Alayna Mardiah menunggu di tempat menunggu di lapangan terbang KLIA setelah mendarat di Malaysia pagi tadi. Dia meminta kakaknya Aluna untuk mengambilnya di situ kerana dia takut mamanya tahu kepulangannya ke tanah air hari ini.
"Kakak, where are you?" Ujarnya sedikit gugup.
"Alayna!" Terus dia memusingkan kepalanya pada suara yang memanggilnya, dia sedikit menggigil mencari gerangan itu.
Dari kejauhan terlihat Aluna Zinnirah terkedek-kedek berjalan sambil tersenyum padanya, dia dengan pantas berlari mendekati kakaknya.
"Kakak!" Tubuh kakaknya dipeluk kuat melepaskan rindu.
"I miss you so much!"
"Me too!" Mereka berpelukan sehingga satu suara berdehem mematikan kisah itu.
"Ekhemmm!!" Alayna memandang lelaki yang tersenyum padanya, wajah kacak itu dipandang lama sebelum dia kembali melihat kakaknya.
"Kakak ni husband akak ke?" Tanya Alayna sambil berbisik kepada kakaknya.
Aluna Zinnirah mengangguk tanda betul.
Alayna Mardiah memandang Karl Syakirin yang hanya membuat muka sekupang.
"Hai, abang!" Sapa Alayna tersenyum ramah.
"Hai, Alayna!" Sapa Karl Syakirin kembali.
"Dah, jom balik mesti eyna lapar kan? Jom pergi makan! Akak kebetulan nak sangat makan nasi ayam penyet dekat batu caves tu! Mengidam haa" Luah Aluna pada adiknya.
Alayna menatap perut kakaknya yang sudah membengkak itu.
"Wah, akak dah pregnant!" Alayna mengusap-usap perut boroi itu.
"Hai, anak onty!" Sapa Alayna gembira tidak kepalang.
Karl Syakirin dan Aluna tersenyum bahagia melihat adiknya yang bercakap dengan perutnya yang bulat.
"Sudah jom!" Karl mengajak mereka keluar dari tempat itu kerana takut isterinya keletihan kerana berdiri terlalu lama.
"Mana barang kamu Alayna?" Tanya Karl Syakirin meneliti tempat duduk menunggu itu.
"Tuu!!" Panjang muncungnya memberi tahu si abang iparnya.
Karl Syakirin bergerak ke beberapa beg yang terletak tidak jauh dari mereka.
"Jom!" Alayna Mardiah membiarkan abang iparnya mengangkat barangnya, dia dengan kakaknya terus keluar dari situ.
"Kakak, Alayna nak duduk dengan kakak dulu boleh? Eyna takut mama tahu Eyna dah balik sini!" Luahnya sedikit takut.
"Tak apa! Kamu duduk dengan kakak dulu! Sekarang atok tak ada!"
"Atok pergi mana?" Alayna bertanya kerana pelik.
"Atok pergi Arab sekejap."
"Wow! Arab!"
"Papa?"
Pertanyaan yang mematikan langkah Aluna zinnirah, ada embun di hujung matanya.
"Eyna tahu! Papa dah tak ada!" Tersentak Aluna apabila mendengar adiknya berkata begitu.
"Eyna tahu?" Gadis kecil itu mengangguk.
"Siapa bagi tahu?"
"Abang Anaqi!"
Aluna Zinnirah menarik nafasnya berat.
"Tak apa! Eyna tak sedih, Eyna tahu dah ajal papa! Kita doakan dia tenang di sana ye!" Ujarnya sedikit mengusap pipinya yang sudah basah.
"Kakak?"
YOU ARE READING
[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |
Romance"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "Sebab hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah yang Aluna pendam satu persatu terbongkar, Karl Syakirin lelaki kiriman tuhan yang menyelamatk...