalkan blok bujang wanita itu.

demi dia Karl, demi dia kau kena buat" Karl memberi semangat untuk dirinya menjalani hidupnya selepas ini.

kau dah janji nak protect dia kau kena buat"

buat dia happy dan selesa dengan kau"

Karl Syakirin memecut laju keretanya membelah gelapnya malam. Esok ada misi yang perlu dia lakukan.

“kita tengok macam mana reaksi diorang" Karl tersenyum sinis kepada malam yang kelam itu.

***************

Di kediaman Tan Sri Muhyiddin, terlihat begitu ramai orang yang sedang meraikan majlis hari jadinya yang ke 68 tahun. Lelaki itu masih terlihat kuat walaupun sudah berumur, wajahnya di ukir senyuman palsu untuk menutup luka dihati.

Dia merindukan sosok itu yang sudah hampir dua tahun menghilang.

“semoga panjang umur Tan Sri dan tahniah sebab dapat cucu menantu" itulah ucapan yang sering di dengari di telinganya dan dia hanya tersenyum pahit.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now